Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membacuh susu formula❓❓
Selalunya cara di bawah ini bukan❓❓
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Ads
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa❓❓
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
Ads
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
Ads
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Penyebab asma pada anak ada banyak dan ia bukan sahaja akibat faktor persekitaran. Ini kerana makanan dan minuman yang mereka ambil juga akan memainkan peranan penting.
Sebagai contoh, kanak-kanak dengan kondisi ini dipercayai tidak boleh mengambil hidangan yang mengandungi gas kerana ditakuti boleh jadi punca komplikasi lebih buruk.
Persoalannya, benarkah batuk asma pada anak akan jadi lebih teruk angkara makanan dan minuman yang bergas? Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Penyakit asma & makanan itu saling berkaitan?
Asma adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Disebabkan itu, penghidap asma selalunya disarankan untuk elak daripada alergen-alergen yang berada di ruang udara.
Namun, agak jarang pula penghidap asma diingatkan agar menjaga aspek diet pemakanan yang sebenarnya sama malah mungkin lebih penting untuk mengawal kondisi ini.
Untuk pengetahuan anda semua, individu yang ada asma perlu jaga pola makan yang sihat agar dapat mengendalikan gejala asma di samping membantu mengawal berat badan.
Kenapa? Ini kerana penderita asma yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti cenderung untuk lebih lambat respons kepada ubatan atau rawatan penyakit asma.
Annals of American Thoracic Society menyatakan bahawa individu dengan kondisi asma wajar menurunkan 10% daripada berat badan mereka untuk elak komplikasi buruk.
Makanan boleh jadi penyebab asma pada anak?
Sebenarnya, adalah sangat penting untuk ibu bapa tahu bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak sesuai jika diberikan kepada anak dengan kondisi asma.
Berikut adalah antara jenis makanan yang mungkin boleh jadi punca batuk asma pada anak:
#1. Makanan yang tinggi sulfite
Sulfite seperti sulfur dioksida dan lain-lain biasanya wujud di dalam produk makanan kering yang diekstrak dan diawet untuk dikilangkan serta ditinkan bagi jualan di pasaran.
Sebatian ini mungkin akan mendatangkan kesan sampingan terutamanya kesukaran untuk individu bernafas yang tentu sahaja sangat bahaya buat penderita penyakit asma.
#2. Makanan yang tinggi garam
Garam adalah bahan wajib di dalam pelbagai jenis makanan untuk menambah rasa dan membuat ia tahan lebih lama. Namun, ia mungkin kurang bagus jika anak anda ada asma.
Sama seperti sulfite, makanan yang tinggi garam juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sukar untuk bernafas sekali gus membuatkan ia tidak sesuai buat penderitanya.
#3. Produk tenusu
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt agak popular sebagai penyebab asma pada anak kerana ia berisiko untuk menambah mukus lantas mengganggu salur pernafasan.
Ia adalah akibat teksturnya yang agak pekat selain tinggi dengan lemak yang mungkin akan menyumbang kepada risiko sistem pernafasan anak dengan mengalami rengsa atau radang.
#4. Daging proses
Daging proses seperti sosej, koktel, salami, ham dan lain-lain mengandungi pengawet makanan bernama nitrite dan ia dipercayai mungkin boleh menjejaskan salur pernafasan.
Bukan itu sahaja, ia turut kaya dengan lemak tepu dan sodium yang semua orang sudah tahu akan memburukkan lagi simptom sekiranya anak anda ada masalah sistem pernafasan.
#5. Makanan pemicu alergen
Paling berbahaya, batuk asma pada anak juga boleh jadi lebih buruk jika mereka ambil makanan pemicu alergen seperti makanan laut, gandum, telur, kacang dan sebagainya.
Makanan bergas juga penyebab asma pada anak?
Berbalik kepada topik utama artikel, si kecil dengan masalah asma juga mungkin perlu elak makanan dan minuman bergas kerana ia boleh buat komplikasi jadi lebih teruk.
Ini kerana hidangan penuh gas akan memberikan tekanan pada diafragma dan tanpa sedar, ia mungkin akan menyebabkan sakit dada, sesak nafas serta gejala yang lain.
Disebabkan itu juga, ibu bapa perlu elak beri anak dengan asma jenis makanan dan minuman ini:
Lebih berbahaya jika anak anda pernah atau masih mengalami penyakit asid refluks (GERD). Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentang diet sesuai.
