Keibubapaan

“Tuah, Rezeki Ayahanda & Bonda” Dah Cukup Sebulan, Majlis Tahnik & Cukup Jambul Anak Remy Ishak Meriah!

Share

Selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu, anak hero Malaya, Remy Ishak kini sudah pun berusia satu bulan.

Diusianya genap sebulan, Remy dan isterinya Ezza Yusof sempat mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul buah hati tersayang mereka, Tuah Alam.

Menerusi Instagram, isteri Remy, Ezza turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.

“Tuah Alam, 1 month old today,” tulisnya di Instagram.

Ezza yang kini bergelar ibu turut meluahkan rasa syukurnya kerana majlis itu berlangsung dengan lancar dan baik.

Remy dan Ezza tampil sedondon dengan warna putih bersih bagi meraikan anak sulung mereka. Malah akui Ezza lagi, majlis itu cukup bermakna buat mereka kerana kehadiran insan istimewa selepas dua tahun mendirikan rumahtangga.

“Alhamdulillah! Majlis tahnik & cukur jambul Tuah Alam ni sangat special bagi kami berdua sebab Ayah & Bonda Tuah majlis kahwin 2 tahun lepas takde rezeki nak buat dulu disebabkan PKP.

“Tahun ni, 2023 sambut Tuah Alam dilahirkan, 2 tahun Anniversary perkahwinan kami juga. Tuah rezeki Ayahanda & Bonda,” tulisnya lagi.

Ibu yang cukup manis dengan senyuman ini juga turut berterima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis istimewa itu.

 

“Terima kasih semua sudi hadir luangkan masa di Majlis kecil kami. Tuah dapat banyak hadiah,” luahnya berkongsi.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut setia Ezza dan Remy juga turut memuji nama indah pilihan mereka berdua.

Terdahulu, Remy dan Ezza selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam pada tanggal 27 Julai yang lalu.

 

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM