Tulis Nota Mohon Maaf, Muhammad Wajar Diberi Pujian. Bagus Didikan Farid Dan Diana Supaya Anak Berani Mengaku Salah

Share

Pada asalnya, Diana Danielle mengatakan dia mahu mengaku salah di atas kesalahan Muhammad kerana patahkan cekak suaminya. Tetapi perkara itu tidak berlaku apabila dia pun ‘cuak’ melihat Farid yang marah apabila melihat cekak rambutnya sudah patah. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram, Diana memberitahu anak sulung mereka berari mendapatkannya dan memberitahu dia terpatahkan cekak Babah.

Takut punya pasal, Muhammad seperti cacing kepanasan. Dek kerana kasihankan anaknya itulah, Diana kononnya mahu mengaku kepada Farid bahawa dia yang terpatahkan cekak suaminya itu. Tapi tak jadi kerana dia pun takut melihat Farid yang sedang marah.

Kejadian tersebut berlaku sebelum keluar rumah. Apabila pulang saja ke rumah, Diana mendapati Muhammad menulis sebuah nota memohon maaf dari Farid. Hati ayah mana yang tidak tersentuh kan? Farid terus sejuk hati melihat usaha bersungguh-sungguh anak lelakinya itu memohon maaf. Usaha Muhammad untuk meminta maaf wajar dicontohi.

Bukan sahaja dia berani mengakui kesilapannya, bahkan dia tahu betapa susah untuk mendapatkan kemaafan. Didikan yang baik dari pasangan suami isteri ini kerana berjaya menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Tidak takut mengaku salah dan berusaha untuk memohon maaf. Kadang-kadang kita yang dewasa pun tidak seberani Muhammad.

Melalui perkongsiannya itu, ramai pengikut Diana yag bersetuju dengan cara didikan mereka serta memuji keberaniaan Muhammad untuk memohon maaf selepas berbuat salah. Syabas Muhammad! Semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua orang tuamu.

 

Sumber: Diana Danielle

Published by
Emy H