Trend pontengkan anak sekolah, alasan urusan keluarga sudah jadi macam perkara normal. Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pelajar yang ponteng sekolah dengan alasan ‘urusan keluarga’. Fenomena ini, yang dahulunya dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku, kini semakin menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa dan pelajar.
Trend Pontengkan Anak Sekolah, Alasan Urusan Keluarga Sudah Jadi Macam Perkara Normal
Alasan seperti perlu menghadiri kenduri kahwin, pergi bercuti, atau membantu keluarga dalam urusan tertentu kini sering digunakan untuk membenarkan ketidakhadiran anak di sekolah. Persoalannya, adakah tindakan ini wajar? Apakah kesannya terhadap pendidikan dan perkembangan anak-anak?
Trend pontengkan anak sekolah, alasan urusan keluarga sudah jadi macam perkara normal. Memontengkan anak lebih awal beberapa hari sebelum bermula cuti sekolah, malah ada yang sambung beberapa hari lagi selepas cuti sekolah tamat dengan alasan ‘urusan keluarga’ seolah-olah sudah jadi satu trend dalam kalangan ibu bapa.
Lebih teruk lagi, ada yang tanpa segan silu sanggup memontengkan sekolah anak semata-mata nak pergi melancong, namun masih beri alasan sama kerana ‘urusan keluarga’.
Tidak bijaknya perbuatan itu apabila ada yang seronok dan bangga berkongsi di media sosial gambar bercuti sakan walaupun ketika itu sepatutnya anak berada di sekolah.
Isu tersebut turut menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa di media sosial. Ada yang kata tak mengapa pontengkan anak sebab cuti sekolah dan cuti kerja mak ayah tak sama.
Ada beri alasan kalau cuti hari biasa, belanja lebih murah kerana hotel murah, tiket murah, tak ramai orang dan paling penting tak perlu berdepan kesesakan jalan raya.
Ads
Tak kurang juga ada ibu bapa dengan megah berkata anak mereka tetap pandai, tetap nombor satu berbanding murid yang hadir ke sekolah setiap hari.
Memontengkan anak semata-mata mahu bercuti atau balik kampung lebih awal sebelum cuti sekolah bermula bukanlah perkembangan sihat.
Ia membawa naratif kurang elok, seolah-olah menghalalkan budaya ponteng. Ia tidak sepatutnya menjadi amalan. Bimbang jika anak-anak akan terikut-ikut dengan sikap ibu bapa yang memandang remeh sesi persekolahan.
Mungkinkah fenomena ini berlaku kesan daripada tiada peperiksaan utama di peringkat sekolah rendah dan Tingkatan Tiga? Dahulu semasa ada peperiksaan besar, bukan sahaja takut nak ponteng sekolah, nak ponteng kelas petang, kelas tuisyen malam, kelas tuisyen Sabtu dan Ahad pun rasa takut. Jauh berbeza dengan zaman sekolah anak-anak sekarang.
Aiman Hakim tayang gambar selfie bersama baby girl, “I love you princess.” Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu. Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Aiman Hakim Ridza berkongsi gambar dirinya bersama puteri kesayangan.
Pada wajah Aiman jelas kelihatan kegembiraan memiliki seorang anak perempuan. Ramai warga maya yang tertarik dengan perkongsian Aiman. Nampak comel betul Inara di samping bapanya.
Dalam kehidupan seorang anak perempuan, hubungan dengan bapanya adalah satu ikatan yang istimewa dan penuh dengan makna. Bapa sering dilihat sebagai hero pertama dalam hidup anak perempuan, yang bukan sahaja melindungi dan menyayangi, tetapi juga menjadi sumber kekuatan, kebijaksanaan, dan panduan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bapa memainkan peranan yang unik dalam membentuk perkembangan emosi, keyakinan diri, serta cara seorang anak perempuan melihat dirinya dan dunia di sekelilingnya. Besar peranan bapa kepada anak perempuan antaranya:
Peranan Bapa Sebagai Pelindung dan Penyokong
Salah satu peranan utama bapa dalam kehidupan anak perempuan adalah sebagai pelindung. Sejak kecil, anak perempuan sering merasa selamat dalam pelukan dan kasih sayang bapanya. Bapa bukan sahaja memberikan perlindungan fizikal, tetapi juga sokongan emosi yang penting. Anak perempuan belajar bahawa mereka boleh bergantung kepada bapa mereka dalam menghadapi sebarang cabaran atau kesulitan.
Bapa juga bertindak sebagai penyokong utama dalam pelbagai fasa kehidupan anak perempuan. Sama ada ketika mereka menghadapi cabaran di sekolah, bersosialisasi dengan rakan-rakan, atau bahkan mengejar impian dan cita-cita, sokongan dan keyakinan yang diberikan oleh bapa memberi kesan mendalam terhadap motivasi dan keberanian mereka untuk berjaya.
Pengaruh Bapa Terhadap Keyakinan Diri Anak Perempuan
Bapa mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan keyakinan diri seorang anak perempuan. Cara bapa berkomunikasi, memberi penghargaan, dan menghormati anak perempuannya akan membentuk persepsi anak terhadap dirinya sendiri. Apabila seorang bapa memberikan pujian atas usaha dan pencapaian anak perempuannya, ia membantu anak perempuan itu membina keyakinan diri dan rasa percaya pada kebolehan mereka sendiri.
Bapa yang memberi perhatian kepada anak perempuannya juga mengajar mereka tentang nilai diri. Apabila seorang bapa menghargai dan menghormati anak perempuannya, anak itu akan lebih cenderung untuk menghargai dirinya sendiri. Ini adalah asas yang penting dalam membentuk harga diri yang sihat, yang akan mempengaruhi cara anak perempuan berinteraksi dengan orang lain sepanjang hidup mereka.
Contoh Lelaki yang Baik dan Hormat
Bapa juga memainkan peranan penting dalam menunjukkan kepada anak perempuan mereka bagaimana lelaki yang baik dan penuh hormat berkelakuan. Cara seorang bapa melayan ibu, ahli keluarga, dan wanita lain dalam hidup mereka akan menjadi contoh yang diikuti oleh anak perempuan. Anak perempuan cenderung untuk melihat bapa mereka sebagai contoh pertama lelaki yang penuh dengan rasa hormat, integriti, dan tanggungjawab.
Pengaruh ini boleh membentuk bagaimana anak perempuan memilih pasangan atau bagaimana mereka menjalin hubungan dalam hidup mereka. Apabila seorang bapa menunjukkan sikap menghormati, menyayangi, dan menghargai orang lain, anak perempuan akan belajar bahawa hubungan yang sihat adalah berdasarkan prinsip-prinsip ini.
Hero Dalam Mengajar Nilai Kehidupan
Bapa bukan hanya hero dalam melindungi dan menyokong, tetapi juga dalam mendidik anak perempuan tentang nilai-nilai kehidupan. Sama ada melalui nasihat, pengalaman hidup, atau contoh perbuatan, bapa mengajar anak perempuan tentang tanggungjawab, kerja keras, kejujuran, dan keberanian untuk menghadapi cabaran.
Seorang bapa yang bersikap adil dan bijak akan memberi pengajaran yang bermakna kepada anak perempuannya, membantu mereka membuat keputusan yang betul dalam hidup. Nilai-nilai yang dipelajari daripada bapa akan menjadi pedoman yang membimbing anak perempuan dalam perjalanan hidup mereka, baik dalam kerjaya, hubungan, atau cabaran peribadi.
Ikatan Emosi Yang Kukuh
Hubungan antara bapa dan anak perempuan sering kali dilihat sebagai ikatan yang sangat kukuh dari segi emosi. Anak perempuan yang merasakan sokongan dan kasih sayang tanpa syarat daripada bapa mereka cenderung untuk memiliki kestabilan emosi yang lebih baik. Hubungan ini memberikan rasa keselamatan dan kesejahteraan yang penting untuk perkembangan mental dan emosi mereka.
Sebaliknya, bapa juga mendapat kepuasan emosi daripada hubungan ini. Melihat anak perempuan mereka membesar dan mencapai kejayaan adalah salah satu kebanggaan terbesar bagi seorang bapa. Ikatan ini menjadi lebih kukuh apabila kedua-dua pihak saling memahami, menghargai, dan menyayangi antara satu sama lain.
Bapa Sebagai Hero Sepanjang Hayat
Bapa adalah hero pertama anak perempuan bukan hanya semasa mereka kecil, tetapi sepanjang hayat. Walaupun anak perempuan membesar dan mencapai kematangan, peranan bapa sebagai penasihat, penyokong, dan pelindung tidak akan hilang. Ramai anak perempuan dewasa masih merujuk kepada bapa mereka dalam membuat keputusan penting atau mencari nasihat dalam menghadapi cabaran hidup.
