Trend tarik kerusi semakin menjadi sekarang. Lumrah buat kanak-kanak untuk bergurau sesama mereka tidak kira di rumah mahupun di sekolah.

Ini antara gurauan ‘kasar’ yang sering dilakukan dengan menarik kerusi ketika rakan hendak mereka hendak duduk membuatkan mereka terjatuh. Namun ia bahaya, sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius antaranya kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang adalah kebas serta kelumpuhan anggota.

Begitulah yang terjadi kepada keluarga ini. Memetik laporan Harian Metro, Shahirah Shah, 20, seorang pekerja swasta, menyatakan rasa terkilan apabila seorang guru memperlekehkan keadaan adiknya dengan menganggap kejadian yang menyebabkan tulang pinggulnya patah sebagai satu takdir.

“Kami terkilan apabila seorang guru memperlekehkan nasib adik dengan menyatakan kejadian yang berlaku hingga mengakibatkan tulang pinggulnya patah sebagai takdir,” kata pekerja swasta, Shahirah Shah, 20.

Shahirah berkata, kejadian berlaku pada 17 November lalu di sebuah sekolah di Batu Pahat apabila kerusi adik perempuannya dalam kelas dialihkan seorang pelajar hingga mengakibatkan mangsa terjatuh.

Menurutnya, selepas tamat waktu persekolahan, adiknya yang juga pelajar tingkatan satu mengadu sakit punggung kepada ibu ketika menaiki kereta dan menceritakan kejadian itu.

Katanya, pada hari sama, keluarga membawa adiknya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat selepas mengadu kesakitannya semakin teruk.

Ads

“Apabila ibu membawanya ke hospital, doktor mencadangkannya untuk menjalani X-ray dan selepas mendapat keputusan, doktor memaklumkan kecederaan adik saya amat bahaya sehingga boleh menyebabkan lumpuh atau masalah kesihatan pada masa hadapan dan mengesahkan tulang pinggul patah.”

Trend Tarik Kerusi, Adik Boleh Lumpuh, Kakak Luah Terkilan 

“Pada 18 November lalu, kami sekeluarga ke sekolah bagi memaklumkan kecederaan dialami adik dan ketika itu seorang guru menyatakan kejadian berkenaan tidak disengajakan dan meminta kami menganggapnya sebagai takdir,” katanya.

Shahirah berkata, pihaknya difahamkan pengetua sekolah tidak dimaklumkan berkaitan kejadian itu dengan segera ia menggambarkan sikap acuh tidak acuh guru.

Menurutnya, keluarganya juga keliru dengan kenyataan seorang guru yang mendakwa menjadi saksi kejadian sebaliknya adiknya menyatakan guru berkenaan tidak berada dalam kelas ketika itu.

Ads

Katanya, pihaknya juga tidak menerima maklum balas yang diharapkan daripada guru terbabit berkaitan rayuan keluarganya untuk memindahkan kelas adiknya di tingkat bawah mulai tahun depan atas faktor kesihatan.

“Guru berkenaan memperlekehkan laporan perubatan adik saya dengan menyatakan anaknya juga seorang doktor dan apa yang dialami adik adalah tidak serius.

“Tambahan pula kami keliru apabila adik saya seperti diboikot apabila tiba-tiba disingkir daripada kumpulan WhatsApp kelas.

Ads

“Adik saya jenis pelajar yang tidak bermasalah, sehingga kini dia juga tidak pernah menimbulkan masalah disiplin.

Trend Tarik Kerusi, Adik Boleh Lumpuh, Kakak Luah Terkilan 
Gambar sekadar hiasan

“Kejadian seumpama ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia boleh menimbulkan masalah lebih serius,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini pergerakan adiknya masih terbatas dan tidak mampu tunduk dan duduk seperti biasa.

Ibu bapa mangsa juga membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat pada 19 November lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin ketika dihubungi berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI