Menempuhi trimester kedua kehamilan, Hanis Zalikha masih lagi mengalami alahan teruk kerana masih loya dan muntah-muntah. Tapi berita baiknya ialah perutnya dah makin membesar!
Isteri kepada Hairul Azreen ini turut berkongsi yang dia loya teruk dan muntah di waktu pagi. Hanis memuat naik gambarnya dengan bahagian perut yang sudah nampak baby bump comel! Hanis sempat mengimbau keadaan yang lebih kurang sama semasa dia hamilkan Yusuf.
haniszalikha I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu.
Hanis teringatkan satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran di mana dia dan Hairul bersarapan pagi.
Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik.
Hampir selesai makan, Hanis cuba untuk menahan muntah tapi tidak mampu dan akhirnya terpaksa bergegas ke ke tandas restoran.
Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5 minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan.
Selesai memuntahkan isi perut, Hanis kembali ke meja dan menemani Hairul menghabiskan sajian sarapan paginya. Tapi dia mula perasan yang ada staf restoran memandangnya dengan pandangan bukan biasa-biasa. Manakala Hairul pula cuba menyembunyikan sesuatu walau pun diasak dengan soalan berkali-kali.
Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi.
Akhirnya Hairul buka mulut. Rupanya semasa dia muntah ada seseorang berasa jengkel dan marah-marah kepada staf yang menjaga kaunter bayaran.
Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu.
Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear). So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.
Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita.
Para peminat memberikan pelbagai reaksi. Antaranya meneka bayi dalam kandungan perempuan. Ada juga yang memuji tindakan Hairul back up Hanis dan tidak berpuas hati dengan pakcik tersebut.
MENEKA BABY GIRL
SOME MAY NOT UNDERSTAND
GOOD JOB HUSBAND KEKNIS
MESTI COMEL MACAM YUSUF
KONGSI PENGALAMAN ALAHAN SEMASA HAMIL
Sumber: haniszalikha