Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pasangan pempengaruh terkenal mengadakan majlis akikah ala diraja untuk anak mereka. Majlis yang sepatutnya menjadi simbol kesyukuran itu bertukar kontroversi apabila keluarga berkenaan tampil dengan pakaian serba kuning, lengkap dengan protokol istiadat seolah-olah kerabat diraja.

Dalam rakaman tersebut, anak-anak pasangan itu juga dilihat mengenakan busana kuning lengkap dengan tengkolok, menjadikan suasana majlis akikah itu seakan-akan majlis rasmi istana. Tidak hairanlah, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen – ada yang kagum dengan kemewahan dan keunikan tema, namun ramai juga yang mempersoalkan kesesuaian majlis berkenaan.

PDRM Sahkan Jalankan Siasatan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung majlis akikah tersebut.

Kes kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ads

Tular Majlis Akikah Anak Ala Diraja, Pasangan Pempengaruh Disiasat PDRM!

Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun. Manakala penggunaan tidak wajar lambang diraja pula boleh membawa denda sehingga RM1,000.

Majlis Akikah Mewah Jadi Perhatian

Selain keluarga pempengaruh itu, majlis akikah berkenaan turut dihadiri rakan-rakan selebriti popular seperti Emma Maembong, Zul Huzaimy dan usahawan terkenal Kak KM. Kehadiran mereka menambahkan lagi tumpuan terhadap majlis yang penuh bergaya itu.

Ads

Namun, dalam masa yang sama, wujud sindiran daripada netizen yang mempersoalkan gaya hidup mewah pasangan tersebut yang dianggap seolah-olah “kebal”, meskipun pernah dikaitkan dengan isu penipuan sebelum ini.

Akikah Adalah Tanda Syukur, Bukan Sekadar Majlis Mewah

Dalam Islam, akikah adalah ibadah sunat yang dianjurkan sebagai tanda syukur atas kelahiran anak. Ia dilaksanakan dengan menyembelih kambing atau lembu mengikut syariat, kemudian diadakan doa selamat dan jamuan secara sederhana.

Ads

Buat ibu ayah, tidak salah meraikan anak dengan majlis yang indah, tetapi penting untuk mengingat kembali tujuan sebenar akikah. Ia bukan sekadar majlis mewah, sebaliknya satu ibadah penuh keberkatan yang membawa doa dan kasih sayang untuk si kecil.

Kesederhanaan adalah kunci, kerana yang lebih utama ialah keberkatan dan doa keluarga yang mengiringi perjalanan anak membesar dengan sihat, soleh dan solehah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

SUMBER : Kosmo!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI