Kesan darah yang ditemui pada lembaran kertas bertulis tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir disahkan sepadan dengan profil DNA milik remaja berusia 13 tahun itu. Pendedahan terbaru dalam prosiding inkues kematiannya ini sekali lagi menyentuh hati ramai, terutama para ibu yang mengikuti kes ini dengan penuh emosi dan harapan agar kebenaran akhirnya terbongkar.
Bukti Forensik Yang Mengejutkan
Menurut laporan Harian Metro, Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kesan darah itu ditemui pada dua kertas bertanda ‘Y8’ dan ‘Y1’, yang masing-masing mengandungi tulisan tangan milik Zara sendiri.
Beliau menjelaskan bahawa hasil analisis DNA mendapati kesan darah tersebut sepadan dengan profil DNA yang diambil daripada spesimen tulang bertanda ‘WK37’, disahkan milik Allahyarham.
“Ini menunjukkan DNA yang dikenal pasti datang daripada individu yang sama,” kata Nor Aidora di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, menjadikan suasana mahkamah sepi seketika. Bagi seorang ibu, mendengar kenyataan ini ibarat menyaksikan semula luka lama yang belum pernah sembuh.
Tulisan Tangan & Darah: Dua Bukti Yang Bertemu
Dalam prosiding terdahulu, pemeriksa dokumen Nurul Atiqah Mohd Noh turut mengesahkan bahawa tulisan tangan pada beberapa helaian kertas yang dikemukakan sebagai bukti adalah konsisten dengan tulisan milik Zara Qairina.
Ads
Apabila laporan terbaru ini menunjukkan darah pada tulisan tersebut adalah milik Zara sendiri, ia menambah lagi beban emosi kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini.
Ads
Persoalan besar mula timbul — apakah yang sedang dirasai oleh anak kecil itu ketika menulis nota tersebut? Adakah dia berada dalam keadaan takut, tertekan, atau cuba menyampaikan sesuatu mesej terakhir sebelum segalanya berakhir?
Ketelitian Makmal & Proses Analisis DNA
Nor Aidora turut menjelaskan bahawa semua barang bukti diterima dalam keadaan tertutup dan utuh, termasuk buku, alat tulis, pakaian dan beberapa spesimen seperti kuku serta tulang.
Ads
Sepanjang proses analisis, tiada sebarang gangguan berlaku. Setiap item disimpan dengan selamat dan disegel semula selepas pemeriksaan. Analisis dijalankan menggunakan instrumen bertaraf antarabangsa seperti Real-Time PCR, Thermal Cycler dan Genetic Analyser, mengikut prosedur makmal yang diiktiraf global.
Beliau juga menjelaskan bahawa profil DNA unik bagi setiap individu, dan dengan menguji 21 kawasan genetik, identiti seseorang boleh ditentukan dengan ketepatan yang sangat tinggi.
Keadilan Untuk Zara Qairina
Prosiding inkues ini masih berjalan, namun setiap pendedahan baharu membawa kita lebih dekat kepada kebenaran. Zara Qairina bukan sekadar nama di dada akhbar malah dia lambang kasih seorang anak, pengorbanan seorang ibu, dan harapan masyarakat agar keadilan ditegakkan tanpa kompromi.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dan semoga kisahnya menjadi peringatan buat semua bahawa kasih, perhatian dan empati kepada anak-anak adalah benteng utama dalam melindungi mereka daripada kesedihan yang tidak terlihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kontroversi hangat tercetus apabila seorang pempengaruh media sosial Malaysia menerima kecaman hebat selepas memanggil anak perempuannya, sebagai “mini wife” dalam kandungan yang dimuat naik secara terbuka. Rakaman yang memaparkan kanak-kanak berumur sekitar lapan tahun itu berpakaian seperti orang dewasa, bersolek, bertudung, dan sesekali memakai kasut tumit tinggi menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Netizen meluahkan kerisauan bahawa kandungan tersebut adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak, malah dianggap menyerlahkan unsur grooming ataupun eksploitasi seksual dalam kalangan penonton yang lebih luas. Tambahan pula, Rania seorang kanak-kanak yang sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak yang bebas dan sederhana, bukannya diperlakukan seperti orang dewasa.
