Suami isteri yang selalu bertelagah dan bermasam muka antara satu sama lain membuatkan anak-anak menjadi bosan dan tidak menghormati ibu dan ayahnya itu.
Jika mahu anak-anak mendengar kata dan menjadi anak yang patuh, ibu ayahlah yang penting untuk menunjukkan contoh terbaik pada mereka.
Di dalam perkongsian Ibu Rose, beliau ada berkongsi bagaiman suami boleh menjadi ketua keluarga yang dihormati oleh si isteri dan anak-anak.
Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya.
Ads
Ketua bukanlah seorang yang menyuruh sarah orang sahaja tapi sendiri tidak melakukan. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, mendahului membersihkan rumah dari isteri dan anak-anak. Dan mengajak mesra untuk semua melakukannya. Nak anak rajin, si ayah pun kena rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami mesti rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, cakap pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu semua tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan mendidik anak-anak.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya.
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja?
Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan💖.
Ada benarnya juga apa yang dikongsikan oleh Ibu Rose ni, sekiranya suami dapat membantu meringankan tugasan isteri, pasti rumah tangga menjadi lebih harmoni. Isteri sangat menghargai bantuan dari si suami dan paling penting akan membuatnya bertambah sayang!
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September yang lalu, selepas hampir dua bulan, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi koleksi gambar buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambar si comel, Muhammad Ayyaz Muqri yang dipotretkan dalam satu sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
Malah Intan juga turut berkongsi detik indah ketika sesi fotografi itu berlangsung di laman Tik Toknya.
Banyak aksi-aksi comel dan menarik yang digayakan Baby Ayyaz ketika sesi itu. Antara gaya menarik yang dipilih Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya adalah gaya ahli muzik, lengkah berpakaian comel sambil memegang gitar.
Tidak ketinggalan juga gaya Ayyaz yang cukup comel sambil memegang bola kecil dengan tema pasukan bola sepak gah, Manchester United.
Kedua-duanya dipotretnya dengan hasil karya yang cukup indah. Bahkan Intan, suami dan anak-anak juga turut sama merakam detik bahagia mereka dengan tema warna putih bersih.
Rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Ayyaz.
Suami paling ringan tulang
Dalam pada itu, menerusi akaun Tiktoknya, Intan turut meluahkan ucapan perhargaan pada suaminya yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang malah cukup ringan tulang menguruskan anak pertama mereka.
Kongsi Intan, dia paling bersyukur kerana suami menerima dirinya seadanya malah amat membantu dalam segala hal.
“Dia bukan sesiapa, aku terima seadanya macam mana dia terima aku dan anak-anak seadanya.
“Seorang yang sangat membantu tanpa disuruh. Dia cakap dia tak banyak duit tapi dengan cara ni harap aku happy.
“Doakan kami bersama sampai bila-bila. Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus,” tulis Intan lagi berkongsi.
@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar
Pernahkah anda terfikir, walaupun sudah macam-macam benda yang kita buat, masih lagi sempit rezeki. Bukan sekadar beribadah, berdoa meminta dari Allah SWT, tetapi cuba lihat persekitaran kita.
Menurut perkongsian dari pengguna akaun Maryam Salleh, dia juga pernah mengalami perasaan ini. Merasakan rezeki orang lain murah, tetapi diri sendiri terasa sempit. Sehinggalah akhirnya dia mendengar ceramah dari seorang ustaz yang memberitahu, kadang-kadang rezeki jadi sempit berpunca dari dalam rumah kita sendiri.
Ikuti perkongsian bermanfaat ini, supaya dapat memberi jawapan kepada persoalan kita semua selama ini.
Kenapa rezeki kita sempit?
Dah buat macam-macam tapi kenapa rezeki orang lain murah tapi rezeki kita sempit?
Pernah rasa macam tu? Saya pun alaminya, sehinggalah saya dengar ceramah dari seorang ustaz ni yang menghuraikan kenapa rezeki menjadi sempit. Puncanya ada dalam rumah kita semua.
1. Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk yang tidak di basuh. Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
2. Sampah dalam rumah kena bungkus rapat dan buang sebelom tidur.
3. Tandas dan bilik air kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak dan berjoget sakan dalam tu. Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.
4. Rumah bersawang lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas dari sawang. Kerna itu punca rezeki tersekat.
5. Pintu tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa. Hehe
Okey dah tau puncanya kan? Rupanya dari sikap kita sendiri. Hehehe. Peringatan untuk diri saya jugak. So kena rajin-rajinlah ye pastikan segalanya dalam keadaan bersih. Supaya rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga.
. . Maryam Salleh, Jom hapuskan Jin & syaiton dalam rumah ✌️
Cuba lihat semula, adakah situasi seperti yang diceritakan ini ada berlaku di rumah anda? Jika anda, mungkin sudah tiba masanya untuk proses pembersihan rumah besar-besaran dengan harapan rezeki lebih ‘murah’ dan sentiasa menyinari kehidupan kita.
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
Penampilan sopan dan manis Nora mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminatnya. Bagaimanapun, Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, mengakui timbul rasa bimbang jika penampilannya itu dihakimi hingga dilabel sebagai munafik.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Tidaklah Sempurna Tapi Lebih Baik”
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.