Anak syurga, hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama-lamanya. Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh. Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat, pemergiannya sangat terkesan lebih-lebih lagi cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu.
Namun janji Allah itu pasti. Siapa kita nak menidakkan takdir-Nya meskipun kesedihan itu Allah yang tahu. Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Ab Rahman di facebooknya, pemergian bayi perempuan yang diberi nama Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman satu ujian tetapi dia dan isteri reda walaupun masih sedih.
Berikut adalah perkongsiannya:
Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat saya. Anak saya telah pulang ke rahmatullah pada 2/11/2021 akibat pendarahan dalam otak yang disebabkan dari sakit gigi geraham yang tumbuh.
Ads
Kalau ikutkan bayi 2 bulan lebih tidak sepatutnya tumbuh gigi geraham, tetapi disebabkan dia seorang yang istimewa, gigi gerahamnya telah pun tumbuh 3 batang dan gigi hadapan juga dah tumbuh.
Ads
Akibat giginya tumbuh, dia menangis sangat kuat dan tidak terkawal sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak.
Al-Fatihah Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman. Moga anak syurga ini menjadi tiket buat kedua ibu bapanya nanti di sana. Insya-Allah. Mungkin sekarang sedih, pengakhirannya nanti si comel ini akan tarik tangan ibu ayah. Amin.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu tentu mahu berikan yang terbaik untuk anak tersayang. Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kesihatan, pendidikan, pemakanan dan lain-lain lagi. Sejak anak lahir lagi ibu mahu memberikan makanan terbaik untuknya iaitu susu ibu.
Semua sedia maklum mengenai kebaikan susu ibu sebagai makanan awal terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang cukup mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Susu ibu awal yang dikenali sebagai kolostrum sangat penting untuk menguatkan sistem imuniti bayi.
Selain kebaikannya kepada tumbesaran dan kesihatan bayi, susu ibu juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk membina ikatan erat dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak bahkan merangsang otak anak lebih bijak.
Menyedari kebaikan yang tiada dijual di mana-mana maka ramai ibu semakin peka terhadap kepentingan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sehingga berusia enam bulan dan disambung lagi sampai genap dua tahun.
Fion Tan, ibu kepada tiga orang cahaya mata tidak terkecuali mempunyai cita-cita sama seperti ibu lain untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu. Namun, Co-founder Shapee ini pernah melalui fasa sukar dalam menjayakan misi penyusuannya.
Beliau tidak berjaya menyusukan dua orang anaknya sebelum ini. Namun dia tidak pernah berputus asa bahkan tidak jemu mencari ilmu dan mempelajari pelbagai teknik bagi menjayakan penyusuan.
Hasil usaha berterusan tanpa jemu membuatkan Fion Tan berjaya menyusukan anaknya yang ketiga selama 38 bulan. Kesukaran yang pernah dilalui membuatkan Fion sedar tentang kepentingan ilmu penyusuan dan keperluan alat menyusu yang lengkap sebagai tanda sokongan menjayakan penyusuan susu ibu.
Keluarkan Produk Penyusuan
Tidak mahu ibu lain melalui kesukaran sepertinya maka Fion mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk keperluan menyusu bagi menyokong proses penyusuan susu ibu wanita lain berjalan lancar.
Menyedari betapa pentingnya beberapa barangan utama yang mesti ada pada ibu menyusu jika mereka mahu terus gigih menyusukan anak dengan susu ibu maka Fion mengambil keputusan mengeluarkan bra penyusuan, breast therapy thermal pads dan beg penstoran susu ibu jenama Shapee.
Bra penyusuan
Apabila menyusukan anak, ibu memerlukan bra yang direka khusus untuk ibu menyusu. Keselesaan ibu sangat penting sepanjang menyusukan anak kerana ketika ini saiz payu dara membesar daripada normal.
Bra penyusuan Shapee mempunyai klip boleh laras bagi memudahkan penyusuan dengan hanya sebelah tangan sahaja. Penggunaan bra tanpa underwire semasa menyusukan anak boleh mengelakkan daripada masalah seperti mastitis dan seterusnya menjadi engorgement akibat pengaliran susu tersekat. Bra yang mempunyai empat cangkuk untuk fleksibiliti mengikut saiz badan ibu diperbuat daripada fabrik spandex, polyamide pernah memenangi anugerah Readers Choice Award 2017 untuk ‘Best Seamless Nursing Bra’
Breast therapy thermal pads
Pad tuam ini membantu mengurangkan masalah bengkak dan kesakitan yang dialami ibu menyusu. Pad yang mempunyai dua terapi iaitu terapi tuam sejuk dan panas ini benar-benar berfungsi menyelesaikan masalah bengkak susu yang kadang kala dialami ibu. Tuam sejuk berfungsi melegakan sakit dan bengkak akibat bengkak susu. Sementara tuam panas untuk melancarkan pengaliran susu & merangsang let-down reflex sebelum memulakan penyusuan atau pengepaman.
