Kandungan memasuki trimester ketiga, tarikh bersalin semakin dekat. Lazimnya persiapan menyambut orang baru hampir siap.
Aktres Tya Arifin dalam Instagram mengakui dia baru tersedar yang dia masih belum membuat persiapan untuk kelahiran adik Arif Jiwa. Tya turut bertanya adakah ibu lain sepertinya yang membuat persiapan di saat-saat akhir.
tyaarifinnw Baru sadar…sudah trimester ketiga, persiapan barang baby belum ada lagi ?
Siapaaa yang suka lastminute macam Tya? ?
Rupa-rupanya ramai yang mempunyai persamaan dengan Tya. Para peminat mengakui hanya membeli barangan bayi apabila masuk trimester ketiga dan siap pada minggu ke-36. Malah ada yang mengakui hanya membeli semasa berpantang!
MASA BABY PERTAMA CEPAT
BERSALIN BARU BELI BARANG BABY
TAK SEMPAT BELI, BABY KELUAR DULU
9 BULAN BARU BELI BARANG
BELI YANG ASAS SAHAJA DULU
MINGGU KE-35
BELI BARANG KE HOSPITAL DULU
Ramai juga di kalangan peminat Tya meneka jantina bayi. Ada yang mengatakan lelaki, ada yang meneka ia adalah perempuan. Masing-masing teruja menunggu kelahiran anak kedua Tya.
Sumber: tyaarifinnw