Kelmarin tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di sebuah premis ikan bakar, di Alai, Melaka.

Difahamkan, ahli keluarganya secara tidak sengaja telah tertinggal kanak-kanak terbabit lalu beredar meninggalkan premis berkenaan kira-kira jam 9.30 malam.

Pemilik kedai ikan bakar berkenaan, Irsyad Zainal, 32, berkata, melihat keadaan kanak-kanak itu yang ketakutan dia bertindak mendukungnya sambil cuba mencari ahli keluarganya.

Tular Kanak-Kanak 3 Tahun Tertinggal Atas Meja Kedai Makan. Jangan Cari Salah, Biar Jadi Peringatan!

“Disebabkan pelanggan yang ramai, saya tidak tahu kanak-kanak itu datang dengan pelanggan yang mana.

IKLAN

“Saya hampir membuat laporan polis kerana tiada siapa yang datang mengambilnya sebelum menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak itu selepas hampir dua jam,” katanya.

Irsyad berkata, sebelum kejadian, ibu bapa kanak-kanak yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur itu menjamu hidangan makanan laut di kedainya bersama ahli keluarga.

Dakwanya, kira-kira jam 12 tengah malam bapa kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun akhirnya datang dan mengambil anaknya.

IKLAN

“Kanak-kanak itu selamat diserahkan kepada bapanya dan saya juga turut mengambil nombor kad pengenalannya sebagai langkah berjaga-jaga bimbang berlaku sesuatu kerana ketika dia datang anaknya sudah tidur.

“Sejak 18 tahun berniaga, inilah kali pertama saya berdepan dengan situasi ini. Tidak sangka ia menjadi perhatian selepas ada pelanggan yang menularkan di laman sosial. Bukan niat saya untuk mensensasikan hal ini,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, kisah kanak-kanak itu menjadi bualan netizen selepas tular di twitter apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik kejadian dengan keterangan, “Gempar!!!! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak tertinggal sehingga ketiduran atas meja!!!!!.”

Sumber: Sinar Harian

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI