Keibubapaan

“Tonsil Besar Sangat, Dah Stage 3” Masuk Hospital Tapi Tetap Ceria Main, Elfira Loy Kagum Tengok Anak!

Share

Tonsil yang sakit sememangnya buat anak tak selesa. Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung pelakon, Elfira Loy turut sama mengalami masalah tonsil tahap tiga dan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Semuanya kerana masalah batuk, selesema dan demam yang dihadapi Rayyan sejak dua minggu yang lalu.

Enggan terus berlarutan, Elfira turut sahaja mendapatkan rawatan sebaiknya buat anak kesayangannya itu.

Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita.

“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.

“Disebabkan dah dua minggu batuk, selesema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.1 kot, normal adalah 11.

“Doktor beritahu yang Rayyan ada microplasma bacteria yang beri kesan pada tekak dia. Sebab tu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya berkongsi.

Malah melalui perkongsian yang sama, Elfira juga turut memuat naik beberapa keping gambar Rayyan yang cukup ceria bermain ketika berada di hospital. Langsung tidak menampakkan kesakitan yang dialaminya. Memang anak yang kuat.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Nampak Doktor Sambut Anak Kami, Sheryl Shazwanie Selamat Bersalin, Pengalaman Berharga Buat Azzam Sham

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Dalam pada itu Elfira turut memohon doa dari semua agar Rayyan segera pulih dari sakitnya.

“So now tunggu result x ray pulak to see ada pneumonia ke tak . Hopefully not pneumonia again. Doakan ye.

“Mommy memang takut hospital teruks. Im scared for him. Tapi tengoklah dia .
So happy and cheerful. Bila Dr nak check je dia dah tau dah the routine and will cooperate. Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Such a strong boy,” katanya lagi berkongsi.

Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh dan ceria seperti selalu.

 

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&ma

Published by
SRM