Permainan lato-lato antara permainan yang kini menjadi trending dalam kalangan anak-anak. Mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali, pemain perlu menghayun kedua-dua pemberat ini. Pemain yang menghayun laju dianggap hebat.
Namun, permainan lato-lato ini jika tak dikendalikan secara berhati-hati boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak kerana boleh menyebabkan kecederaan. Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya.
Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?
Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.
Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibubapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibubapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#notadrkamarul
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI