Suami isteri yang selalu bertelagah dan bermasam muka antara satu sama lain membuatkan anak-anak menjadi bosan dan tidak menghormati ibu dan ayahnya itu.
Jika mahu anak-anak mendengar kata dan menjadi anak yang patuh, ibu ayahlah yang penting untuk menunjukkan contoh terbaik pada mereka.
Di dalam perkongsian Ibu Rose, beliau ada berkongsi bagaiman suami boleh menjadi ketua keluarga yang dihormati oleh si isteri dan anak-anak.
Artikel Menarik: [Isteri Kena Rajin Peluk Suami, Dapat Kurangkan Risiko Sakit Jantung]
Susah bila suami isteri tidak sepakat mendidik anak-anak.😭
Siapa setuju?
Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku.
Anak-anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa. Hormat pun tidak ada sebab ayah dan ibu tidak hormat satu sama lain.
Anak tak suka dengar cakap. Sebab mak ayah sering bertelagah diantara satu sama lain.
Anak mudah bergaduh dan tidak rapat diantara satu sama lain.
Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya.
Ketua bukanlah seorang yang menyuruh sarah orang sahaja tapi sendiri tidak melakukan. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, mendahului membersihkan rumah dari isteri dan anak-anak. Dan mengajak mesra untuk semua melakukannya. Nak anak rajin, si ayah pun kena rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami mesti rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, cakap pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu semua tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan mendidik anak-anak.
Artikel Menarik: [Suami nak Rezeki Lebat Tak Pernah Habis, Kena Selalu ‘Berkepit’ Dengan Isteri!]
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya.
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja?
Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan💖.
Ada benarnya juga apa yang dikongsikan oleh Ibu Rose ni, sekiranya suami dapat membantu meringankan tugasan isteri, pasti rumah tangga menjadi lebih harmoni. Isteri sangat menghargai bantuan dari si suami dan paling penting akan membuatnya bertambah sayang!
Sumber: Ibu Rose – Mesejnya Kasih