Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Ini Fakta Yang Dikongsi Doktor Rehabilitasi

Share

Terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Pemilik kediaman bebas membuat pilihan dan disesuaikan dengan konsep kediaman dan juga bajet.

Bagaimanapun selain ‘rupa yang cantik’ dipandang, soal praktikal dan keselamatan juga harus diutamakan. Bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih.

Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu

Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan tentang rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai untuk digunakan terutama kediaman yang ada anak kecil dan warga emas.

Kredit foto: Pexels

JIKA KALIAN ADA NIAT NAK TUKAR PINTU BILIK/RUMAH, SAYA SEBAGAI DOKTOR PERUBATAN REHABILITASI FIZIKAL, SARANKAN TUKAR KEPADA TUIL PINTU YANG GUNAKAN PEMEGANG (HANDLE) BUKAN TOMBOL PINTU (KNOB).

Ini Fakta Yang Dikongsi Doktor Rehabilitasi

KENAPA SAYA SARANKAN TUIL JENIS PEMEGANG BUKAN TOMBOL PINTU?

*Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).

Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.

*Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.

Kredit foto: Pexels

*Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.

*Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.

*Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.

Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibu bapa kita pun akan selesa.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kredit foto (top image): Pexels

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has