Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan, Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

Share

Anak syurga, hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama-lamanya. Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh. Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat, pemergiannya sangat terkesan lebih-lebih lagi cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu.

Namun janji Allah itu pasti. Siapa kita nak menidakkan takdir-Nya meskipun kesedihan itu Allah yang tahu. Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Ab Rahman di facebooknya, pemergian bayi perempuan yang diberi nama Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman satu ujian tetapi dia dan isteri reda walaupun masih sedih.

Berikut adalah perkongsiannya:

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat saya. Anak saya telah pulang ke rahmatullah pada 2/11/2021 akibat pendarahan dalam otak yang disebabkan dari sakit gigi geraham yang tumbuh.

Kalau ikutkan bayi 2 bulan lebih tidak sepatutnya tumbuh gigi geraham, tetapi disebabkan dia seorang yang istimewa, gigi gerahamnya telah pun tumbuh 3 batang dan gigi hadapan juga dah tumbuh.

Akibat giginya tumbuh, dia menangis sangat kuat dan tidak terkawal sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak.

Al-Fatihah Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman. Moga anak syurga ini menjadi tiket buat kedua ibu bapanya nanti di sana. Insya-Allah. Mungkin sekarang sedih, pengakhirannya nanti si comel ini akan tarik tangan ibu ayah. Amin.

Kredit: Ab Rahman

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy