Kebanyakan ibu bapa anggap gajet akan menarik perhatian anak yang tidak boleh duduk diam dan mudah bosan dengan keadaan sekeliling. Disebabkan alasan itulah, ibu bapa dengan mudahnya membenarkan anak-anak mereka menggunakan gajet ketika waktu makan, terutamanya ketika berada di luar.
Bagaimanapun, cara Puan Lyeen Roslee membiasakan anaknya tanpa gajet dengan membawa mainan atau buku ketika makan diluar memang menjadi sehingga anak lebih ‘behave’ dan mudah dengar kata.
Begitu juga ketika di rumah pun, anak langsung tak minta gajet sebab dari awal dah dibiasakan dengan cara sebegini.
Bila makan di luar, kita akan risau bila anak tantrum atau mengada-ngada. Malu bila orang tengok seakan-akan kita tak reti jaga anak. Langkah paling afdhal kita sua gajet berbentuk telefon atau tab kepada anak-anak.
Saya dulu macam anda guna kaedah itu. Tapi, saya pantas tersedar bahawa saya sedang meletakkan anak saya dalam keadaan yang “bahaya”.
Ads
Sebab itu saya tukarkan gajet kepada mainan. Alhamdullilah dah nak masuk 4 tahun, Hareez masih tak diberikan apa-apa gajet. Dan dia tak akan tertarik dengan apa-apa gajet.
Dia akan kata:
1) Tak boleh nanti ayah marah.
2) Tak boleh nanti mata rosak.
3) Tak boleh, Eez kecik lagi.
Tapi, tak juga saya tak beri langsung. Ada masanya saya ajak dia tengok telefon. Cukup sekadar 5 minit kami tengok BERSAMA-SAMA cukup!
Dulu, saya malu juga bila anak orang lain atas meja ada telefon tengok kartun. Anak saya main buku dan dinasour dia. Rasa kuno dan tak up to date.
Tapi, saya cepat setkan semula bahawa BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.
Ads
Alhamdullilah sekarang dah tiada perasaan malu. Tapi, saya bangga bila anak saya tak tertarik pada gajet.
Saya faham tak mudah. “Anak seorang bolehlah.” Tapi, saya juga pernah melalui saat anak ketagih gajet dahulu. Jadi, saya cepat ubah.
Apa yang penting:
1) Bila di meja makan kita letak gajet dalam beg. Kita main dan berbual dengan anak. 2) Pelbagaikan mainan atau buku atau apa-apa aktiviti menyibukkan mereka. (Saya selalu bagi Hareez mainan macam puzzle atau buku flip up, buku mewarna atau aktiviti sensory mudah) 3) Bila anak ‘sibuk’ senang kita nak control. Suap makanan pun mudah. Dia pun tak meragam.
Ads
PS: Bukan nak memandai anak sorang dah over, tengoklah nanti anak dah 2,3,4,5 orang. Ermmm, kita cuba dulu ya. Bukan untuk siapa-siapa, untuk anak kita juga. Takkan umur 4 tahun anak dah pakai kaca mata? Takkan umur 4 tahun anak dah mengadu sakit mata silau? Takkan umur 4 tahun anak hanya mampu jadi ‘tukang hafal’?
Kita sama-sama usaha ye. Percayalah tuan-tuan dan puan-puan bahawa gajet sangat memudaratkan. Dia umpama “dadah”. Ketagihan dan merosakkan jika tidak dikawal.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Hey, apa tak faham bahasa sangat ni” mungkin kata-kata ini pernah kita luahkan pada anak-anak kita. Sedangkan dia hanya mahukan perhatian dari kita. Sikapnya yang mengada-ngada tanda tangki emosinya kurang.
Normal bagi anak-anak jika mereka melakukan kesalahan namun ianya bukan tiket untuk mengherdik dengan kata-kata cacian. Kerana apa yang kita tanam itulah yang bakal kita tuai suatu saat nanti. Menggunakan kata-kata keras tidak membentuk anak-anak, malah mereka tidak memahami pun apa mesej yang ingin disampaikan. Kenapa? Ikut perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Saya suka dengan parenting quote ni. Reminder yang sangat baik!
1. Bila tinggikan suara,
❎ anak tak dapat mesej yang kita cuba sampaikan.
️❎️ Yang dia dengar hanya suara bingit kita.
Bila kita rendahkan suara
✅️ lebih mudah anak tangkap mesej yang kita cuba sampaikan.
2. Ramai orang sangka, parenting adalah untuk
️❎️ didik anak
❎️ kawal tingkah laku anak
❎️ ajar anak berperangai macam orang dewasa.
Tapi sebenarnya parenting adalah
✅️ didik diri
✅️ kawal tingkah laku diri
✅️ bertindak macam orang dewasa.
3. Kerja kita bukan untuk didik anak jadi kejam untuk hadapi dunia yang kejam ni. ✖️
Tapi kerja kita untuk didik anak mencintai dan mendamaikan dunia yang penuh dengan kekejaman dan ketidak-manusiaan.✔️
4. HORMAT.
Menghormati anak, mengajar mereka bahawa, tak kira sekecil, sedaif dan selemah mana pun seseorang, semua orang LAYAK DIHORMATI.
Baju sekolah anak yang semakin kusam dan kekuningan buat kita sakit mata memandangnya. Nak sental perlukan lebih tenaga yang bukan biasa-biasa.
Sebenarnya tidak perlulah menyental lebih, ada cara mudah yang dapat meringankan tugas menyental dan baju sekolah anak pun kembali putih.
Apa caranya? Perkongsian tip dari Pn Zakiah Hassan ini anda kena cuba.
Bahan-bahan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Letak sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Masukkan air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Sidailah baju putih macam biasa.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton. Selamat mencuba!
Sering kita dengar, ibu mertua tidak suka dengan pilihan anaknya. Malah ada juga menantu yang tidak berusaha untuk berbaik dengan ibu mertua. Kesannya timbul persengketaan dalam kekeluargaan. Cucu juga akan terkesan, kasih sayang mereka kurang dan boleh meninggalkan kesan negatif dalam perasaan mereka. Ibu rose berkongsi sebuah penulisan untuk semua.
Sesuatu yang Ibu belajar dari University of Life mengenai satu perkara ini, maaf ya sekiranya bila membawa perkara ini kehadapan boleh menimbulkan rasa marah pada segelintir manusia. Namun, rasanya peringatan ini perlu disampaikan.
Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa mertua, janganlah membenci pasangan anak-anak mu. Walaupun mereka bukan pilihan hati mu, mereka adalah jodoh anak-anakmu.
Jika kamu membenci mereka terlalu sangat dan berusaha memisahkan mereka dengan segala macam usaha yang mencederakan fizikal, emosi dan mental, ianya akan hanya mencederakan dirimu di dunia dan di akhirat.
Adalah lebih mudah untuk hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti serta hidup mereka dan keluarga mereka, bila segala tenaga itu kita alihkan untuk mengindahkan pertalian kita dengan mereka. Anak kita juga akan selesa dan tidak berserabut.
Cucu-cucu kita juga akan merasakan kasih-sayang kita. Menantu kita juga akan lebih menghormati kita.
Kebencian boleh membawa kepada banyak kesan negatif pada bukan hanya pada menantu yang tidak disukai, tetapi kepada anak-anak yang bakal dilahirkan dari zuriat itu. Bagi para menantu yang tidak mempunyai perhubungan baik dengan mertua dan sering disakiti perasaan, banyak-banyakkanlah mengalah dan berdoa agar Allah menurunkan perasaan ehsan ke dalam diri mertua.
Elakkanlah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut pasangan. Ingatlah sebelum dia itu menjadi pasangan kita, dia adalah anak mereka. Banyak masa, tenaga, airmata dalam membesarkan dan mendidik pasangan kita itu. Tentunya di situ perlu kita menghargai.
Belajarlah mengambil hati walaupun ianya sukar.
Ibu telah melihat terlalu banyak kesan negatif kepada anak-anak yang dilahirkan dalam persengkataan diantara menantu dan mertua. Kasihan sungguh kepada anak-anak itu. Kita perlu sedar diri, setinggi mana pun ego, pangkat dan hebatnya keturunan kita, akan tiba masanya kita akan dikapankan dan masuk ke liang lahad.
Ya Allah dikau lembutkanlah hati kami dan isikannya dengan perasaan kasih-sayang kepada sesama manusia kerana MU.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...