Beg penstoran susu ibu
Salah satu barang penting yang mesti ada pada ibu menyusu yang bekerja ialah beg penstoran susu ibu. Ia penting untuk menyimpan stok susu ibu perahan semasa di pejabat dan terus disimpan di dalam peti sejuk apabila sampai di rumah. Beg plastik penstoran susu ibu Shapee boleh ditulis menggunakan pen. Mudahlah ibu hendak menulis tarikh dan masa susu ibu tersebut dipam dan disimpan.
Fungsi double zip lock beg penstoran ini untuk mengelakkan kebocoran susu ibu yang sudah disimpan. Beg penstoran yang diperbuat daripada bahan mesra bayi iaitu bebas BPA dan diiktiraf FDA, boleh dipanaskan dalam suhu air 40-50 C. Bahkan fungsi thermal sensor turut mudah kerana dapat menunjukkan suhu yang tepat sewaktu memanaskan susu ibu perahan.
Justeri Fion berharap agar sedikit sumbangannya menyediakan alatan keperluan ibu menyusu dapat membantu mereka melancarkan misi penyusuan menjadi lebih mudah.
Disposable Nursing Pads
Salah satu produk ‘best-selling’ Shapee, digunakan untuk menyerap lebihan susu. Design yang ultra nipis tetapi dapat menyerap lebihan susu sehingga 55ML. Dengan honeycomb design, ia dapat menyerap dengan pantas & merata.
Layari https://bit.ly/theshapee untuk mengetahui tawaran menarik Shapee sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun bernilai RM8 bagi pembelian barangan Shapee jika anda klik link ini https://bit.ly/shapeexpama atau mudah sahaja scan QR code di bawah.
Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga. Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil.
Pelbagai kesan buruk produk kecantikan bertoksik sudah didedahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disebarkan di merata media sosial namun masih ada lagi yang percaya dan sanggup menggunakannya.
Perkongsian oleh laman facebook Public Health Malaysia ini diharap dapat membuka mata ramai wanita yang terlalu obses dengan produk kecantikan tidak diiktiraf kerana ia mungkin berisiko menyebabkan bayi yang anda kandung mengalami kecacatan!
INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE !
Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.
Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh dilihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.
Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.
Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;
✅ Tulang dan struktur wajah
✅ Sumbing
✅ Masalah sistem saraf
Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu dikawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.
TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.
Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni digunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.
FAST FACT
☑️ Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin
☑️ Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
☑️ Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar
☑️ Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
☑️ Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.
APAKAH TINDAKAN KKM?
KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.
Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
KESEDARAN PENGGUNA
Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa.
Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak.
Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.
ADUAN & PERTANYAAN
☑️ Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my
☑️ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200
☑️ Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Sumber
1. A Case of Suspected Isotretinoin-Induced Malformation in a Baby of a Mother Who Became Pregnant One Month after Discontinuation of the Drug https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2703771/
2. Kenyataan Akhbar KPK 12 Disember 2018 – Larangan Penjualan Produk Acnotin Secara Dalam Talian
https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-12-disember…/
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dikandung pergi dalam keadaan diri si ibu tak bersedia. Ini jugalah yang berlaku pada ibu muda ini apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika pergi ke hospital untuk dapat rawaatan lanjut.
Bayi tidak bergerak
Pengalaman yang cukup menyedihkan ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Adinda.frmll di TikToknya.
Menurut Adinda, sebelum ini dia telah mendapatkan khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak dan langsung tidak memberikan sebarang respon.
Apabila ditanya, bidan terbabit hanya memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan baik dan kemungkinan bayi itu ‘malas’ untuk melakukan sebarang pergerakan.
17 jam tahan sakit
Adinda yang tidak sedap hati dengan jawapan bidan kemudian pergi ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia dimaklumkan bahawa bayi dalam kandunganya sebenarnya berada dalam keadaan lemah.
Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.
Lebih menyedihkan apabila si kecil itu tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap Ilahi. Ketika itu, Adinda sudah tiada tenaga dan melihat situasi itu, jururawat terbabit mula panik. Doktor kemudian cuba mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.
Masih trauma
Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.
Perkongsian ibu ini mendapat pelbagai respon dan rata-rata daripada mereka bersimpati dengan nasib yang dilalui wanita ini. Moga terus diberi kekuatan serta ketabahan melalui ujian ini. Pasti ada rezeki lebih baik nanti.
Asyik-asyik nak ke tandas buang air kecil. Inilah yang membuatkan ibu hamil bertambah resah bila disahkan hamil. Pantang sahaja beberapa minit terus rasa hendak buang air kecil berkali-kali.