Pekerjaan menghantar makanan kebiasaanya dilakukan oleh golongan lelaki atas faktor risiko diatas jalan, cuaca yang tak menentu dan beban berat makanan yang perlu dipikul untuk ke sesuatu lokasi. Namun kini kerjaya tersebut turut diceburi oleh golongan wanita.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila orang-orang yang tiada kemudahan seperti orang kurang upaya turut mengambil peluang untuk menyertai pekerjaan itu.
Seperti juga seorang ibu muda berusia 19 tahun dari Rusia ini yang tular selepas gambarnya menghantar makanan bersama 2 orang anak mencuri tumpuan ramai.
Bukan setakat perlu menjaga anak sambil bertugas, gadis bernama Lada Koroleva itu juga menghantar makanan menggunakan pengangkutan awam.
Ads
Ads
Lada melahirkan anak pertamanya ketika dia berusia 17 tahun, namun suaminya tidak begitu memberi perhatian terhadap keluarga mereka kerana selalu sibuk bermain game sehingga Lada akhirnya terpaksa belajar berdikari untuk membesarkan 2 anak perempuannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
Walau bagaimanapun dia sering mendapat bantuan dari segi makanan dan barangan bayi dari kenalan-kenalan dan orang ramai. Menurut ibu muda itu juga, dia terpaksa membuat kerja penghantaran kerana tiada siapa dapat menjaga anak-anaknya.
Kini Lada dilaporkan telah pun berhenti bekerja sebagai pekerja penghantaran dan mendapat kerja sebagai pengasuh yang membolehkannya menjaga anaknya dengan lebih baik.
Pelakon, Jozlynn memuat naik insta story kenangan setahun yang lepas ketika dia sedang berbasikal di sekitar Kuala lumpur.
(Followers Pa&Ma nak dapatkan barangan yang comel-comel untuk anak boleh klik SINI)
Namun video tersebut disalah ertikan oleh sesetengah warga maya yang terlalu mengambil berat kerana menyangka Jozlynn melakukan aktiviti berbasikal ketika ini sedangkan dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keenam awal September yang lalu.
Terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak menjelaskan bahawa video tersebut sebenarnya dikongsi kembali setelah setahun dan sememangnya kepsyen yang ditulis juga jelas menyatakan video tersebut diambil setahun yang lalu.
“Sangat prihatin rakyat Malaysia.. di video basikal tu pun dah ada ayat baru semalam kayuh tahu-tahu dah setahun.. bermaksud video dah setahun”
“Maksud ayat sebulan tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan dah mendaki bukit-bukit tinggi”
Tambahnya lagi, dia masih dalam tempoh berpantang hari ke 18 dan tidak terfikir untuk kayuh basikal dalam keadaan seperti ini.
“Saya ni baru je pantang 18hari, tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya.. dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang, ada ketika masih berkain batik, mana maunya kayuh”
Walaupun Jozlynn dan Johan sudah menimang cahaya mata ke-6, namun dia masih lagi tahu menjaga diri.
“InsyaAllah sekalipun anak dah masuk 6, saya masih tahu menjaga diri.”
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat namun sempat menasihati supaya warga maya bersangka baik sebelum mengeluarkan pendapat.
“Anyway terima kasih pada yang ambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye”
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati menyambut kelahiran cahaya mata keenam mereka pada awal september lalu namun masih belum mendedahkan identiti bayinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.
Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.
“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi jika itu ketentuan-Nya, semua harus diterima dengan reda. Bagaimanapun buat pasangan yang kehilangan orang tersayang, jika ia berlaku sekelip mata, mungkin agak sukar lagi-lagi dalam keadaan belum bersedia.
Bagi seorang isteri, Nurul Fatin Nabila Harun yang kehilangan suami tercinta dalam keadaan yang sarat hamil, ia cukup berat tetapi demi anak dalam kandungan dia harus kuat.
“Kandungan saya sudah lebih enam bulan dan kami merancang mahu membeli barangan bayi minggu depan, malah dia sempat pindahkan wang simpanan ke dalam akaun saya.
“Namun, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan dia pergi buat selama-lamanya,” kata Nurul Fatin Nabila Harun, 25, yang kematian suaminya, Zaid Berahim, 33.
Badan tersepit dalam mesin
Allahyarham Zaid yang juga juruteknik kilang di Jalan Bukit Gedung, Bayan Lepas dilaporkan maut selepas sebahagian badannya tersepit pada mesin pengacuan (moulding) pada 4.08 pagi (8 Ogos).
Nurul Fatin Nabila berkata, ketika kejadian, dia yang turut bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang itu dimaklumkan oleh rakan mengenai kejadian malang menimpa suaminya.
“Saya tidak mampu berkata-kata semasa melihat keadaan Zaid selain berdoa terutama ketika melihat jarinya sudah tidak bergerak.
“Arwah seorang yang periang namun sejak beberapa hari lalu, dia berubah menjadi kurang bercakap dan hilang selera makan,” katanya yang tinggal di Sungai Ara, Bayan Lepas.
Arwah berulang kali minta maaf sebab tak boleh teman bersalin
Nurul Fatin Nabila berkata, masih terngiang-ngiang ungkapan meminta maaf berulang kali daripada arwah kerana tidak dapat menemaninya yang dijangka bersalin pada November depan.
Katanya, dia tidak meragui kata-kata itu kerana menyangka suaminya akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital ketika pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan suami menemani isteri di dewan bersalin.
“Terjawab sudah maksudnya, namun saya reda dan akan membesarkan anak sulung kami dengan sempurna,” katanya yang melangsungkan perkahwinan bersama Zaid pada Disember tahun lalu.
Dalam kejadian itu, Zaid dipercayai sedang membaiki mesin pengacuan dan kerja mengeluarkan tubuh mangsa mengambil masa selama dua jam.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika kerja menyelamat dilakukan pasukan Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.