Transform Ruang Atau Bilik Kosong Guna Idea Kreatif Ini! Jadikan Ruang Untuk Anak-Anak

Share

Rumah mama papa ada lebihan ruang atau bilik yang tidak digunakan? Jangan dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Gunakan idea-idea kreatif ini untuk hasilkan ruang yang cantik yang boleh dijadikan ruang untuk anak-anak gunakan.

Kredit: Freepik

Manfaatkan sebaiknya ruang atau bilik kosong yang ada di dalam rumah! Kalau mama papa buntu, boleh cuba idea-idea menarik dibawah.

Sediakan bilik study atau mini perputakaan

Kredit: Freepik

Bila adanya bilik study mudah untuk anak-anak buat kerja sekolah. Biasanya mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya kerana tumpuannya tidak terganggu. Sediakan juga bahan rujukan seperti kamus dan bahan bacaan yang lain untuk anak-anak membaca bila ada masa lapang. Jika anak minat melukis pupuk minat anak dengan sediakan peralatan yang bersesuaian seperti alat mewarna yang mencukupi, buku lukisan dan sebagainya.

Tempat solat / bilik musolla

Kredit: Freepik

Alhamdulillah kalau dapat sediakan satu bilik musolla atau ruang untuk solat. Dapatlah dirikan solat berjemaah bersama keluarga. Ambillah peluang ini untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Dapat didik anak untuk kerjakan solat bila masuk waktu. Jadikan solat berjemaah amalan dalam kehidupan seharian. Ianya juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ruang bermain / kids playroom

Kredit: Freepik

Bagi mengelakkan ruang tamu bersepah dan sentiasa nampak kemas, kids playroom diperlukan. Masukkan unsur kartun kegemaran anak anda untuk dekorasi playroom. Warna colourful dan bright juga membuat anak-anak lebih tertarik. Jika tiada bilik, boleh dengan hanya menyediakan kids area untuk anak-anak bermain di satu sudut yang bersesuaian. Sediakan storage untuk simpan peralatan mainan anak anda. Biarkan mereka mengemas semula selepas bermain.

Kemaskan bilik tidur anak

Bilik tidur adalah tempat rehat selepas beraktiviti disiang hari. Untuk dapatkan rehat yang mencukupi supaya dapat recharge balik tenaga, perlukan ruang rehat yang selesa dan tidur yang mencukupi. Jadi apakata hiaskan bilik tidur anak dengan mengikut tema kesukaannya. Ubah suai kedudukan peralatan dan perabot untuk menghidupkan suasana baru. Tengoklah betapa cerianya anak anda nanti seolah-olah tidur di tempat baru. Tidur pun rasa lebih lena.

Kredit: Freepik

Nampak macam banyak yang perlu disediakan, tapi percayalah banyak manfaatnya. Anak-anak akan rasa didorong. Bila kita atur cantik-cantik dengan kemas, mereka akan menggunakannya sebaik mungkin.

Kredit: kidsteractive

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa