Nak deko rumah tak semestinya perlu keluarkan bajet besar. Asalkan ada idea dan kreatif dah boleh buat ruang dalam rumah nampak cantik dan berseri.
Seperti perkongsian سوهيله سلامت di group kemasrumahwithhani, ideanya make over almari dapur yang usang dan tercabut pintu benar-benar buatkan sesiapa saja melihatnya akan cakap WOW!
Jika orang tak tahu almari itu diubah suai pasti ramai akan ingat ia ditempah khas. Namun sebaliknya semua deko itu menggunakan barang bajet yang dibeli di Shopee, MR DIY dan kedai barangan rumah sahaja.
Apa yang menariknya, almari tersebut bukan dicat tetapi hanya menggunakan wallpaper khas untuk kabinet.
Malah cara pemasangan juga mudah kerana menggunakan hair dryer, cucuk sikit-sikit dengan jarum untuk lubang udara lepas tu panaskan dengan hair dryer dan lap dengan kain secara perlahan-lahan.
Untuk langsir yang dipasang pada almari hanya menggunakan langsir tandas yang dibeli kat DIY. Lepas tu gunting dan guna stapler yang besar.
Manakala untuk kabinet bawah sinki beli di Homepro yang jenis stainless steel.
Rata-rata yang melihat transformasi ini semua kagum dan memuji hasilnya sungguh cantik. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan pasti ada kejayaan. Kaum mak-mak ni sebenarnya kreatif dan hebat!
Kredit: سوهيله سلامت via kemasrumahwithhani
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/