Masalah tumpah darah selepas hamil dikenali sebagai post partum hemorrhage (PPH). Ia adalah sebab utama ibu hamil meninggal dunia di Malaysia. Nak elakkannya, boleh lakukan 10 perkara yang dicadangkan ini.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, kes seperti Ros ini boleh dielakkan dengan beberapa langkah berikut;
SEBELUM HAMIL
Ads
Pastikan tahap hemoglobin melebihi 11.5g%. Wanita yang kekurangan darah lebih berisiko untuk mengalami PPH.
Pastikan ujian pelvic ultrasound. Jika mempunyai fibroid, ia menyebabkan kesukaran untuk rahim mengecut dan seterusnya boleh berlaku PPH.
Pastikan tiada masalah seperti kencing manis dan darah tinggi sebelum hamil. Wanita yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis berkemungkinan besar perlu bersalin secara indius. Proses indius boleh menyebabkan rahim sukar mengecut selepas bersalin lalu menyebabkan PPH.
SEMASA HAMIL
Ads
Pastikan membuat antenatal booking di hospital yang mempunyai kemudahan tabung darah.
Pastikan anda memantau tahap hemoglobin. Disiplin dalam memakan zat besi, folik asid, Vitamin C dan B kompleks. Kesemua vitamin ini perlu untuk pembentukan hemoglobin di dalam tubuh.
Pastikan bayi tidak terlalu besar. Jika besar, air ketuban banyak dan ini boleh menjadi penyebab PPH.
Jika pada akhir kehamilan, doktor berpendapat bersalin melalui casearean adalah terbaik, maka ikutilah nasihat doktor.
Ads
SETELAH BERSALIN
Pastikan anda memantau darah nifas ketika berpantang. Jika banyak, berketul-ketul sehingga basah ke kain, terus ke hospital. Tidak kira ia awal pagi atau tengah malam. Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. PPH boleh berlaku bila-bila masa walaupun sudah pulang ke rumah.
Anda perlu dapatkan rawatan dari hospital secepat mungkin apabila mengalami masalah tumpah darah selepas bersalin. Jika lambat, anda akan mengalami perubahan dalam darah di mana ia tidak boleh berhenti daripada berdarah (DIVC) yang boleh berakhir dengan maut.
PPH juga lebih kerap berlaku kepada wanita yang hamil terlalu rapat atau terlalu ramai. Bincanglah dengan doktor mengenai cara-cara merancang keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga nyawa isteri. Jadi, kerjasama adalah perlu dalam hal ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir. Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun? Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh. Ikuti perkongsian Dr. Erna.
Kenapa kena ambil darah baby lagi lepas 2 minggu kalau kuning tak turun?
Untuk bayi yang dilahirkan secara normal, jika sudah hari ke14 dan bacaan kuning masih tinggi dan baby juga masih kuning, kita akan ambil darah untuk lihat fungsi hatinya, buah pinggangnya, darah biasa (darah merah, putih, kuning), air kencing untuk lihat apakah penyebab kuning masih tinggi.
Untuk bayi pramatang, kita lihat pada hari ke 21.
Jangan risau, doktor bukan sengaja nak cucuk bayi anda. Ianya dilakukan untuk memastikan kuning bayi anda adalah jenis yang normal (disebabkan oleh susu badan atau jenis darah).
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Maka, perkara inilah yang doktor mahu elakkan daripada berlaku.
Dan, tolonglah jangan ambil apa apa supplemen semasa anda mengandung. Ramai yang bayi yang fungsi hatinya ada masalah sikit dan bila ditanya memang ibunya ada makan supplemen semasa mengandung.
Supplemen iron dan calcium juga biarlah dapatkan nasihat doktor dahulu. Dan belilah di farmasi yang berdaftar. Dapatkan nasihat doktor yang tidak menjual produk ya.
Risau sangat tengok ramai sungguh bayi yang jaundisnya tinggi tinggi betul
Pelakon popular, Jasmin Hamid tampil menyekolahkan ramai ibu-ibu hamil yang mengambil jalan singkat untuk melahirkan anak secara C-section dengan alasan takut suami lari jika melahirkan anak secara normal yang menyebabkan vagina akan longgar.
