Biarpun sesi persekolahan 2021 sudah bermula, pastinya pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak yang berada di tadika masih sama seperti berada di rumah. Mereka tidak dapat menikmati persekolahan pertama mereka bersama kawan-kawan.
Pun begitu, kesempatan inilah yang patut diambil oleh ibu bapa untuk melatih anak agar lebih bersedia ke sekolah, lebih-lebih lagi bagi yang masih tidak mahir memegang pensil dan menulis serta mewarna dengan baik.
Baru-baru ini, menerusi facebook, seorang guru, Cikgu Nazrah Aan tidak lokek berkongsi ilmunya untuk membantu anak-anak agar dapat memegang pensil dengan baik seterusnya menulis.
Kata Cikgu Nazrah, cara yang dikongsikan olehnya adalah untuk melatih motor halus kanak-kanak yang mempunyai peranan penting dalam kemahiran menulis.
Paling utama katanya, terdapat empat cara untuk melembutkan jari jemari anak-anak supaya dapat memegang pensil dengan betul.
Tip untuk anak-anak pegang pensil. Just sharing. Semoga bermanfaat untuk ibu ayah dirumah. Selain aktiviti dalam video, menggunting, origami, meramas sponge, kolaj dan sebagainya pun boleh dicuba.
Terdahulu, latihan kemahiran motor halus haruslah diransang dengan baik. Jari jemari mestilah kena lembut barulah dapat grip dan menulis dengan betul.
Ini tip yang dikongsikan olehnya menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh beliau.
1. Kena banyakkan menconteng
Biarkan anak menconteng, tak kisah conteng macam mana pun. Biasakan anak umur tiga tahun dan 4 tahun menconteng apa sahaja yang disukai mereka di atas kertas.
2. Belajar mengoyak
Biarkan anak mengoyak kertas di rumah. Ada dua jenis koyakan iaitu koyak besar dan koyak halus. Lagi kecil koyakan anak lagi cantik tulisan dia.
3. Renyuk
Biasakan anak merenguk kertas atau plastik. Biasakan latihan bukak dan renyukkan. Latih berkali-kali.
4. Menguli
Biarkan anak menguli. Kalau tak ada doh atau plasticin di rumah, buat macam-macam latihan.
Pun begitu katanya lagi, latihan perlu dibuat berkali-kali, barulah jari jemari jadi lagi lembut. Barulah bila pensil kelak dapat grib dengan betul.
Malah kata Cikgu Nazrah lagi, seelok-eloknya gunakan saiz pensil yang besar, lagi elok pakai pen marker sebab saiz marker dikatakan amat sesuai untuk budak. Biarlah anak menconteng dengan pen tersebut. Lama-lama tangannya makin terbiasa.
Jangan lupa praktikkan cara yang dikongsikan oleh Cikgu Nazrah ini pada anak-anak kecil kita di rumah. Paling penting biarkan sahaja anak menconteng, mengoyak, merenguk dan menguli di rumah. Barulah makin pandai memegang pensil dengan betul.
Artikel berkaitan: Anak Masih Tak Pandai Pegang Pensil, Ini 3 Cara Ibu Boleh Bantu Praktikkan
Pegang Pensil Benda Mudah Kalau Tak Dirangsang Anak Tak Selesa, Ini Cara Tepat
Ajar Tebuk Lubang & Perah Span Je, Boleh Rangsang Anak Pegang Pensil & Menulis
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI