Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.
Cakna dengan kemelut ini, program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy) iaitu Transformasi360 bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025 setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada pengajuran kali pertama pada Mei lalu.
MOTIVASI BANGKIT SEMULA BINA KEHIDUPAN LEBIH SUKSES!
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.”
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan.”
ASTRO RAKAN MEDIA
Ads
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Ads
Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.
Yang turun hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi aktiviti terkininya bersama dua heronya, Bilal dan Abbas di rumah.
Menerusi Instagramnya itu, banyak gambar-gambar Bilal dan Abbas yang dipotretkan Neelofa untuk simpanan mereka.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, perjalanan membesarkan dua anaknya yang kini masih kecil merupakan nikmat terbesar buat dirinya.
“Detik-detik kecil ini adalah nikmat terbesar. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Neelofa dilihat turut mengajar Bilal menguli doh tepung malah membiasakan dengan pelbagai aktiviti.
Dua beradik itu, Bilal dan Abbas juga dilihat sedang bermain-main di bilik mereka yang berlatar belakangkan kertas dinding berupa kaabah.
Bukan itu sahaja, malah Neelofa juga turut di lihat berkongsi momen-momen Bilal dan Abbas dalam pelbagai gaya di rumah seperti ketika makan, bermain dan sebagainya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut ibu cantik jelita ini memuji kecomelan Bilal dan Abbas biarpun dikaburkan wajahnya untuk tontonan umum.
Terdahulu Neelofa dan suaminya, PU Riz mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Malang tak berbau, apatah lagi bila ia melibatkan anak kecil. Dalam dunia serba moden hari ini, telefon pintar bukan lagi sekadar gajet untuk orang dewasa, malah ia sudah menjadi hiburan utama kanak-kanak. Ramai ibu bapa menganggap ia selamat asalkan anak hanya menonton video, namun kejadian ini membuka mata kita bahawa risiko boleh datang tanpa diduga.
Kejadian di luar negara ini jadi peringatan besar buat semua ibu bapa. Walaupun insiden berlaku jauh di Jiangsu, China, ia membuktikan bahawa telefon pintar yang sering dijadikan ‘peneman’ anak ketika menonton video juga boleh mendatangkan risiko. Sebagai ibu ayah, kita tak boleh ambil mudah soal keselamatan gajet di tangan anak kecil.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Jiangsu, Chinaa cedera selepas telefon pintar miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika menonton video di rumah pada Ahad.
Menurut keluarga, kanak-kanak itu mengalami melecur pada tangan kiri dan kaki. Rekod perubatan menunjukkan kulitnya ada yang terbakar, lepuh, dan kawasan kulit mati mula mengelupas.
Keadaan telefon berkenaan dan kiri ketika insiden itu berlaku.Agensi
Telefon terbabit ialah model yang dilancarkan pada Disember 2022 dan digunakan secara normal lebih setahun tanpa sebarang pengubahsuaian atau pembaikan. Ketika kejadian, telefon itu tidak dicas. Kanak-kanak tersebut terus melompat di atas sofa apabila peranti itu tiba-tiba meletup dan terbakar.
Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan pada sofa apabila kanak-kanak tersebut menolak telefon yang terbakar. Keluarga telah menghubungi perkhidmatan syarikat telefon pintar berkenaan.
Pihak syarikat memaklumkan bahawa sisa telefon perlu dihantar ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menentukan punca letupan. Setakat Isnin (8 September), keluarga masih belum menerima sebarang sampel untuk diuji.
Gambar Sekadar Hiasan
Perkhidmatan pelanggan syarikat itu berkata, kejadian telefon terbakar adalah sangat jarang berlaku. Mereka menambah bahawa punca mungkin melibatkan beberapa faktor seperti kualiti bateri, reka bentuk litar, impak luaran atau suhu tinggi, dan hanya ujian profesional yang dapat menentukan punca sebenar.
Insiden tersebut mendapat perhatian ramai selepas video dikongsi di Douyin dan trending di Weibo pada Selasa lalu. Beberapa pengguna model sama meluahkan kebimbangan, manakala yang lain berpendapat ia mungkin kes terpencil.
Di bawah Undang-Undang Kualiti Produk China, pengeluar bertanggungjawab jika produk rosak menyebabkan kecederaan. – Agensi
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah berkira mendidik anak-anak, pelakon, Shima Anuar tidak terkecuali memberi penghargaan buat kesemua guru yang menaburkan ilmu buat anak-anaknya.
Paling istimewa, pelakon serba boleh ini menggubah sendiri 20 jambangan bunga buat kesemua guru-guru anaknya.
“20 jambangan bunga dengan coklat untuk Hari Guru hari ini. 10 untuk guru Sophia dan 10 lagi untuk guru Mikhael.
“Selamat Hari Guru kepada semua guru hebat di luar sana. ♥️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya usaha bahkan kesemua jambangan bunga ini dihias cukup cantik seperti di kedai-kedai bunga.
Malah setiap satunya pula turut disertakan dengan sekotak coklat sebagai hadiah sampingan. Tidak hairanlah dipuji wargamaya. Memang cantik persis tenaga terlatih.
Video perkongsian Shila Anuar ini sudah semestinya menerima tanda suka dari wargamaya yang memuji usaha pelakon ini untuk menghargai guru-guru anaknya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.