Genap 31 Mac ini setahun usia puteri kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini bukan sesuatu yang mudah.
Tiada siapa sangka pemergian ibu di usia muda mengubah hidup anak ini dan tanggungjawab menjaga serta membesarkan kembar perempuan bergantung pada seorang ayah.
Menerusi perkongsian di Facebook Syazwan Najmi, walaupun diuji dengan kehilangan orang yang dia sayang, kehadiran kembar Safiya dan Sofiya yang kini semakin cerdik serta membesar dengan sihat satu anugerah yang sangat berharga.
Sekejap je masa berlalu anak-anak abiy. Dari awal sampai sekarang hanya mampu berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami tiga beranak ini.
Walaupun bukan mudah untuk lalui hidup tanpa kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu, melihat senyuman dan keletah si kembar membesar sekarang ni pun satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya yang merasai saja akan memahami tapi itulah bila sesuatu takdir yang berlaku, Allah tahu kita mampu buat walaupun berat dugaannya.
Kongsi Syazwan Najmi lagi, walaupun sayalah ayah saya ibu pada anak-anak, seolah-olah dapat satu kekuatan luar biasa apabila Safiya dan Sofiya sangat mudah dijaga dan begitu manja.
Betullah orang kata bila ayah rapat dengan anak perempuan manjanya lain macam. Semua ini satu anugerah untuk saya biarpun di usia muda.
Sebelum ini media memaparkan kisah pilu yang menimpa isteri Syazwan Najmi, Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarung nyawa akibat komplikasi dalaman selepas bersalin.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI