Triumph Tampilkan Koleksi Musim Sejuk Luruh 2020 Dengan Gaya Selesa Namun Tetap Bergaya!

Share

Jenama pakaian dalam terkenal Triumph yang berasal dari Jerman tampil dengan koleksi terbaru untuk Musim Sejuk Luruh 2020.  Tetap mementingkan keselesaan buat si pemakai dan juga dalam masa yang sama menjaga penampilan wanita untuk melangkah penuh yakin dengan pemakaian pakaian dalam terbaik.

Dikenali dengan dedikasinya pada kehalusan kerja tangan, inovasi dan tumpuannya kepada setiap perincian, Triumph memahami bahawa penyedangan pakaian dalam adalah segalanya – ia adalah cara paling berkesan untuk memperbaiki penampilan anda dan yang paling penting, meningkatkan keselesaan.

Setia kepada komitmen jenama ini, Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 yang menawan dari Triumph Malaysia diperkenalkan . Menampilkan gaya untuk musim ini yang memenuhi keperluan wanita untuk pakaian dalam yang selesa, mempunyai kepadanan baik dan bergaya.

Fit Smart Baru

Fit Smart 2.0 yang baru telah dicipta dengan sentuhan kewanitaan seperti renda yang ditempa khas dan bahagian kait yang menyokong dan mengikut bentuk tubuh anda. Teknologi 4D inovatif yang terkenal telah dikekalkan, menjamin pemakaian selesa yang sempurna. Mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk keselesaan tambahan dan fleksibiliti.Coli tanpa dawai ini menggunakan teknologi pakar untuk menyokong dan memusatkan  payudara bagi bentuk dan sokongan yang sempurna. Tali coli telah direka dengan kancing khas, membolehkannya digayakan dengan bentuk silang belakang untuk tampil bergaya.

Sistem ukuran yang ringkas bermakna anda mudah memilih daripada saiz S, M, L dan XL. Gaya ini boleh didapati dalam warna merah jambu (Dusty Pink), kelabu (Twilight Grey) dan hitam (Black) dengan harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90.

Koleksi Aqua

Koleksi terlaris Aqua ini yang sedang meraikan ulang tahun ke-20, telah menyokong wanita pelbagai generasi dengan teknologi ‘push up’ yang inovatif – dan kini mempekenalkan dua produk ikonik baru Aqua, Aqua Finesse dan Aqua Rosie.

Aqua Finesse mempunyai garisan leher berbentuk V yang mendalam untuk penampilan yang menawan. Sayap jaring regangan tinggi menghasilkan kemasan yang halus dengan sokongan tambahan. Boleh didapati dalam pilihan warna kelabu gelap (Shadow Grey), hitam (Black) dan kelabu (Grey), dalam jenis ‘push up’ berdawai atau ‘push up’ tanpa dawai bersama celana dalam mini atau hipster yang sepadan.

Diinspirasikan daripada bunga mawar berusia seribu tahun yang tumbuh di Jerman dan dianggap paling tua di dunia, Aqua Rosie menampilkan sulaman feminin dan perincian bunga mawar yang halus. Dengan lapik Aqua ringan yang bersepadu dan lapisan modal yang sangat lembut, coli ‘push up’ ini sangat selesa. Sayap hem olok-olok membuatkannya ringan dan selesa. Boleh didapati dalam warna kelabu (Feather Grey) dan ungu (Mauve) bersama celana dalam mini yang sepadan.

Aqua Finesse dan Aqua Rosie masing-masing dijual pada harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90 – RM89.90.

Sculpt Rosanne & Astra Embroidery

Dicipta untuk membentuk tubuh dan mencantikkan penampilan, Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery menampilkan ciri rekaan yang merata dan menyokong.

Sculpt Rosanne menampilkan renda berhias pada mangkuk coli, menghasilkan gaya berdekorasi dan menambat pandangan mata. Tali coli diperbuat daripada elastik jacquard yang halus dan rekaan indah ini dikemaskan lagi dengan loket diamante halus. Dengan tali silang dalam dan luar serta sayap sisi jaring yang kuat, Sculpt Rosanne memberikan sokongan yang sangat baik dan kemasan yang rata. Coli didapati dalam rekaan berlapik mangkuk separuh berdawai atau coli ‘push up’ berdawai rekaan ‘butterfly’ dalam warna kelabu (Grey) dan merah (Wild Raspberry) bersama celana dalam hipster sepadan.

Astra Embroidery yang bergaya anggun diinspirasikan oleh bunga mawar berkembang penuh. Ia didapati dalam dua warna yang tak pudar dek zaman, hitam (Black) yang klasik, dan merah gelap (Bordeaux) yang menawan. Coli berlapik dan berdawai dengan jualan terlaris ini mencipta bentuk feminin yang cantik. Didapati bersama celana dalam hipster sepadan.

Gaya keraian ini akan mula dijual pada bulan November 2020 pada harga bermula daripada RM279 – RM299 dan bersama celana dalam mini sepadan RM 89.90 – RM99.90.

Belilah Koleksi AW20 atas talian di www.triumph.com dan di butik Triumph serta di pusat beli-belah utama seluruh negara.

 

 

 

 

Published by
SAHR