Tiap hujung tahun, pasti ada perancangan cuti untuk bawa anak-anak makan angin. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Dalam hal ini, ramai ibu bapa yang ada anak kecil risau takut anak tiba-tiba tak sihat ataupun anak boleh ikut atau tak jadual perjalanan yang dirancang.
Biasanya keutamaan akan diberikan untuk bawa pakaian yang sesuai dan stok makanan. Namun ibu kena ingat penting juga ubat atau kit kesihatan anak sepanjang percutian. Tertinggal yang ini mungkin agak susah jika anak tiba-tiba sakit.
Perkongsian dari Dr Erna Nadia apa yang perlu ibu sediakan dalam beg travel bila bawa anak bercuti bersama boleh dijadikan panduan.
Dari kita membazir beli benda merapu untuk bayi dan anak-anak kecil, baik kita sediakan benda-benda ini
Termometer
Tak kisahlah termometer jenis digital atau manual, carilah termometer yang berkualiti elok. Penting untuk ada termometer di rumah dan di dalam beg travel. Anak anak kecil ni walau aktif dan badan tak panas mana tapi bila periksa, suhu mereka boleh sangat tinggi. Perlu diingatkan bahawa suhu bayi dan anak kecil biasanya mencanak naik sewaktu tengah malam ke pagi hari. Jadi, eloklah jika kerap periksa suhu anak bila anak tidak sihat di waktu tengah malam.
Ubat demam
Pastikan di rumah ada disediakan ubat demam. Ubat demam boleh jadi paracetamol, ibuprofen, acetaminofen. Belilah yang berbentuk air dan ubat punggung. Ubat punggung jika suhu terlampau tinggi melebihi 39. Jika bayi demam, terus beri ubat demam dan mandikan/lap badan bayi kemudian periksa semula suhu badan anak selepas satu jam.
Ubat titis hidung/nasal drops
Jika bayi selesema/batuk, boleh sahaja titiskan ubat ini ke dalam hidung bayi. Ini kerana salur pernafasan bayi adalah sempit berbanding orang dewasa. Biasa kita dengar bayi seakan berdengkur semasa tidur tapi tidurnya lena sahaja. Ini kerana hingus/kahak/air liurnya tersekat di hujung tekak. Bayi tidak pandai nak meludah atau membuang kahak jadi bila kahak berkumpul, ianya menghasilkan bunyi. Berilah ubat titis hidung untuk cairkan kahak bayi. Namun, jika nafas mereka laju, demam, tidak aktif, mempunyai lekuk di leher dan dada, terus bawa berjumpa doktor.
Ads
Losyen calimine
Losyen ini boleh digunakan untuk menghilangkan ruam-ruam gatal dibadan anak anda. Untuk demam campak, hfmd pun boleh guna. Ianya tidak mengandungi steroids dan insha Allah selamat untuk bayi.
Zinc oxide cream
Krim ini boleh digunakan untuk kes kes melecet akibat pampers atau kesan seluar. Jangan letakkan bedak pada kawasan melecet. Bedak lagi lagi bedak herba akan menyebabkan kawasan melecet menjadi lebih teruk. Tak perlu letak bedak di celah kangkang bayi pun. Cukuplah sekadar sapu losyen bayi atau baby oil.
Putik kapas/cotton bud
Belilah yang untuk bayi/kanak kanak punya. Tak elok masukkan putik kapas sehingga ke dalam telinga. Cukuplah sekadar cuci di sekeliling luar telinga sahaja selepas mandi kerana telinga kita ini sudah dikurnia Allah dengan fungsi self-cleansing. Bahaya menjolok terlalu ke dalam kerana risau sehingga terkena gegendang telinga yang nipis tu.
Syringe, sudu kecil atau cawan kecil
Ini perlu ada di rumah dan dibersihkan dengan seeloknya untuk memudahkan anda memberikan ubat kepada anak anda. Ubat perlu disukat jadi seeloknya bersihkan seeloknya syringe yang ada ya.
Ads
Tongue depressor
Ini adalah alat untuk memeriksa tekak anak. Tak wajib pun untuk ada. Jika anda tidak tahu cara menggunakannya, sebolehnya elakkan. Risau jika anda menjolok terlalu dalam atau tersalah cara. Namun, anda boleh sahaja belajar cara menggunakannya dengan doktor di klinik/hospital.
Torchlight/lampu suluh kecil
Ini guna penting supaya anda boleh memeriksa ke dalam lubang atau rongga badan seperti telinga, hidung, mulut dan juga mata. Tahu sahajalah anak anak kecil memang suka masukkan sesuatu ke dalam mana mana rongga yang ada kerana sifat inovasi mereka yang super kreatif tu hehe.
Baby oil
Ini boleh digunakan untuk bahagian yang kering atau untuk mengurut ngurut anggita badan bayi bila travel jauh. Siapa yang tak suka kena urut kan?
SpO2 detector
Ini adalah alat untuk mengukur tahap oksigen di dalam badan dan biasanya ada sekali fungsi mengira nadi. Tidaklah wajib ada namun ianya bagus untuk anak yang mempunyai masalah paru paru atau jantung. Jika SpO2 kurang dari 95% adalah tidak bagus.
Kain lap
Ini bolehlah termasuk kain napkin atau kain biasa. Sediakam khas untuk kegunaan anak anak sahaja. Bila demam, boleh gunakan kain ini untuk lap badan anak anak anda. Elakkan menggunakan kain buruk atau kain batik yang anda guna. Sharing is not caring in this case. Pastikan bawa kain lap anak ye masa berjalan.
Ads
Plaster
Ini juga tidaklah wajib tapi saya suka nasihatkan pesakit saya untuk sediakan juga sebab kita taktahu bila kemalangan akan menimpa. Jika ada luka dan berdarah, bersihkan dahulu luka dengan air biasa, jangan letak apa apa dan terus balut dengan plaster sebelum ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ini untuk mengelakkan luka tersebut terdedah kepada kekotoran.
Nasal aspirator
Ini adalah alat untuk menyedut hingus di dalam hidung. Elok digunakan selepas anda menitis ubat titis hidung. Namun jangan terlalu kuat ok. Kesian hidung baby.
Rasanya, cukup dulu kot senarai alat alat yang perlu anda sediakan di rumah dan sewaktu berjalan.
Tak perlu membazir membeli sesuatu yang tidak perlu. Pastikan anak anda dalam keadaan selamat dan bersih. Nak jadi ibu bapa ni, yang penting adalah sifat bertanggungjawab dan sabar
Kenapa ganjaran syurga bagi isteri yang solehah…? Sebab ianya setimpal untuk setiap apa yang mereka dah pun lakukan dalam perjalanan menjadi isteri yang solehah. Allah SWT memberi ganjaran ini sebagai balasan untuk setiap kesabaran, ketabahan, kekecewaan, penderitaan dan pengorbanan mereka ketika bergelar isteri.
Zaman sekarang ni, nak jadi isteri yang baik pun susah, apatah lagi isteri yang solehah.
Apa penghalangnya…? Nak faham suami, nak penuhi keinginan suami, nak layan suami yang mana tak pernah mencukupi dan mensyukuri atas apa yang isteri dah korbankan, dah ketepikan kehendak sendiri, dah sampahkan perasaan sendiri semata-mata untuk mengutamakan suami berbanding perkara-perkara yang lain-lain lagi.
End up, isteri jugak yang dipersalahkan. Tak pandai jaga suami, tak pandai layan suami.
Cita-cita isteri hanyalah satu, jadi solehah then masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. Tapi macam mana nak solehah pada pasangan yang tak soleh?
Macam mana nak solehah pada pasangan yang tak bagi nafkah. Macam mana nak solehah pada pasangan yang langsung tak membantu dalam urusan kerja-kerja rumah. Macam mana nak solehah pada pasangan yang sembahyang pun tidak.
Macam mana nak solehah pada pasangan yang curang dan tidak pernah memanfaatkan langsung peluang demi peluang..Macam mana…? Nak jadi baik dengan pasangan macam ni pun susah, apatah lagi solehah.
Bukan senang..isteri bertarung dengan perasaan sendiri…nak terus jadi baik, nak terus buat baik, tapi ujiannya bukan calang-calang, terpaksa mengadap jugak pasangan macam ni dalam perjalanan menjadi isteri yg baik.
Maka, sebab tu tak ramai yang mampu untuk teruskan bila mana lebih banyak dosa berbanding pahala dalam rumah tangga yang dibina. Mengundur dari teruskan kerana semakin lama dibiarkan, semakin jauh dan hilang title solehah tu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi cerita tentang dugaan yang dilaluinya dan penantian selama 10 tahun demi menimang cahaya mata. Sebelum ini Datuk Siti mengambil langkah untuk tidak bercerita tentang dugaan untuk mendapatkan Siti Aafiya.
Tidak dapat menahan sebak ketika bercerita tentang impiannya untuk mendapatkan cahaya mata, Datuk siti menitiskan air mata di hadapan pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.
Video ini dimuatnaik oleh pembantunya di instagram. Antara pengalaman yang dikongsi oleh Datuk Siti ialah terpaksa menunggu zuriat selama 10 tahun walaupun pelbagai rawatan telah dilakukan.
“Masa tu saya dah kuat kerana tahun ke 10tahun adalah tahun satu yang saya rasa lamanyaa..”
“tapi saya dah positive saya dah fikirkan yang baik saja pada Allah kerana sebenarnya saya dah cuba macam-macam, ada orang cakap pergi berurut saya pergi, orang kata buat cara-cara tradisional saya buat, cara moden sebenarnya saya buat IVF ni dah 5 kali”
“Cuma saya tak cerita kat orang, sebab saya tak nak orang kata itu pun nak cerita. Ada orang tulis ada ‘duit banyak tapi tak nak usaha’ tapi sebenarnya saya berusaha cuma saya tak nak bagitahu je”. Sorry ea emosional sikit!
Ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka untuk mendapatkan zuriat. Bukan mudah, mereka juga berusaha dan mereka faham perasaan Datuk Siti. Hanya yang melaluinya sahaja memahami.
Bangga bila artis yang bukan saja hiburkan orang malah dapat bagi inspirasi pada orang, Moga DCT selalu dalam lindungan Allah.
Luaran nampak tenang happy tp dlm hati Allah je yg tahu kesedihan yg dilalui
Orang yang senasib mcm dato ct je paham
Saya menangis ketika melihat video ini karena ctdk yang alami seperti saya alami
Setiap kali memasak daging, boleh jadi stress kerana tak berapa pandai cara melembutkan daging. Sebenarnya ada cara mudah dan senang untuk melembutkan daging yang kita beli.
Perkongsian satu akaun video Tik Tok, @lieza_jaja ini mak-mak kena cuba. Tip ini biasa digunakan di restoran cina untuk lembutkan daging. Memang lembut dagingnya ketika dimasak. Jom cuba!
Cara paling pantas lembutkan daging yang liat. Nak buat macam mana ya?
Ini rahsia lembutkan daging.
Perhatikan arah urat dan hiris melawan arah urat.
Kemudian hirislah daging nipis-nipis. Tip mudah nak hiris adalah ketika separa beku. Lagi senang nak hiris.
Lepas tu bahan rahsia untuk lembutkan daging adalah menggunakan baking soda.
Campur satu sudu baking soda dan setengah cawan air. Tip ini biasa digunakan di restoran cina untuk lembutkan daging. Kena cuba!
Kacau dan biarkan soda larut, lepas tu rendam daging yang dihiris tadi.
Baking soda akan naikkan pH daging dan melonggarkan molekul daging dan buatkan daging jadi tak liat.
Perap daging selama 15 minit. Hasilnya jadi lembut sangat.
Tapi part paling penting adalah ketika membasuh daging. Bilas bersih-bersih sampai hilang bau dan rasa baking soda yang melekat.
Dah siap basuh bersih, boleh toskan sebelum di masak. Siap!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.