Namun begitu, pempengaruh tersebut tampil memberikan penjelasan melalui hantaran di platform Threads. Beliau menjelaskan bahawa istilah “mini wife” hanyalah ungkapan sarkastik sebagai balasan kepada pihak-pihak yang sering menamakan anaknya dengan gelaran itu.
Dia juga menjelaskan bahawa sejak umur lapan bulan, anaknya sudah sering menemaninya ke pelbagai majlis formal dan sosial, menyebabkan dia terbiasa dengan penampilan kemas dan berhias termasuk solekan ringkas dan kasut tumit tinggi. Semua kandungan yang dikongsi dibuat atas persetujuan anaknya, serta hasil projek dan bayaran dikongsi separuh antara anak dan pihak kebajikan.
Perspektif Perundangan: Apa Kata Peguam?
Seorang peguam, Jilliyana, turut memberi pandangan bahawa penggunaan istilah seperti “mini wife” terhadap kanak-kanak bukan sekadar kontroversi sosial, tetapi juga menimbulkan persoalan dari sudut undang-undang. Tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai eksploitasi seksual atau seksualisasi kanak-kanak, yang berada dalam zon bahaya dari segi moral dan undang-undang.
“Tak, awak tak boleh panggil anak kecil sebagai ‘mini wife’ sebab ia satu kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan di sisi undang-undang secara umum.”
“Ibu bapa seharusnya menjaga anak-anak mereka tanpa menggunkaan gelaran yang tidak sesuai untuk usia mereka.”
“Menganggap diri memainkan peranan sebagai suami isteri kepada anak boleh membuatkan hubungan jadi hilang batasan dan agak membahayakan perkembangan anak.”
“Penggunaan istilah sebegitu dilihat sebagai menjurus kepada ‘grooming’ atau eksploitasi seksual, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”
@jillliyanaNo, you cannot call your daughter a “mini wife” under the Child Act 2001 (Malaysia) or in general legal terms. Parents are expected to care for their children without subjecting them to roles or expectations inappropriate for their age. Assigning spousal roles to a child blurs boundaries and can be seen as harmful to the child’s development. Such language might be viewed as suggestive of grooming or sexual exploitation, which is an offence under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.
Sehingga semalam jumlah kes baharu yang dicatatkan di negara bertambah 170 kes. Dengan itu menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,987 dengan lima kes kematian baharu dicatatkan. Daripada lima kematian tersebut, empat daripadanya merupakan pesakit lelaki dan seorang perempuan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar kematian kaum lelaki akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah lebih tinggi berbanding wanita.
Ia termasuk faktor kehadiran jemaah lelaki di Himpunan Tabligh di Sri Petaling serta aktiviti kumpulan itu yang banyak berada di luar rumah.
“Persoalan kenapa lelaki yang meninggal dunia berbanding wanita, iaitu 75 peratus lelaki dan wanita 25 peratus. Dalam himpunan di Sri Petaling kebanyakan adalah lelaki. Kita dapati kes kematian paling tinggi ialah mereka yang hadir di Sri Petaling iaitu lebih 30 peratus. Itu satu faktor.
“Kedua, mungkin lelaki banyak aktiviti luar banding wanita. Namun yang pasti, mereka meninggal dunia 50 peratus adalah lebih 60 tahun ke atas jadi risiko dia semakin tinggi. Lebih daripada 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia ada penyakit lain contohnya kencing manis, darah tinggi dan jantung,” tambahnya lagi.
Ujarnya, mereka yang mempunyai penyakit lain akan mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding mereka yang tiada penyakit.
“Itulah antara faktor yang menyebabkan kes kematian lelaki itu tinggi,” ujar beliau.
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...