Bila dah kahwin tugas menguruskan rumah tangga, mendidik anak tak boleh letak 100 peratus pada isteri saja. Suami pun kena la bertanggungjawab dan main peranan.
Ibarat kata orang, susah sama-sama, senang pun sama-sama. Barulah kemanisan itu sentiasa ada dalam diri suami isteri.
Namun yang sedihnya, apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar mengenai sikap suami yang anggap tugas jaga anak adalah pada isteri semata-mata patut diperbetulkan.
Saya dapat banyak PM luahan rasa. Antaranya, “Untung suami puan faham dan membantu. Suami saya….”
Panjanglah luahannya. Saya jadi geram.
Kita berkahwin sebab nak hidup bersama. Tapi bila part jaga anak, tolong tolong tolong ada kebersamaan jugak. Sama2 jaga anak.
Jangan la beban jaga anak atas bahu mak-mak je. Saya tahu ramai lelaki yang bertanggungjawab. Tahniah saya ucapkan. Saya tak nak pukul rata.
Tapi ramai juga lelaki yang lepas tangan.
Mengandung, melahirkan dan menyusukan dah tentu bapak-bapak tak boleh buat.
Yang berjaga malam, menyusukan anak, siapa? mak. Kalau anak tak menyusu badan mak jugak la yang bangun bancuh susu. Pak-pak sedap kroh kroh kroh melayan mimpi.
Ads
Yang fikirkan anak nak minum susu apa mak jugak. Tu belum lagi masuk peralatan perang untuk menyusu. Breastpump segala mak nenek tu. Bapak tak pikir pun.
Yang mandikan anak, siapkan anak, gosokkan baju sekolah anak, gosokkan baju kerja suami, siapkan sarapan sekeluarga. Mak jugak. Dan mak akan jadi orang terakhir yang makan. Baju mak pun mak gosok sendiri, takde orang nak tolong pikirkan.
Kadang-kadang saya perhatikan bapa ni nak dilayan macam raja. Sudah la tangan isteri menyotong settle itu ini. Dia pulak macam king duduk kat meja makan tunggu hidangan sampai. Siap order lagi, nak kopi susu kurang manis satu, nak telur separuh masak sebijik.
Lepas tu, nak basuh pinggan dan cawan sendiri pun susah. Alahai, mudahnya jadi lelaki.
Dah la dia siapkan diri dia je, suap makan ke mulut dia je. Pinggan dan cawan sendiri pun berat nak basuh.
Sambung lagi.
Ads
Yang nak pikir pasal sekolah anak, mak jugak. Sebab balik kerja bapa cakap penat, nak rehat. Amboi mudahnya. Duduk kat sofa sambil tunggu makan malam siap, sambil goyang-goyang kaki mengadap telefon. Tak pun kroh-kroh dalam bilik.
Yang menyotong kat dapur siapkan makan malam mak jugak. Dari awal sampai la semua dah sendawa kekenyangan. Tapi yang sedihnya mak makan tak kenyang mana. Rasa nak tercekik pun ada.
Sebab anak-anak duk kerumun mak mintak itu ini. Nak minum air la, nak basuh tangan la. Bapa siap makan duduk kat sofa tengok telefon lagi.
Belum pun nasi dihadam perut, ambik kunci nak keluar. Nak jumpa kawan katanya. Urusan orang lelaki.
Wahhhh bestnya. Balik pulak pukul 1 2 pagi. Lepas tu letak kepala kat bantal, lena.
Yang mak-mak ni struggle dengan anak-anak. Dari tengok kerja sekolah, sampai la nak suruh tidur.
Ads
Lepas tu mengemas pulak. Sediakan keperluan semua untuk esok.
Bapa sekalian, jaga anak-anak ni bukan tugas mak sahaja.
TUGAS BERSAMA.
Fungsi yang SAMA.
Sama-sama fikir.
Sama-sama urus.
Sama-sama hadap.
Kalau tak nak sama-sama bab jaga anak, eloklah membujang sampai tua.
Orang kata rezeki berkahwin ni lagi murah walaupun kita rasa tak cukup. Itu janji Allah. Tapi jika kita ada silap sikit, mungkin nak rasa rezeki tu mengalir seperti air agak susah.
Ramai di kalangan kita tak perasan pun tapi 3 perkara ini jika dilakukan betul-betul Allah akan bagi ganjaran yang tak putus-putus. Berikut perkongsian dari Arif Ismail mengenai perkara ini dan harus dilakukan bersama oleh pasangan suami isteri.
1. Hubungan Dengan Allah
Sesungguhnya segala rezeki itu dtg dari Allah. Nak rezeki murah nak urusan mudah sila jaga hubungan dengan Allah.
Sembahyang kena jaga, sebelum fikir bab sembahyang sunat jaga dulu 5 waktu yang wajib. Ajar diri untuk solat di awal waktu.
Dah jaga yang wajib, amalkan pula solat solat sunat. Banyak brother yang kita boleh buat. Bangun sepertiga malam, amalkan untuk solat sunat taubat, hajat dan tahjud.
Pagi lepas masuk opis ambik masa lima minit untuk buat solat sunat dhuha. Ni semua dapat memudahkan pintu rezeki kita terbuka luas.
Rezeki ni Allah yang atur, kita nak minta pada siapa lagi kalau bkn pada-Nya.
2. Hubungan Dengan Emak
Ni ramai selalu terlepas pandang, lagi lagi bila dah kerja dan dah kahwin. Hati mak selalu terabai.
Mak ni syurga kita brother, syurga kita letak kat bawah kaki ibu. Kalau hubungan dengan mak pon kita tak jaga macam mana Allah nak mudahkan urusan kita.
Mak ni dia tak minta duit kita pon, dia nak kita ingat dan santuni mereka. Doa mak tak da hijab brother, tak percaya? Cuba kau suruh mak kau doa, cepat je makbul.
Kita kena ambil berat keperluan mak kita. Sekali sekala kena luang masa dengan mak, bawak jalan jalan, ambil berat kesihatan mereka.
Bila mak redha dengan apa yang kita buat, InshaAllah semua benda jadi mudah.
3. Hubungan Dengan Isteri
Kita kahwin bukan semata mata orang ada bini kita nak ada gak. Nak pintu rezeki terbuka luas? Jaga hati bini.
Cuba layan bini macam mana kita layan mereka masa bercinta dulu. Ini tidak masa zaman cintan cintun, jalan pegang tangan, dah kahwin jalan kedepan isteri kau tinggal kan kat belakang.
Yang belum kahwin, tak yah nak sibuk tanya jaga hubungan dengan girlfriend pulak! Tu bukan buka pintu rezeki, tu kau nak tutup. Jaga adab selagi belum ada ikatan sah.
Ringankan beban isteri, bila isteri gembira, rumah tangga pon ceria, maka rahmat dan rezeki dari Allah pun mudah.
Sentiasa jaga hati isteri walaupun isteri dah gemuk, dah comot, tak lawa macam dulu. Yela dah beranak dengan jaga anak, kadang-kadang nak jaga diri pun tak sempat.
Sebab perempuan ni, bila dah kahwin, ada anak dan suami. Benda yang di jaga dan jadi keutamaan adalah anak dan suami.
Oleh itu, kita jagalah hubungan dengan isteri dan sentiasa hargai mereka. Kerana wanita itu sungguh berharga. Allah akan limpah kan rezeki untuk kita bila kita jaga mereka dengan baik.
Ini sedikit perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat. Ingat nak rezeki mudah jaga 3 perkara di atas.
Ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur dipelawa menyertai program saringan dan pengesahan kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.
Anak Istimewa Selangor (Anis) memaklumkan mereka yang berminat boleh mendaftar mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 21 Julai ini dan ia adalah percuma.
“Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut berhubung masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? Yang paling penting, ia percuma!.
“Program saringan ini khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan mahupun rujukan daripada doktor pakar. Jangan lepaskan peluang dan segera daftar sebelum 21 Julai ini,” tulisnya di Facebook.
Batuk tak hilang-hilang walaupun dah makan ubat? Ataupun baru je elok kejap, batuk semula, cuba lakukan ikhtiar ini. Bukan untuk diri sendiri je, untuk anak pun boleh cuma apa-apa pun tengok pada keadaan mereka. Jika anak terlalu kecil mungkin perlu dapatkan nasihat doktor.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin al-Banjari, ikhtiar ni antara salah satu rawatan yang dilakukannya selain mendapat rawatan doktor. Tak salah mencuba asalkan ia serasi dengan badan.
Berikut perkongsiannya. Boleh sama-sama amalkan.
Hari ini tekak tak berapa selesa batuk-batuk, semput, nafas kerap tercungap, sesuai juga kerap kembung perut. Saya kongsikan cara penawar batuk dengan madu.
Ada yang batuk dah lama tak sembuh-sembuh dah makan ubat hospital dah berbotol-botol masih juga tak sembuh. Saya kongsikan cara mudah merawat batuk.
Cara biasa saya buat mudah je. Ambil segelas air suam, letakkan sedikit madu dalam minuman tersebut. Jika dapat letak lebih lagi bagus. Sukatan pakai sudu dalam 2 sudu sudah memadai.
Lepas tu letakkan garam secubit dalam minuman tersebut. Kemudian sebelum minum baca:
Al Fatihah 3x Al Ikhlas. 3x Zikir (Yaa Salam)7x
Dan akhir sekali sambung Ayat di bawah.. Surah Yunus Ayat 57(Ya ayyuha alnnasu wad jaatkum Mawaaithatun min rabbikum washifaon lima feel alssudoori wahudan warahmatun lilmumineena…(Baca 1x Sahaja)
Selesai baca minum air tersebut. Buat sebelum tidur sekali dan bangun tidur pagi sekali.
Buat dengan yakin InshaAllah jika Allah izinkan batuk anda akan beransur sembuh.
Jika selepas minum anda muntah, rasa nak muntah, sendawa, perut kembung, nafas seperti terasa macam tersekat-sekat itu maknanya anda mengalami gangguan makhluk halus.
Jika anda mengalami tanda itu dapatkanlah rawatan Islam berhampiran kadar segera ya. Semua ini sebagai petua untuk ikhtiar sahaja. Selebihnya semua atas izin Allah. Moga perkongsian ringkas ini dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah seperti di atas.
Moga kita semua dijauhkan dari segala wabak penyakit yang berjangkit Aamiin Ya Mujiib.
**Dapatkan barangan kelengkapan rumah pada harga cukup berbaloi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...