Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut. Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam, mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga maut. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Mengikut laporan Sinar Harian, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dua bulan telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal iaitu memukul, mencubit dan menampar sehingga dia meninggal dunia.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang di sini antara jam 2 petang, 8 Januari hingga 6 petang, keesokan harinya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam, Muhammad Aidil Akmal Sharidan yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman denda.
“Dia merupakan seorang penganggur, telah menanggung dua anak iaitu mangsa dan seorang lagi bayi berusia enam bulan, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan,” katanya.
Ads
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia merupakan kesalahan serius, lebih-lebih lagi menggadaikan nyawa anak kandung sendiri.
“Tertuduh selaku ibu kandung tidak sepatutnya mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Mengikut fakta kes, wanita itu memaklumkan mangsa mengalami demam panas dan sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah disebabkan kesan trauma tumpul di kepala dan perut.
Hasil rakaman percakapan tertuduh mendapati mangsa dipukul, ditampar, dicubit dan dimarahi wanita itu kerana sentiasa menangis serta tidak membuang air dengan teratur.
Tertuduh juga membiarkan mangsa yang demam dan tidak menghantarnya ke hospital.
Ads
Dalam pada itu di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, teman lelaki wanita terbabit, Muhammad Redza Zainurin, 36, didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak itu di lokasi sama pada jam 2.36 petang, 10 Januari lalu.
Ads
Muhammad Redza didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Pada 11 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak, di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita, mendakwa anaknya tidak lagi bernafas selepas tidur.
Malam penuh gemilang di Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 menyaksikan detik bersejarah apabila penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diiktiraf sebagai Biduanita Negara yang ketiga dalam sejarah industri seni tanah air.
Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43 secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.
Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.
Untuk rekod penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.
Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.
ASN 2024 adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, sekali gus melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka setelah 40 tahun dalam dunia hiburanya akhir berjaya merangkul anugerah paling berprestij. Itulah poelakon berbakat, Susan Lankester, melakar detik manis dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33).
Pernah dikenali sebagai pelakon komedi 2+1, Susah era 80an, Susan Anne Lankester, 62, menyatakan bahawa kejayaannya adalah bukti bahawa usaha gigih akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat kejayaannya ini dapat menyuntik semangat kepada penggiat seni.
Memetik laporan mStar, Pelakon Susan Lankester berharap kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni wanita untuk yakin dengan bakat dan kemampuan sendiri.
“Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.
Katanya lagi, mereka harus sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.
“Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun.
Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA)
2024 di Singapura.
Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.
“Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.
“saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang
semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya,” ujarnya.
Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.
“Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali,” kongsinya.
Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Agilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner)
menerusi kategori itu.
Apabila masing-masing sibuk bekerja dan sebagainya, masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan. Paling malang sekali, jika langsung tiada masa yang boleh ‘dicuri’ untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Menurut Akhtar Syamir, terdapat 10 aktiviti yang boleh dibuat bersama pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Bagi anda yang belum pernah melakukannya, bolehlah dibuat bermula hari ini.
10+ Aktiviti Bersama Suami dan Isteri Untuk Eratkan Perhubungan.
1. Berpelukan selama 5 minit tanpa lepas. 2. Pakaikan pakaian untuk pasangan. 3. Bila di luar, pegang tangan pasangan tanpa lepas selama 5 minit.
4. Tenung pasangan selama 5 minit tanpa henti. Tak salah untuk berkelip mata, tetapi harus kekalkan pandangan pada pasangan.
5. Buat Intermittent Fasting (IF) bersama. 6. Potongkan kuku pasangan. 7. Bersihkan badan pasangan (mandi bersama). 8. Belikan hadiah kejutan untuk pasangan. Tak perlu yang mahal. 9. Masak bersama. Hasilkan satu menu baru.
10. Duduk berdua di sofa atau katil tanpa sebarang gangguan termasuklah telefon dan anak selama 1 jam paling kurang. Dilarang tidur.
11. Saling urut mengurut pasangan. Tak boleh sorang je urut, tak aci. 12. Layan movie romantik bersama. Cubalah cari satu cerita cinta. Hindustan boleh, Korea pun boleh. Cerita Melayu pun takpe. 13. Solat berjemaah bersama.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.