Anaknya kerap demam bengkak tonsil dan lalui pembedahan untuk membuang tonsil. Ibu ini menceritakan detik cemas dilalui akibat komplikasi pembedahan.
Puan Nurul Shazalina Zainudin, ibu kepada Alexander Akil, 5 tahun yang telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara pada 22 Januari 2019, jam 12 tengah hari & ulangannya 9 malam di slot Dewi Astro Prima & Astro Maya HD.
TONSIL..BAHAYA ATAU TIDAK
Anak saya Alexander Akil (5 tahun) menjalani satu prosedur membuang tonsilnya.Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.
Akil sudah lama ada tonsil, sejak dari kecil. Dalam umurnya 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ENT, tapi doktor pakar kata tunggu dia besar sikit baru boleh buat pembedahan untuk buang.
Menurut Shazalina setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39°C. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.
Ads
Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod Akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ENT.
“Saya pun bawa Akil ke sebuah hospital di Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul-betul sihat dari demam dan sakit. Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah. Pukul 10.45 pagi mula pembedahan dan tamat pada 11.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat,” kata Shazalina. Dalam pembedahan itu, Shazalina berkata doktor juga buang adenoid di belakang hidung Akil.
Ads
MUNTAH DARAH SELEPAS BEDAH
“Lepas pembedahan, Akil tidur je,tapi Akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Kejap2 je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk2.. Maknanya dia tak selesa di tekak. Saya ingatkan perkara biasa lepas operate.
“Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya. Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah.. Penuh sekatil.. Memang banyak.. Bukan darah sikit2.. Seperti dicurahkan darahnya.
“Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi. Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia taknak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi.
Ads
“Kali ketiga, Akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab Akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi.
“Tak lama tu kebetulan doktor datang, nurse pun maklumkan perkara ni. Dr check. Memang sangat pucat dah masa tu Akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga,” Kata Shazalina yang berdebar kerana tidak menyangka prosedur buang tonsil boleh jadi begitu teruk pendarahannya.
KOMPLIKASI JARANG BERLAKU
Kata Shazalina, sementara mereka siapkan bilik bedah, doktor menerangkan, jarang sangat komplikasi seleas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, Akil ni kes kedua yang ada komplikasi sepertinya. Doktor perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, Akil muntah darah lagi sekali. Depan doktor sendiri. Jadi doktor dapat tengok darahnya macam mana.
KUMUR DENGAN AIR AIS & UBAT KUMUR LEPAS BEDAH
Sampai sekarang Akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. “Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan,” kata ibu ini.
JANGAN TAKUT UNTUK BEDAH
Shazalina berkongsi kepada semua agar ibu bapa jangan untuk membedah membuang tonsil. “Nasib Akil je kurang baik.komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah tiga hari bergelar ibu, Ernie Zakri, penyanyi bersuara merdu tujukan sebuah lagu bertajuk ‘Korban’ untuk suaminya Syamel sebagai tanda menghargai suami tercinta.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, penyanyi yang juga anak saudara kepada Anuar Zain ini seolah sudah memahami akan cabaran membesarkan anak walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama.
Erni juga menzahirkan ucapan terima kasih buat suami yang juga seorang penyanyi itu atas pengorbanan yang dibuat sepanjang perkahwinan mereka sehinggalah bergelar ibu dan ayah.
“Perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari. Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.
“Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga kehari ini takda dapat ku bayangkan. Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga.
“Sayang semuanya, doakan Kak Ninie dan Bang Mel dalam perjalanan baru kami ya.” Tulisnya di kapsyen.
“Kenangan paling tak boleh lupa bila g check up, doc bgtau baby kat dlm ada masalah. Otw blk nangis xigt sampai xleh drive. Park tepi jln call suami sambil teresak2 ngs. Paling xblh lupa bila doc xbg harapan masa bby keluar. Alhamdulillah, anak hebat tu skrg dh semakin membesar walaupun byk appt dan rawatan yg dia perli jalani sejak lahir smpi skrg. Dia anak yg kuat semangat. Inshaa Allah. Semoga kak ninie dan abg Mel menjadi ibubapa yg hebat untuk anak yg hebat,” tulis seorang lagi wargamaya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan serta Isteri Qaabila Deena Emir akhirnya selamat menimang cahaya mata ketiganya itu semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri olehnya melalui perkongsian video menyambut si comel di hospital semalam.
Video tersebut jelas memaparkan Saharul teruja memeluk bayinya dan kali ini mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan. Apa yang lebih mengujakan, sebelum ini Saharul pernah berkongsi bahawa dia tidak tahu jantina bayi dan hanya tahu setelah kelahiran semalam.
Dengan kapsyen pendek, Saharul bersyukur di atas semuanya. “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT”.
Sehingga Kini, perkongsian oleh Saharul telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka dan ucap tahniah turut diberikan kepada keluarga ini.
Masyarakat di seluruh dunia kini amat peka dan prihatin dengan isu body shaming. Tidak kiralah wanita yang mempunyai badan besar mahupun yang terlalu kurus, amat sensitif jika disoal tentang isu ini. Menegur atau bertanya tentang bentuk badan seseorang, apatah lagi di hadapan ramai orang sememangnya memalukan.
Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Tahukah anda, sebuah kajian yang dijalankan oleh UNAM’S Department of Pychology mendapati lelaki yang terlibat dalam perhubungan dengan wanita berisi dikatakan 10 kali lebih bahagia?
Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik. Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)
Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?
Sebenarnya, normallah jika seorang isteri itu risau tubuhnya besar. Katanya hilang seri dan selalu sakit-sakit kakilah, badanlah. Sebagai suami yang penyayang dan sentiasa menyokong keadaan isteri anda, salurkan aura positif kepada mereka.
Apa Yang Suami Boleh Buat Untuk Buat Isteri Sentiasa Sayangkan Diri Mereka?
Tunjukkan yang anda ambil berat – Jika isteri bercerita atau berkongsi tentang kerisauan tentang bentuk badannya, pastikan anda bersikap terbuka dan menjadi pendengar yang baik. Sentiasa prihatin dengan apa yang mahu dia katakan.
Jauhi pengaruh jahat – Andainya isteri anda ditanyakan tentang bentuk badannya dengan cara yang kurang sesuai atau memalukan, segeralah ambil hati mereka. Jauhkan mereka dari sebarang pengaruh yang akan menggalakkan mereka untuk buat perkara-perkara yang tidak patut.
Bersenam bersama – Kalau isteri ada hasrat mahu mula bersenam, janganlah dikecam. Untuk menyokong niatnya itu, anda boleh bersenam dengannya. Sekurang-kurangnya apabila dia melihat kesungguhan anda menyokong, isteri akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kecergasan itu.
Pujilah selalu – Lumrah seorang wanita, sukakan pujian. Apa lagi dari suaminya. Banyakkan memuji dan memberi kata-kata positif kepada isteri anda. Buat dia rasa dihargai dan tidak malu berhadapan dengan orang lain.
Pilih diet – Diet yang baik adalah jika ia baik untuk kesihatan dan tidak terlalu berat. Jika isteri mahu melakukannya, pastikan anda sama-sama membuat carian maklumat tentang diet terbaik yang boleh isteri anda cuba dalam usaha menurunkan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.