“Tuan Director Junior, Kembar Baba Ni.” Syahmi & Isteri Titip Doa Buat Khabib Umar

Share

Rasa macam baru je isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda, Syahmi Sazli melahirkan anak kedua. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih usia Khabib Umar.

Anissa Faizul yang bersalin 3 Julai lalu telah berkongsi gambar anak lelakinya ketika sesi photoshoot mereka sekeluarga.

Dengan hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Keluargaku, Syurgaku’ dah dianggap lengkap kehidupan keluarga kecil ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.

“Assalamualaikum aunties & uncles. Doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.

“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardhiah.

“Semoga Allah SWT merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” kongsi Anissa.

Menerusi ruangan komen, masing-masing menyatakan, Khabib Umar sebiji ikut muka Syahmi. Mungkin lepas ni, kalau Anissa bersalin lagi baru ikut mukanya.

“Comeynyaaaa❤️ Kembar baba sangat ni hehehhe cumeyy🥰🥰”

“Muka Syahmi ni semua eii tapi comel 😍 Moga sihat selalu semua”

“Muka baba juga… haih kuat gen baba kalah ibu.”

“Cair tengok kakak Ainul ❤️ MasyaAllah moga Ainul dan Umar jadi ank yang soleh dan solehah.. Aamiin Ya Allah.”

Kredit: IG Syahmi Sazli & Anissa Faizul

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN