Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mecabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.
Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.
Suspek adalah suami kepada pengasuh
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang semalam (22 Disember).
Wan Kamarul berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” ujarnya.
Ads
Kesan calar pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan
Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
Ads
“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.
Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.
Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.
Sejak kebelakangan ini, berita penularan virus COVID-19 telah menggemparkan seluruh dunia. Semua orang mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mengelak dari dijangkiti virus ini. Tambahan pula, setiap hari ada saja kes yang dilaporkan dan jumlah kematian juga semakin meningkat.
Selain pemakaian topeng muka, kerap mencuci tangan serta menggunakan hand sanitizer, tidak salah rasanya kita mengamalkan bacaan doa tertentu untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Ini juga salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.
Selain mengamalkan bacaan doa ini, harus diingatkan penjagaan kebersihan diri juga sangat penting agar kita semua terhindar dari jangkitan virus ini. Sebaiknya dalam kemelut penularan penyakit ini, elakkan dari berada di tempat sesak atau ramai orang.
Pakai topeng muka yang mengikut klasifikasi dan kerapkan mencuci tangan. Untuk menguatkan sistem imun, banyakkan mengambil makanan yang kaya vitamin C atau suplemen tambahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi rakyat kerana boleh dikatakan hampir kesemua sektor terjejas dek kerana wabak ini.
Di dalam sebuah sidang media, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini.
DISKAUN PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK
Antara yang diberi perhatian oleh Muhyiddin adalah peruntukan ke atas pembayaran bil elektrik. malah kata beliau, kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat.
“Dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.
Sebagai tambahan, Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
PIHAK INSURANS & TAKAFUL TANGGUNG KOS SARINGAN COVID-19
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini
INTERNET PERCUMA KEPADA SEMUA PELANGGAN
Memikirkan akan kepentingan penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.
Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
KERAJAAN MAHU NASIB PEKERJA TERBELA
Tidak mahu wujudnya situasi majikan terpaksa membuang pekerja, Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
BOLEH KELUARKAN DUIT DARI AKAUN B SKIM PERSARAAN SWASTA
Buat anda yang mungkin risau tentang perihal belanja sepanjang wabak COVID-19 ini berleluasa, Muhyiddin memberitahu bahawa penyimpan yang menabung dalam Skim Persaraan Swasta atau PRS juga dibenarkan membuat pengeluaran wang dari akaun mereka.
Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
Semoga dengan setiap bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang terjejas akibat COVID-19. Rakyat sedar akan keprihatinan kerajaan yang sedaya upaya mencari jalan untuk memudahkan setiap pihak. Diharapkan segala permasalahan ini akan segera selesai dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergurau dengan anak-anak adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ibu ayah. Itulah yang membuatkan hubungan kita dengan mereka bertambah ‘kuat’. Begitu juga dengan Tomok yang merupakan antara selebriti yang gemar berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial.
Baru-baru ini ketika bermain dengan anak perempuannya, terkejut Tomok bila Khadijah menangis sambil memanggil Mama. Siapa Mama tu? Yang lucunya, kapsyen Tomok kerana kita semua tahu anak-anak mereka memanggil isterinya dengan panggilan ‘Dibu’.
“Mama mana pulak ni..jangan buat ayah pening khodijahhhhhhh..jangan macam macam 🤣”
Memang lucu betul situasi waktu tu, dapat juga kita dengar suara Dibu bertanya siapa Mama yang dipanggil Khadijah tu? Netizen juga meninggalkan komen di video yang dikongsikan oleh Tomok itu.
Antara komen lucu yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis serta orang ramai di video Tomok:
Comel sangat Khadijah. Mesti kena usik dengan Tomok sampai menangis panggil Mama. Sesetengah orang kata, kadang-kadang sebutan mama tu menunjukkan yang anak tengah lapar nak makan. Yang pasti, isteri Tomok pun sporting dan terhibur dengan telatah Khadijah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.