Menerusi posting beliau di instagram, Jasmin kurang bersetuju jika ibu tersebut boleh melahirkan anak secara normal tetapi mengambil jalan mudah untuk melakukan pembedahan.
JANGAN NAK SENTAP DULU SEBELUM BACA HABIS, PADA YANG BERSALIN KAEDAH TINGKAP….
SAYA KONGSI PENGALAMAN SENDIRI BILA SAYA DI PERSENDAKAN SEBAB BERSALIN MELALUI PINTU
FAHAMI BETUL-BETUL WAHAI PARA IBU YANG ENGGAN MELAHIRKAN ANAK MELALUI PINTU SEBAB TAKUT SAKIT DAN TAKUT KOYAK BAHAGIAN SULIT… NANTI KATANYA SUAMI DAH TAK MAHU LAGI BERSAMA SEBAB DAH KOYAK DAN LONGGAR.
Ramai Yang Sanggup Booking Date Awal Untuk Bersalin Secara C-Section
ITULAH YANG SAYA DENGAR SENDIRI DARI ORANG SEKELILING SAYA!
MEREKA SANGGUP BOOKING DATE AWAL UNTUK BERSALIN MELALUI TINGKAP..INI BANYAK TERJADI DI MASYARAKAT ZAMAN MODEN…
MELAINKAN KALAU KITA KENA GUNAKAN KAEDAH CEASAR KERANA ADA KOMPLIKASI DEMI MENYELAMATKAN NYAWA! .
Hanya Ibu Yang Melahirkan Normal Tahu Nikmatnya
Masyaallah… Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tau betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.. Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit.. Ibu -ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan.. Nyawa di hujung tanduk.. .
Cuba Lah Bersalin Secara Normal Kalau Tiada Komplikasi
Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secara PINTU JIKA TIADA SEBARANG KOMPLIKASI untuk uols tau apa itu SAKIT BERSALIN.. Supaya kita lebih muhasabahdiri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan.
Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara TINGKAP.
Pada Yang Belum Dikurniakan Cahaya Mata, Teruskan Berdoa
Pada uols yang belum di kurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan usaha..Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata.. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya..
PADA UOLS YANG MELAHIRKAN MELALUI PINTU, BOLEH SHARE PENGALAMAN DENGAN WE OULS
MELALUI PINTU SAHAJA.
KOYAK TAK? ADA TAK SUAMI CARI LAIN SEBAB LONGGAR SELEPAS MELAHIRKAN KAEDAH PINTU???
Hebat Bukan?
p/s: Tiada yang mudah semasa proses melahirkan, ibu-ibu hamil dinasihati untuk mendapatkan nasihat daripada Pakar O&G terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia akan melibatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengalaman pertama menjadi ibu sememangnya mencemaskan. Selain masalah bayi menangis, kembung perut, bayi yang acapkali muntah juga menjadi kerisauan bagi ibu-ibu. Lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang kurang ilmu dan pengalaman.
Menurut pakar laktasi, Siti Asma Moin daripada Global Trade Sdn Bhd, dari segi saintifiknya, perut bayi mengalami proses tumbesaran setiap hari dan ia juga merupakan penanda aras keperluan makanan bayi untuk proses kehidupnya agar ia selaras dengan keperluan nutrisi sebenar.
Namun begitu, terdapat juga fenomena ini berlaku kepada bayi yang mana susu yang di minum akan termuntah keluar semula. Persoalan demi persoalan akan timbul di benak pemikiran seorang ibu jika situasi tersebut berlaku tanpa sedar. Tambahan pula dengan tiada persediaan langsung untuk menghadapi cabaran tersebut.
Antara situasi sebenar yang biasa berlaku ketika bayi memuntahkan susu yang diminumnya adalah seperti berikut:
Jeluak
Dimana keadaan susu yang di minumnya terkeluar semula dalam tempoh tertentu selepas menyusu susu ibu. Situasi tersebut boleh berlaku dengan adanya tindak balas pada otot perut. Ia tidak membahayakan bayi kerana situasi ini merupakan proses bayi menyesuaikan diri. Keadaan ini kebiasaannya akan mengambil masa sehingga bayi berusia 1 atau 2 tahun, sehingga tempoh otot perut bayi melalui proses kematangan. Tips: Tinggikan sedikit kepala bayi agar kurang memberi tekanan kepada perut dalam kadar waktu yang singkat.
Minum Terlalu Banyak
Semasa proses penyusuan berlaku, bayi menyusu dalam situasi sedikit gelojoh dan melakukan hisapan dengan laju. Secara tidak langsung susu yang masuk juga serentak dan tidak dihadam dengan betul. Situasi ini kebiasaannya akan berlaku apabila bayi terlalu lapar dan seterusnya menyusu dengan sedikit gelojoh. Tambahan pula apabila sel sel otak anak sedang berhubung dan masa untuk bermain itu tinggi. Tip: Apabila bayi menyusu kita boleh mengawalnya dengan kadar kita melakukan kaedah scissors hold sementara.
Posisi Menyusu Kurang Tepat
Cara posisi penyusuan susu ibu kurang tepat juga mengundang susu yang di minum akan terkeluar semula. Anak kecil yang semakin aktif sememangnya akalnya bijak untuk melakukan sesuatu, maka dengan itu kedudukan posisi dalam menyusu tidak tepat serta susu yang masuk ke dalam perut akan dimuntahkan semula. Ada ketika semua sekali akan di muntahkan dan ada waktunya hanya sebahagian darinya.
Tips: Pastikan cara posisi ketika menyusu diperbetulkan, cara pelekapan dan perut menghadap perut. Ia mampu membantu bayi menyusu dalam situasi tenang.
Aliran Susu Keluar Laju
Aliran susu yang keluar sangat laju menyebabkan bayi tidak sempat untuk mengawalnya. Lantaran dengan itu secara automatik susu akan keluar dari mulut tanpa sempat untuk proses penghadaman. Tips : Ibu disarankan untuk melakukan perahan tangan agar susu dapat dikeluarkan sebelum bayi meneruskan penyusuan tanpa gangguan.
Alahan Pemakanan Ibu
Pemakanan yang sihat untuk ibu yang menyusukan anak sangat penting dipilih sebaliknya. Mana mungkin makanan yang kurang bagus menjadikan sesuatu makanan sihat untuk di ambil. Dalam menyusukan bayi sangat dititikberatkan mengambil makanan yang sihat agar bayi yang menyusui susu ibu tidak mempunyai alahan daripada susu ibu. Dari sudut kajian pengambilan kafien yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada alahan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Apabila bayi alah dan kurang selesa, bayi akan mula menangis, ataupun dari segi bahasa bayi mengalami ketidakselesaan pada bahagian perutnya. Tips: Ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan sihat untuk menghasilkan susu yang baik. Protein, vitamin, karbohidrat yang lengkap agar nutrisi sembang.
Batuk Dan Berkahak
Cuaca pada hari ini tidak menentu serta persekitaran yang kurang sihat boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti batuk berkahak. Oleh itu, akan mengakibatkan paru-paru dan jantung berkerja keras dalam memainkan peranan untuk mengepam jantung. Apabila susu yang di minum masuk, disusuli dengan batuk berkahak maka susu yang di minum biasa akan termuntah bersama kahak apabila batuk menyerang tubuh bayi. Jika ia terlalu serius, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada doctor. Tips : Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai persekitaran dan menjaga kebersihan dengan teliti untuk mencegah dari dijangkiti batuk.
Terlampau Aktif Selepas Menyusu
Rangsangan minda bayi laju dan aktif. Mereka mula belajar dengan setiap apa yang mereka lalui. Itulah proses kepintaran untuk hidup. Bagusnya ialah mereka akan sentiasa sihat dan cergas. Namun bergerak aktif tanpa kawalan sehingga menyebabkan perut yang penuh dengan susu akan bergoncang. Tips : Didik bayi kita sentiasa untuk bertenang. Lakukan dengan selalu berinteraksi dengan mereka agar wujud sifat tenang. Mereka juga boleh aktif pada tempat dan waktu yang tepat.
Dengan adanya situasi tersebut ia akan membuatkan ibu bapa belajar tentang bayi mereka. Sesungguhnya setiap bayi yang di anugerahkan adalah berbeza caranya serta sifatnya. Sebagai ibubapa kita bukan sahaja menjaga malah seluruh aspek kehidupan anak kita dalam membantu pembentukkan awal dalam hidupnya dipertanggungjawabkan oleh kita.