Penderita asma tidak boleh asal makan sahaja!
Konklusinya, individu dengan kondisi asma tidak boleh asal makan sahaja terutamanya golongan kanak-kanak kerana mereka mungkin belum tahu apa yang bagus atau tidak.
Disebabkan itu, sila peka dengan penyebab asma pada anak sama ada dari aspek persekitaran dan pemakanan agar tidak pula timbul komplikasi yang mungkin boleh membahayakan kesihatan mereka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Nazrief Nazri belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya walaupun sudah 2 bulan menimang cahaya mata.
“Sudah dua bulan isteri bersalin. Saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nickname anak iaitu Noah A.
“Orang pun tak tahu nama penuh anak kami… Cukuplah kami panggil baby Noah di laman sosial.
Menurutnya lagi, dia dan isteri bukan hanya menjaga privasi keluarga malah keluarga jugak menasihati agar tidak mendedahkan nama penuh anak untuk mengelak dari terkena penyakit Ain.
“Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, beberapa perkara berkongsi juga dengan pengikut.
“Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik)
“Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat babt.
“Itulah sebabnya kami guna nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!
Nazrief menimang cahaya mata sulung setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
Cahaya mata sulung lelaki mereka dilahirkan pada 19 Julai lalu disebuah pusat perubatan di Putrajaya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ahli perniagaan, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh terkejut apabila mendapati anak sulungnya, Ammara yang baru berusia 5 tahun rupanya mengalami masalah rabun mata.
Menurutnya, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan mata baru-bari ini dan ternyata selama ini penglihatan anak sulungnya itu kabur sejak bayi.
Reaksi ammara first time pakai spec
“Rupanya ammara rabun jauh since dari kecil lagi dan belle baru tau baru baru ni itupun sebab belle tergerak hati untuk buat checkup mata dia.
“Vision mata dia rendah dan selama ni dia nampak blur je. Ammara ingat vision blur tu normal sebab memang dari kecil itu yang dia nampak. sebab tu dia tak pernah complain kata tak nampak. Dan belle pun tak tau kata dia rabun.”
Pengusaha empayar perniagaan muslimah berjenama Bella Ammara ini tidak menyangka power mata anaknya mencecah 500 di kedua-dua belah mata. Tambahnya lagi, kemungkinan Ammara rabun disebabkan faktor genetik memandangkan suaminya juga mengalami masalah yang sama ketika kecil.
“Bayangkan power mata dia 500 dua dua belah mata. Doktor cakap memang ada kids yang rabun dari kecil sebab faktor genetik. samalah macam daddy dia. And harini first time dia pakai spec and belle sengaja bawa dia tengok diluar rumah untuk dia menikmati sekeliling dengan clear.
“Reaksi ‘wow’ ammara pastu dia cakap ‘now i can see u clearly’ rasa sebak pulak.”
Sharifah Nabilla atau mesra dipanggil Bella juga meminta warga maya yang mempunyai masalah yang sama jika sudi berkongsi pengalaman agar bermanfaat untuk semua.
“Siapa yang ada pengalaman rabun since kecil dan baby boleh la share pengalaman korang macam mana. semoga berguna untuk belle dan juga orang lain.”
Rata-rata warga maya memberikan nasihat tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
pijahisham sayaa. mmg rabun dari kecil. start dari umur 6thn pakai spek..sampai lah skrg. mmg dari faktor genetik. Bila bsr nak pakai contact lens, mmg kena guna contact lens custom. Kalau buat dekat focus point diorg akan custom lens dekat hong kong. Nak drive malam pun xbest sbb silau tgk lampu2.
lydiasafuan Ibu bapa kena aware dengan kelakuan anak anak yang ada vision problem. 1. Tengok tv dengan keadaan teleng kepala. 2. Mengecilkan mata. 3. Sering menggosok mata. 4. Pening kepala. 5. Prestasi pembelajaran anak menurun mungkin sebab mata dia x nampak. Kalau tanda tanda ni ada. Cecepat bawak anak anak untuk check mata. Jangan sampai mata anak kita kena lazy eye. Iaitu bila dibetulkan dengan power pun anak x kan nampak jelas seperti biasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!