Stok ikan atau fish bone broth menberikan banyak kebaikan kepada bayi dan kanak-kanak. Boleh diperbuat daripada tulang ikan.

Fish bone broth ialah hasil renihan tulang ikan bersama bahan-bahan lain selama 45 minit sehingga 2 jam. Ia adalah cecair yang kaya khasiat.

Tulang Ikan Jangan Dibuang, Boleh Buat Fish Bone Broth Untuk Kuatkan Kekebalan Tubuh Anak
Gambar hiasan.

6 KEBAIKAN FISH BONE BROTH

Banyak kebaikan yang terkandung dalam fish bone broth. Antaranya ialah ;

1)Menguatkan tulang dan gigi. Tulang mengandungi banyak kalsium dan magnesium yang sangat mustahak untuk tumbesaran termasuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat.

2) Membekalkan asid amino, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan.

IKLAN

3) Makanan yang baik untuk otak.

4)Kaya dengan omega 3 (bergantung pada jenis ikan yang digunakan).

5)Menguatkan sistem kekebalan tubuh dan penghadaman.

6)Mengurangkan risiko alegi dan sensittiviti kepada makanan.

IKLAN

Puan Herny Hafiz telah berkongsi resipi penyediaan fish bone broth di Geng Memasak Untuk Anak. Resipi ini boleh digunakan untuk bayi yang berumur 10  bulan ke atas yang tidak mempunyai alergi kepada makanan laut.

Tulang Ikan Jangan Dibuang, Boleh Buat Fish Bone Broth Untuk Kuatkan Kekebalan Tubuh Anak

Bahan-bahan yang diperlukan;

IKLAN
  • Tulang ikan / kepala ikan.
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih bawang merah
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Jus limau nipis 1 sudu
  • Air 1.5-2liter

Cara penyediaan

  1. Rebus semua di dalam periuk keluli tahan karat (stainless steel).
  2. Resipi ini sesuai di masak atas dapur selama 1-2 jam sahaja.

Tulang Ikan Jangan Dibuang, Boleh Buat Fish Bone Broth Untuk Kuatkan Kekebalan Tubuh Anak

TIPS UNTUK MENYEDIAKAN FISH BONE BROTH

  1. Guna tulang / kepala ikan apa-apa pun boleh tapi elakkan yg terlalu berlemak-lemak macam salmon ke patin ke tak sesuai. Guna ikan merah, jenahak adalah disarankan.
  2. Akar ketumbar / daun ketumbar “wajib” dalam masakan seafood, ikan bagi membuang logam berat contohnya merkuri yang mungkin terdapat dalam makanan laut.
  3. Daun ketumbar (cilantro) penting kerana makanan kita ni mudah tercemar dengan logam berat sama ada dari makanan laut atau pun peralatan dapur yang kita gunakan.
    Dikatakan ketumbar ni boleh menyingkirkan logam berat. Selain bau nya yang wangi dan meningkatkan selera , khasiat dia bagus. akar ketumbar ni boleh dibersihkan dan dimasukkan dalam stok atau sup-sup terutamanya yang berasaskan makanan laut.

Sumber: Puan Herny Hafiz

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI