Apabila kandungan mencecah trimester ketiga, badan sakit-sakit dan tubuh dirasakan amat penat. Tapi tak mahu dikata lembik dan mengada-ada, Tasha Manshahar paksa diri hingga demam.
Ibu hamil melalui perubahan diri seiring pertambahan usia kandungan. Secara fizikalnya rahim ibu akan membesar untuk menampung perkembangan bayi. Apa yang dilalui penyanyi Tasha Manshahar ini boleh dijadikan pengajaran supaya tidak terlalu menekan diri apabila badan penat dan sakit. Demam berbahaya kepada wanita hamil.
Alhamdulillah feeling a lot better today. Thank you @raqibmajid paksa saya pergi klinik @kumpulan_megaklinik_zahran pukul 2.30 pagi, walaupun asalnya saya menangis-nangis kata “Saya tak demam saya cuma penat, saya nak tidur”.
Raqib yang baru balik shooting pukul 2.00 pagi tu pulak risau bila dia rasa bdn saya agak panas. “Takpe kalau tak demam alhamdulillah syukur, kita check je, kesian baby”. Saya akur. Berdesup Raqib siapkan jubah, sarungkan tudung terus bawa ke klinik.
Syukur sangat Megaklinik Zahran buka 24 jam. Ternyata, sis memang demam (sebab tu jangan degil, kena dengar nasihat suami dari awal) ?. Doktor bagi ubat yang sesuai and I’m recovering.
Preggy moms kalau boleh elak demam ya. Sebab kalau demam, agak berisiko untuk ibu dan baby.
SEBELUM HAMIL JARANG SAKIT
I have an issue with myself. I dont know whether I put a very high expectation or I take myself too easy. Sebelum pregnant, saya adalah orang yang jarang sakit.
Sepanjang pregnant ni pun sebenarnya alahan tak teruk kalau dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih besar ujiannya.
Muntah sikit-sikit, letih, sakit bdn, tidur tak lena, selera tak kena, itu benda biasa. Orang lain lagi kesian ya Allah sampai keluar masuk hospital. Sebab tu tak boleh derhaka dengan ibu, kan? :’)
TRIMESTER KE-3 PERUT BESAR EKSTRA, AIR KETUBAN BERLEBIHAN
Cuma, saya lebih rasa struggle bila kandungan masuk 3rd trimester. Maybe sebab perut dah besar (and perut saya mmg extra besar ya since air ketuban saya berlebihan), kita jadi extra penat, badan jadi extra sakit, semua serba tak kena, and I believe my body is preparing untuk proses bersalin nanti. SubhanAllah, Allah is the Greatest!
PUSH DIRI & MAHU TERUS KUAT UNTUK SIHAT
Okay issuenya adalah, bila saya rasa sakit atau berlaku something yg unusual to my body, saya selalu ignore and refuse utk rujuk doktor sebab saya takut apa yg sedang saya alami tu sebenarnya benda biasa tapi saya je yg over.
I’m afraid of being or being called “mengada-ngada” , “lembik”, “pemalas” ? But at the same time, I believe mindset yang positif pun sangat penting untuk terus kuat dan cepat sihat!
So I push myself, and maybe dalam tak sedar sometimes I push myself too hard. Ada yang macam saya jugak tak?
Alhamdulillah, my husband, my family, my in laws, my best friends sangat understanding & supportive. Love them all lillah ♥️ #raqshajrjourney
PEMINAT KONGSI PENGALAMAN SEMASA HAMIL
Para peminat juga mengakui bab kesihatan diri semasa hamil. Ada yang berkongsi pengalaman sakit semasa hamil perlu memberikan prioriti kepada si kecil dalam kandungan dan mendoakan kesejahteraan Tasha.
@nar_razali My first trimester agak mencabar. Demam sahaja almost 3x within that period. Morning sickness pun teruk jugak. Rasa macam diri larat and boleh tahan but at the end, ke klinik jugak akhirnya. Selalu kena fikirkan baby supaya diri ni tak selfish.
@deariefyza Sy pun dulu macam tu. And bersyukur dpt husband yang bukan jenis terus okay dgn bini ni. Haha ? nasib dengar ckp husb. Baby kurang gerak pun dia yg akan suruh check jugak. Its okay kalau betul takde pape. Janji check. Kita belajar untuk fikirkan anak first so that after lahir pun dah biasa anak first. Priority anak tu kena jaga.
@tyranorjaini Tashaa samee…saya mase pregnant pon macam tu. Sometimes rasa something yg unusual tp taknak refer doc smpai husband yg paksa check takut baby apa apa….?
@azira_aidiradina Alhamdulillah tasha da sihat…sy pun macam tu jugak..sampai dah memang tak sanggup nak tahan sakit baru jmp doktor…???
@mashitahmursidan get well soon semoga urusan akak dipermudahkan aaminn❤️?
SUAMI RISAU TASHA DEMAM, MOHON DOAKAN IBU & BAYI DALAM KANDUNGAN
Manakala suami Tasha, penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Majid juga dalam posting Instagram melahirkan kerisauan terhadap keadaan isterinya.
MATA PANAS & SAKIT SENDI
Semalam saya habis shooting lewat malam. sampai rumah pukul 2 pagi. Saya rasa badan Tasha panas. dia kata mata dia panas, sendi2 sakit. Tasha jenis tak suka pegi klinik & makan ubat. Tapi saya paksa jugak sebab risaukan tasha dan kandungan
Saya pun whatsapp abglong @nafidzrazak tanya yg @kumpulan_megaklinik_zahran bangi 24jam ke? abglong cepat respon. syukurla zahran bangi buka 24jam. sory ganggu abglong sedang solat malam?
KALAU TAK KEBAH KENA BUAT UJIAN DARAH
Sampai klinik, doktor bagitau tasha demam. Doktor cakap tak boleh bagi ubat byk sgt sebab mengandung. So doktor bagi ubat demam je. Doktor kata kalau tak kebah, selasa ambil darah.
Sebab ibu mengandung kalau demam, agak berisiko jugak. So doakan baby dan mak baby sehat walafiat ya? Doa awak semua akan berbalik semula pada awak. ‘Amin’
Ada tips tak utk ibu mengandung kalau demam???
Follower memberikan pelbagai sokongan dan tip buat Raqib dalam menenangkan isteri yang sedang sakit. Rata-rata menasihatkan Tasha mengambil ubat yang dibekalkan doktor & minum banyak air untuk membantu pemulihan tubuh.
@norasikin34 Allahuakbar …Sian Tasha…skrg Kan cuaca x menentu, bykkan minum air putih …DOA dari kami… @raqibmajid ,Tasha n kandungan Moga senantiasa dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T, Aamiiin..moga yg baik2 shj buat kalian.
@noorazlinabahrin Makan vitamin c @raqibmajid @tashamanshahar…..dan banyak minum air kosong….kalau demam tak yah puasa dulu…..
@hulaimhuraira Wife sy Klu demam masa mengandung saya suruh minum banyak air, makan buah oren dan buah-buah lain dan sebelum tidur ambil madu dengan air suam.
@husnaazmi Ibu demam boleh effect baby. Kalau high temperature, jantung ibu laju (tachycardia), jantung bayi pun ikut laju (ni boleh detect melalui ctg). Yang penting kena maintain hydration ibu. Minum banyak air .
Sumber: tashamanshahar & raqibmajid
Artikel berkaitan: [Tasha Manshahar Akui Trimester Ke-3 Sukar, Latih Ibu Tak ‘Terkejut’ Bila Bayi Lahir Nanti]