Selebriti terkenal, Elly Mazlein baru sahaja mengumumkan berita gembira tentang kehamilanya melalui satu hantaran di Instagram. Mesra disapa Kak Lina Pom Pom akhirnya tidak mahu lagi merahsiakan tentang kehamilanya yang telah masuk bulan ke-3.
Menurutnya, dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang kehamilan kali ini namun biarlah kandunganya benar-benar kukuh dan barulah dia bersedia berkongsi tentang berita gembira ini.
Antara petikan dari laman Instagram Kak Lina Pom Pom:
Bismillahirrahmannirrahim..
Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir Nyawa kecil dalam keluarga kami.
Atok akan dapat cucu lagi .. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik ( tapi kakak Manja mintak “Sister” 🤗.. mana-mana pun tak apa,Hanya mendoakan baby sihat & dipermudahkan)
Dan Mama tak sabar nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua .. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian datang menerpa .. Doa saya ,agar Allah permudahkn urusan anda semua ..
Ads
Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant
Terima kasih ❤❤❤
Video Call ‘Suprise’ Dari Cikgu Azlan Ketika Kak Lina Mengacara program ‘MeleTOP’
Ketika Kak Lina sedang mengacara program Meletop di Astro, Pihak produksi MeleTOP telah menyediakan kejutan dengan menghubungi suami Kak Lina iaitu Mohamad Azlan (Cikgu Azlan) untuk bersama-sama dalam sesi temubual tersebut.
Sweet! Kak Lina dapat “suprise” dari cikgu Azlan
Kak lina dapat panggilan suprise dari cikgu Azlan
Ketika dihubungi, Nabil sebagai pengacara tetap Meletop bertanya sama ada Kak Lina ada mengidam nak makan makanan yang pelik?
Ads
Jawapan cikgu Azlan bersahaja “Ada, dia bangun pagi mengidam nak makan tosei dan nasi lemak”
Puji Suami Dengan Nada Manja
Ketika Nabil menemubual cikgu Azlan, Kak Lina sempat memuji suaminya dengan penuh manja.
“Suami mama elok dalam tv” suara manja
Ucapan Dari Cikgu Azlan Buat Ramai Sebak
“Untuk isteri papa yang tercinta, terima kasih sebab banyak bersabar dan kita dapat apa yang kita impikan. Yang paling penting kita dapat hadiahkan adik pada Aefhia, alhamdulillah atas doa semua”
Ads
“tahniah juga pada papa. Papa i love you, tunggu mama balik..bye bye sayang” balas Kak Lina
Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang berusia lima tahun.
Kemudian, Elly Mazlein mendirikan rumahtangga bersama Mohamad Azlan Che Nuh pada tahun 2020.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini?
Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.
Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:
Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada anda. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.
Anda perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.
5 ubat perlu dielakkan
Aspirin
Ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Lalu, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
Litium
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
Tetrasaiklin
Ia merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
Ubat penahan sakit
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
Antibiotik
Ada beberapa jenis antibiotik yang tidak selamat untuk wanita hamil ialah tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Nourul Wahab Depp, bersyukur apabila disahkan hamil anak keempat yang dijangka kelahirannya pada Mei tahun depan.
Menurut Nourul, pada mulanya dia rasa segan nak berkongsikan berita tentang kehamilan kali ini kepada orang ramai tapi bila difikirkan kembali sampai bila.
Bagi mengelakkan salah faham, lebih baik saya beritahu awal dan harap doa yang baik-baik dari semua peminat.
Sebelum ini pun suami, Eric Daniel Depp, 52, memang inginkan seorang lagi cahaya mata dan bersyukur Allah masih memberikan lagi rezeki walaupun di usia 41 tahun.
Nourul berkata, walaupun dah mempunyai anak dara (Ayu Nazirah) melalui perkahwinan bersama Ajai sebelum ini dan dua anak lelaki Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3, kehamilan kali ini tak banyak bezanya.
Cuma sekarang saya mengidam kuih tradisional. Entah kenapa, saya teringin sangat makan kuih dangai yang berasaskan kelapa. Mujurlah kami dapat cari di sekitar sini saja. Begitu juga dengan apam manis,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, peminat Nourul turut mendoakan agar anak keempatnya perempuan.
Malah Nourul juga akui dia dan suami pun memang teringin nak anak perempuan. Namun jika tak dapat pun, dia tetap bersyukur. Asalkan sihat dan sempurna.
Sumber: ig Nouruldepp
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda yang bakal melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat ini memaklumkan dia bakal bersalin secara pembedahan sekali lagi.
Selepas dua kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean, kata Izreen dia tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiganya menerusi kaedah yang sama.
Malah kata Izreen lagi, hal itu sudah diberitahu oleh doktor lebih awal memandangkan sejarah dua kelahiran anaknya yang bersalin melalui pembedahan.
“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.
“Saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” kata Izreen.
Bimbang sampai tak senang duduk
Izreen yang dijangka melahirkan bayi ketiganya sekitar minggu ini atau minggu hadapan turut meluahkan rasa kebimbangannya untuk melahirkan anak disaat negara berdepan pandemik Covid-19.
Malah kata Izreen lagi dia mula rasa risau dan kadangkala emosinya terganggu bila mana memikirkan ketakukan untuk bersalin di ketika pandemik. Pun begitu kata Izreen, apa yang dilakukannya hanyalah fokus untuk bersalin kelak.
“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.
“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga.
“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” ujar Izreen.
Meskipun berasa bimbang, kata Izreen hatinya sedikit lega apabila melihat pihak hospital mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat. Tambah pula dia bersyukur suami dapat menemaninya sepanjang bersalin nanti.
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Ude pada Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen turut mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya.
Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Kosmo Online & @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!