Hubungan yang erat dengan bapa bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan peribadi, tetapi juga kepada kehidupan profesional dan sosial seorang anak perempuan. Anak perempuan yang mempunyai hubungan yang sihat dan positif dengan bapa mereka cenderung untuk menjadi individu yang yakin, berdikari, dan berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bapa adalah hero pertama dalam kehidupan seorang anak perempuan kerana peranan penting yang dimainkan dalam membentuk keyakinan diri, nilai diri, dan persepsi terhadap dunia. Hubungan yang kuat antara bapa dan anak perempuan bukan sahaja memberi kesan positif kepada perkembangan emosi dan mental anak perempuan, tetapi juga memberi pengaruh dalam cara mereka menjalani kehidupan sebagai individu yang berkeyakinan dan penuh dengan nilai-nilai murni.
Sebagai bapa, adalah penting untuk terus menjadi hero dalam kehidupan anak perempuan, dengan memberi sokongan, kasih sayang, dan bimbingan yang berterusan sepanjang hidup mereka. Hero ini tidak hanya melindungi, tetapi juga membimbing anak perempuan ke arah kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Pasangan pelakon Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz dah berkahwin sejak 26 April 2014. Mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Aryssa.
Dah lebih 11 tahun hidup bersama, kisah rumah tangga mereka masih buat ramai tersenyum bila isu berat badan Almy dibangkitkan secara bersahaja.
Almy memang ada niat nak kurus. Tapi Fizz pula tak izinkan. Katanya, kalau Almy makin kurus, nanti ‘hilang’ semua bentuk yang dia suka. Melalui sesi LIVE di TikTok, Almy berkongsi mengapa suaminya tidak suka jika dia kurus.
“Ma, janganlah kurus… nanti dah tak ada bontot. Bonggol-bonggol I nak peluk, nak gigit-gigit.”
Fizz bukan main-main. Dia betul-betul tak nak Almy ‘sekeping’. Katanya, Almy cantik begitu, dan dia suka isteri dia macam tu. Tak kisah pun walau ramai wanita berlumba-lumba nak nampak slim. Bagi Fizz, cinta dia bukan pada bentuk badan, tapi pada orang yang dia kahwini lebih satu dekad lepas.
Almy sendiri akui dia belum bersedia untuk fokus turunkan berat. Bukan sebab malas, tapi dia masih menyusukan anak. Bila menyusu, selera jadi luar biasa.
“Betul saya masih menyusu. type saya kalau saya susukan anak mesti saya gemuk sebab saya akan makan.”
Apabila Almy menyatakan hasratnya untuk menguruskan badan, Fizz minta isterinya untuk sabar dan tunggu anak besar sedikit memandangkan dia masih menyusukan anak.
“Boleh nak kurus, tapi sabar tunggu anak-anak besar. Anak tengah menyusu lagi apa semua.”
Dalam dunia yang selalu tekan wanita untuk sentiasa cantik, sentiasa slim dan sentiasa perfect, kisah kecil antara Almy dan Fizz ni jadi reminder yang sweet. Ada suami yang tak kisah pun bentuk badan isteri berubah. Yang penting, dia tetap nampak isteri dia lawa, masih nak peluk, gigit-gigit, macam dulu. Memang suami terbaik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berumah tangga tidaklah semudah yang disangka. Ada pasang surutnya. Ada waktunya rumah tangga dilanda emosi, merajuk dan sebagainya. Semuanya gara-gara masih mencari kesesuaian diri bersama pasangan.
Tak mengapa, asalkan kuncinya sabar. Menurut Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, belajarlah untuk reda dalam berumahtangga. Kita tambahkan kekurangan pasangan. Barulah aman bahagia.
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA. Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua keluarga.
Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi je tutup suis tu.
Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar besar ketidakpandaian dia pula, redha & tapau je la makanan senang.
Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha & hiburkan selalu dia. Wanita garang ni biasa kat luar je, dalam hati dia ada taman.
Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha je la, tu anak kita juga yang dia layan.
Kalau nampak pasangan selekeh & comot bila kat rumah, tapi kat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita!
Jika yang di harap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar. Jika yang di harap adalah pasangan memberi kita rasa bahagia, maka pasti akan ada rasa kecewa. Sebagai ketua keluarga ujian terbesar bukan cari duit, bukan beli rumah, bukan jaga anak-anak. Tapi ujian terbesar kita ialah SABAR..
Sabar bukan 1 hari, bukan 1 tahun, bukan 10 tahun tapi kena sabar sampai kiamalt. Itu la ujian terbesar kita.