Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.
Jika sebelum ini Jebat tampil memberi tazkirah ketika bersantai, kali ini Jebat berseloroh mengakui seorang wanita Arab merupakan isterinya ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna di TikTok @Noorintanz, wanita Arab berkenaan pada mulanya bermurah hati memberikan anak petah itu coklat.
“Jangan terkejut tau. Jayden ni pepandai je cakap perempuan Arab tu bini dia. Ya Allah pandai sungguh memilih yang cantik tau,” tulisnya di kapsyen.
Telatah bersahaja Jebat Jayden yang menjadi kesayangan ramai ini membuatkan ramai yang terhibur. Pelbagai reaksi dan komen turut ditinggalkan di ruangan komen.
Paling menarik perhatian pastinya gaya berseloroh dan kelakar seperti Babanya, Sharnaaz Ahmad yang cukup disenangi ramai dengan sikap penyayang dan kelakar.
Ads
“Good taste lah Jayden ni sama macam Baba dia.
“Terkejut lah Daddy hang Jayden. Ado bini di Mekah!
“Haha tak sangka Sharnaaz Ahmad dah dapat menantu ghupenya. Tahniah ler,” komen netizen.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang Jumaat.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.
“Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.
Meninggal dunia selepas 3 hari dihantar ke hospital
Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia pada jam 6.40 petang Isnin.
“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.
“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.
Kamarul Zaman memberitahu, semua suspek direman seminggu bermula Ahad sehingga 31 Disember ini.
Rezeki guru-guru yang mendidik anak-anak seperti anak sendiri. Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru, sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Guru pada hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, dia bersama suami membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah tersebut di sebuah kedai emas terkemuka.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya.
“Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik-cantik,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tindakan kedua ibu bapa ini pastinya dipuji ramai kerana tidak berkira dengan guru-guru yang banyak menyumbangkan tenaga dan usaha dalam mendidik anak mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya begitu kagum malah menyifatkan ia sebagai hadiah paling bermakna buat guru-guru.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan dan mendapat lebih 67,000 tanda suka daripada wargamaya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang Pa&Ma ingin kongsikan ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
AMALKAN DOA HEBAT INI!
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.
Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.
Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.
DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.