Hati ibu ayah mana yang tidak luluh apabila mendengar berita seorang murid Tahun 4 ditemui maut di sebuah sekolah di Senawang semalam. Lebih menyayat hati, kes ini kini diklasifikasikan berkaitan unsur buli mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, mangsa yang baru berusia 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta untuk rawatan kecemasan. Namun, sebaik tiba di sana, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Polis Siasat Unsur Buli

“Kira-kira jam 1.19 tengah hari semalam, polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta. Mangsa dihantar guru disiplin ke klinik terbabit, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” jelas Datuk Alzafny dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati murid berkenaan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas lelaki sekolah tersebut. Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berkaitan perbuatan buli melibatkan ugutan atau penghinaan. Proses bedah siasat turut dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Tragedi Murid Tahun 4 : Ada Unsur Buli, Polis Siasat Punca Sebenar!
Gambar Facebook: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Intervensi Psikososial Untuk Murid & Ibu Bapa

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini menegaskan bahawa ibu bapa serta murid sekolah berkenaan akan diberikan intervensi psikososial bagi menangani trauma yang berlaku. Beliau juga menasihatkan komuniti sekolah agar tidak bimbang dan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.

Ads

Jangan Sebar Spekulasi

Dalam masa sama, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Pa&Ma: Buli Bukan Perkara Kecil

Insiden tragis ini sekali lagi membuka mata kita tentang betapa seriusnya isu buli di sekolah. Ia bukan sekadar ejek-mengejek atau usikan ringan, tetapi boleh membawa kepada trauma emosi yang panjang, malah meragut nyawa.

Ads

Buat semua ibu bapa, sentiasalah peka dengan perubahan emosi anak. Jika mereka kelihatan murung, takut ke sekolah, atau tiba-tiba berubah sikap, jangan ambil ringan – itu mungkin tanda mereka sedang dibuli.

Ads

Majalah Pa&Ma mengucapkan takziah yang tidak terhingga buat keluarga mangsa. Semoga roh anak syurga ini ditempatkan di kalangan yang beriman, dan semoga kejadian ini menjadi iktibar agar kita lebih serius dalam memastikan sekolah benar-benar menjadi tempat selamat buat anak-anak.

Sumber: Berita Harian

FT Image: Google / Facebook

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads