Musim cuti sekolah ini pasti ada di antara kita yang memilih untuk membawa anak bercuti. Tidak kira dalam negara mahupun luar negara, persiapan dan keperluan anak-anak kecil perlu dipersiapkan bagi mengelakkan anak buat perangai. Namun ada sesetengah ibu bapa yang merasa was-was dan takut untuk membawa anak kecil, lebih-lebih lagi ke luar negara kerana bimbang gagal mengawal mereka.
Sama seperti kita, anak-anak kecil kita juga merasa gembira jika dibawa bercuti. Malah adakalanya mereka menjadi lebih ‘behave’ sepanjang bercuti. Tip yang dikongsikan ibu ini, Izzra Sheda di facebooknya ini boleh ibu jadikan panduan untuk membawa anak travel.
Paling penting jangan takut untuk mencuba pengalaman membawa anak travel jauh. Cabar diri anda, belajar erti sabar dan enjoy sepanjang perjalanan. Cuba dulu baru mak ayah makin rasa yakin. Tip ibu ini juga boleh dijadikan panduan.
Mommy daddy nak travel dengan baby? Jom baca 10 #TipsTravelTenang untuk bawa baby dan anak jalan-jalan dengan gembira.
Kak Sweet baru balik dari tanah Bali 4 hari 3 malam bersama 7 lagi keluarga dan tiga orang anak soleh Harris, Haniff & Hadi yang super aktif. Alhamdulillah semua baik-baik aja. Mama baba dapat enjoy the trip to the fullest.
Apa yang mommy daddy kena take note untuk dibawa dalam perjalanan ialah-
1. Makanan yang cukup untuk anak lapik perut seperti roti, biskut, air kotak dan air mineral/air masak. Jangan lupa susu dan botol susu. Bila anak dalam keadaan perut kenyang insyaAllah anak tidak akan meragam.
Untuk bayi kena standby biskut atau baby bites. Bawa mini thermos, instant baby food dan squeeze feeder (tengok gambar) supaya mudah untuk kita sediakan serta suap anak dimana sahaja.
2. Tisu basah, tisu kering, alas tukar lampin, lampin pakai buang, tuala kecil, tuala muka, stokin, dan sepasang baju yang selesa. Kalau mommies yang menyusu anak disarankan bawa juga nursing cover. Masukkan dalam beg sandang size sederhana bersama makanan-makanan diatas.
3. Quran Portable, penyedut hingus dan juga buku antara yang perlu di bawa. Tiga teman travel ni berguna untuk menemani anak anda sepanjang perjalanan di dalam kenderaan atau di dalam bilik hotel. Bestkan?
4. Satu bag first aid untuk ubatan dan minyak. Bila travel apa yang merisaukan jika anak terjatuh, demam atau sakit perut. Standby mini first aid kit satu beg. Masukkan minyak angin, minyak gamat, garlic balm, ubat demam pcm, ubat bontot ataupun nama perubatannya suppository (supp), panadol dan bandage plaster untuk luka.
5. Mini hand sanitizer untuk sapu ditangan anak setiap kali nak keluar dari bilik hotel atau dari kenderaan. Bila nak makan, jangan lupa bawa anak basuh tangan sehingga bersih dahulu. Kuman dan bakteria di mana-mana.
6. Mini fan perlu ada jika anda travel ke negara atau tempat yang cuaca panas. Bila anak hangat serta berpeluh mereka akan rimas dan tak selesa. Pasti mommy daddy pun resah jika anak merengek kan.
7. Awasi pemakanan anak sepanjang perjalanan. Jangan bagi anak makan makanan pedas atau junk food. Risau mereka tak selesa atau sakit perut. Lebih merisaukan jika anak terkena cirit birit. Dah jadi travel ke toilet sahaja nanti.
8. Semasa dalam perjalanan bila bayi anda tidur, adalah lebih baik anda juga pejamkan mata dan berehat. Ini untuk mengelakkan kita mengantuk atau kurang tenaga bila mereka terjaga dan perlu beri perhatian sepenuhnya pada anak-anak.
9. Baby carrier atau cabin size stroller wajib ada. Kalau kereta penuh boleh bawa baby carrier sahaja tapi kalau masih ada ruang boleh bawa stroller sekali. Kedua alat ini sangat membantu anda ketika bercuti.
10. Power bank dan handphone pastikan dah full charge ye. Jangan lupa juga bawa passport kemana sahaja di dalam handbag jika anda travel keluar negara.
Kak Sweet ucapkan semoga anda semua selamat bercuti dan dapat luangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak. Enjoy your holiday!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI