Masalah tumpah darah selepas hamil dikenali sebagai post partum hemorrhage (PPH). Ia adalah sebab utama ibu hamil meninggal dunia di Malaysia. Nak elakkannya, boleh lakukan 10 perkara yang dicadangkan ini.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, kes seperti Ros ini boleh dielakkan dengan beberapa langkah berikut;
SEBELUM HAMIL
- Pastikan tahap hemoglobin melebihi 11.5g%. Wanita yang kekurangan darah lebih berisiko untuk mengalami PPH.
- Pastikan ujian pelvic ultrasound. Jika mempunyai fibroid, ia menyebabkan kesukaran untuk rahim mengecut dan seterusnya boleh berlaku PPH.
- Pastikan tiada masalah seperti kencing manis dan darah tinggi sebelum hamil. Wanita yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis berkemungkinan besar perlu bersalin secara indius. Proses indius boleh menyebabkan rahim sukar mengecut selepas bersalin lalu menyebabkan PPH.
SEMASA HAMIL
- Pastikan membuat antenatal booking di hospital yang mempunyai kemudahan tabung darah.
- Pastikan anda memantau tahap hemoglobin. Disiplin dalam memakan zat besi, folik asid, Vitamin C dan B kompleks. Kesemua vitamin ini perlu untuk pembentukan hemoglobin di dalam tubuh.
- Pastikan bayi tidak terlalu besar. Jika besar, air ketuban banyak dan ini boleh menjadi penyebab PPH.
- Jika pada akhir kehamilan, doktor berpendapat bersalin melalui casearean adalah terbaik, maka ikutilah nasihat doktor.
SETELAH BERSALIN
- Pastikan anda memantau darah nifas ketika berpantang. Jika banyak, berketul-ketul sehingga basah ke kain, terus ke hospital. Tidak kira ia awal pagi atau tengah malam. Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. PPH boleh berlaku bila-bila masa walaupun sudah pulang ke rumah.
- Anda perlu dapatkan rawatan dari hospital secepat mungkin apabila mengalami masalah tumpah darah selepas bersalin. Jika lambat, anda akan mengalami perubahan dalam darah di mana ia tidak boleh berhenti daripada berdarah (DIVC) yang boleh berakhir dengan maut.
- PPH juga lebih kerap berlaku kepada wanita yang hamil terlalu rapat atau terlalu ramai. Bincanglah dengan doktor mengenai cara-cara merancang keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga nyawa isteri. Jadi, kerjasama adalah perlu dalam hal ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takut, Gementar Semua Ada”. Dah Bersiap Ke Hospital, Suami Jadi Bidan Sambut Bayi
Betullah orang kata pengalaman kelahiran untuk setiap anak berbeza-beza. Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh seorang suami, Shahril Nizam Mohd Sabrie, 41, apabila berdepan detik yang mendebarkan kerana terpaksa menjadi bidan terjun membantu isterinya, Siti Mariani Mior Hasan melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Terpaksa jadi bidan sambut baby
Perasaan gementar, cemas, panik dan takut dirasai seorang suami, Shahril Nizam Mohd Sabrie ketika menjadi
Ini kerana isterinya, Siti Mariani, 37, tidak sempat dibawa ke hospital kerana terlebih dulu melahirkan anak di rumah mereka dekat Presint 9, Putrajaya pada 30 Ogos lalu sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin yang sepatutnya jatuh pada Hari Merdeka.
Perasaan gementar dan panik Shahril Nizam, itu hilang selepas bayinya yang belum diberi nama selamat dilahirkan pada 3.35 petang dengan selamat.
Mudah sangat baby keluar
Berkongsi perasaannya menyambut anak ke-3, Shahril Nizam berkata, isteri sepatutnya melahirkan bayi 31 Ogos dan sama sekali tak sangka akan keluar di rumah juga sehari lebih awal walaupun sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
“Kebetulan pada hari kejadian itu saya bekerja dari rumah dan ada di rumah bersama isteri dengan dua anak kami.
“Dalam tempoh itu, ada pelanggan mahu membeli telefon bimbit tetapi saya minta dia datang mengambilnya di rumah kerana isteri sedang menunggu masa untuk bersalin.
“Selesai urusan dengan pelanggan, saya terus naik ke rumah tetapi jadi panik kerana anak beritahu isteri menangis sebab dah tak tahan sakit dan mahu bersalin,” katanya dalam perkongsian di Facebook.
Operator di talian bagi ‘guide’ sambut baby
Tanpa berlengah, Shahril Nizam terus menghubungi ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.
Bagaimanapun, katanya, keadaan menjadi semakin cemas apabila isteri mengerang kesakitan hingga menyebabkan operator di talian terpaksa memberi tunjuk ajar kepadanya mengenai apa perlu dilakukan sementara menunggu ambulans tiba.
“Saya benar-benar buntu dan tidak tahu apa perlu dilakukan ketika itu kerana hendak mengangkat isteri pun tidak berani kerana keadaannya yang sedang sarat.
“Jadi, saya hanya dengar tunjuk ajar operator di talian yang minta bantu baringkan dahulu kepala isteri di atas bantal dan lapik badannya dengan tuala.
“Ikutkan memang gementar tetapi mahu atau tidak, saya perlu cuba lakukannya walaupun takut sangat kerana tiada pengalaman berdepan situasi macam ni,” ujar Shahril.
Shahril berkata, apa yang difikirkan ketika itu adalah risau jika bayi lemas dan tidak dapat diselamatkan. Dalam keadaan kelam kabut itu juga, saya cuba tenangkan isteri dan beri semangat kepadanya untuk meneran.
“Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi lelaki kami. Waktu tu rasa sebak dan bersyukur apabila melihat wajahnya dalam pangkuan.
Selamat baby keluar pihak operator dalam talian minta ikat tali pusat bayi lepas tu baru ambulan sampai terus bawa bayi dengan ibu ke hospital. Bayi lahir kat rumah cuma uri tu keluar masa di hospital,” katanya.
Pengalaman yang sangat berharga
Menurut Shahril Nizam, pengalaman itu terlalu berharga dan tidak mungkin dilupakannya sampai bila-bila.
Katanya, sebelum ini dia ada menemani isteri di wad bersalin ketika menyambut kelahiran anak sulung, Rifqi Mikhail, 7, dan kedua, Raqib Zayyan, 6, tetapi hanya berada di sisi memberi semangat.
“Cuma rezeki anak ke-3 memandangkan hospital kerajaan tak boleh peneman, Allah beri peluang saya sambut sendiri anak lelaki ketiga ini.
“Memang mencabar tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada operator di talian yang membantu saya sepanjang tempoh waktu yang sangat cemas sebelum pihak perubatan sampai.
Shahril memberitahu, isteri dah dibenarkan pulang cuma sekarang bayi kami masih berada di wad untuk pemantauan. Moga semuanya dipermudahkan nanti kerana untuk melawat pun tak boleh disebabkan tertakluk SOP yang ketat,” katanya.
Kredit: Shahril Nizam
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Turun Berat Badan Elak 6 Makanan Ini. Ibu Yang Nak Langsing Ambil Perhatian!
Misi nak turun berat badan akan berjaya kalau anda elak 6 jenis makanan terutama kalau anda nak langsing balik lepas bersalin. Walaupun menyusukan bayi tak bermakna ibu tak boleh jaga pemakanan. Bahkan masa menyusukan bayilah paling bagus untuk berdiet sebab kena makan makanan yang berkhasiat sahaja.
Jadi pastikan ibu-ibu ikut nasihat pemakanan oleh Pakar Dietetik, Ruqayyah Muhd ini. Ada beberapa makanan yang mesti dielakkan terus kalau nak turun berat badan dan ia juga tak bagus untuk kualitit susu ibu yang dihasilkan.
MAKANAN YANG DINASIHATKAN UNTUK DIELAKKAN JIKA MAHU TURUN BERAT BADAN.
Kita sering ber’diet’ dengan matlamat ingin menurunkan berat badan kita. Namun kadangkala kita tidak sedari makanan/minuman di bawah ini meningkatkan pengambilan kalori melebihi keperluan tubuh.
1. MINUMAN MANIS
Minuman manis biasanya tinggi dengan gula. Samada air soda atau minuman kordial atau minuman berkotak pasti mengandungi gula. Gula apabila diambil dalam jumlah yang sedikit tidak memberi kesan kepada kenaikan berat badan. Namun, apabila diambil berlebihan akan memberikan kesan yang besar kepada pengawalan berat badan.
1 sudu besar gula memberikan 15g karbohidrat dan 60 kcal.
Bayangkan jika sekiranya setiap hari sebanyak 8sudu besar gula diambil sehari sudah memberikan hampir 500kalori sehari. 500kalori yang berlebihan setiap hari secara konsisten mampu menaikkan berat badan sehingga 2kg sebulan.
Air manis dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai nutrien yang rendah. Ia hanya mempunyai kalori daripada gula, namun kandungan mineral dan vitaminnya tersangat rendah dan tidak memenuhi keperluan tubuh.
Saranan WHO untuk menghadkan pengambilan gula sebanyak 10% daripada jumlah pengambilan kalori sehari. Sekiranya keperluan tubuh hanyalah 1800kcal sehari, hanya sebanyak tiga sudu besar gula daripada minuman dan makanan sahaja dibenarkan.
2. JUS BUAH
Buah mengandungi gula ringkas glukosa dan fruktosa. Apabila buah diambil secara asli, serat yang terkandung di dalam buah memperlahankan kenaikan gula darah. Glukosa daripada buah digunakan sebagai sumber tenaga. Fruktosa pula dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang.
Namun begitu, apabila buah-buahan dijadikan jus, seratnya dibuang. Menyebabkan kandungan glukosa fruktosa tadi menjadi lebih pekat. Jus mengandungi kandungan gula yang tinggi. Namun kandungan serat yang rendah. Apabila diambil dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan lebih banyak asid lemak disimpan di dalam tisu tubuh. Secara tak langsung, kenaikan berat badan akan terjadi.
Hadkan pengambilan jus buah segar sebanyak 120ml sehari sahaja. Atau ambil buah 2-3 hidangan sehari.
Elakkan jus buah terproses kerana kandungan seratnya yang rendah dan telah ditambahkan gula menyebabkan ia mempunyai kalori yang tinggi.
3. MINUMAN ISOTONIK
Minuman isotonik adalah antara minuman yang kaya dengan elektrolit dan gula. Ia diformulasikan untuk menggantikan garam mineral yang hilang semasa bersukan atau berlaku perpeluhan yang banyak seperti membuat kerja berat.
Minuman isotonik ini tinggi kandungan gula dengan tujuan membekalkan tenaga dan mengekalkan hidrasi dan elektrolit kepada atlit semasa sesi latihan atau sukan yang mengambil masa yang lama seperti maraton.
Pengambilan minuman ini tanpa menjalani latihan sukan yang panjang menyebabkan tenaga yang diambil tidak digunakan dengan baik dan dikaitkan dengan masalah obesiti dan penyakit kronik.
Untuk satu hidangan 240ml minuman ini membekalkan 3-4sudu teh gula. Manakala minuman tenaga membekalkan sebanyak 11sudu teh gula.
Hadkan pengambilan minuman ini mengikut keperluan. Ambil air kosong atau mineral sekiranya bersenam.
4. YOGURT BERPERISA dan MINUMAN YOGURT
Yogurt adalah antara hasil tenusu yang bagus untuk tubuh. Selain ia kaya dengan protein, ia juga merupakan sumber kalsium yang baik untuk tubuh. Probiotik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses penghadaman makanan.
Namun begitu, kebanyakan yogurt yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan lemak yang rendah atau 0 lemak. Apabila dilihat kembali pada label makanan, kandungan gulanya adalah tinggi. Tambahan buah-buahan juga turut menaikkan kandungan gulanya.
Ambil yogurt asli atau Greek Yogurt tanpa tambahan gula di dalam diet.
Tambah potongan buah asli ke dalam yogurt bagi meningkatkan rasanya.
Hadkan pengambilan minuman berkultur 1-2 botol kecil, seminggu.
5.KRIMER PEKAT MANIS
Krimer pekat manis atau dikenali dengan susu pekat manis atau susu tin sering ditukar ganti dengan susu tepung atau susu segar. Hakikatnya, krimer pekat manis dihasilkan daripada campuran gula, pepejal susu dan minyak kelapa sawit. Ia tinggi kandungan kalori, gula dan lemaknya namun rendah protein.
Untuk satu hidangan 20g krimer pekat manis (1 sudu besar) ini boleh menyumbangkan sebanyak 60-70kalori, 2-3g lemak dan 12-15g gula. Namun begitu protein yang disumbangkan hanyala lebih kurang 1-2g sahaja. Untuk satu hidangan protein yang baik ia perlulah menyumbang 7-8g protein untuk satu hidangan iaitu 4kali ganda hidangan krimer pekat manis.
1 gelas susu penuh krim memberikan 150kalori, 15g gula, 8gram protein dan 5gram lemak.
Namun 4 hidangan krimer pekat manis memberikan 240kalori, 48g gula, 8 gram protein dan 8gram lemak.
Bandingkan perbezaan nutriennya.
Mengambil krimer pekat manis umpama menambah minyak dan gula sahaja ke dalam minuman.
6. SNEK TERPROSES
Kerepek dan keropok segera biasanya tinggi kandungan garam dan lemaknya. Ini adalah kerana ia telah diproses dan ditambahkan pengawet bagi memastikan ia tahan lama dan sedap dimakan. Namun begitu, kandungan vitamin dan mineralnya rendah dan tidak berkualiti untuk keperluan tubuh badan. Sesetengah snek yang disira gula atau madu pula akan meningkatkan kalori dan kandungan gulanya.
Mengambil dalam jumlah yang sedikit tidak mengapa, satu ke dua minggu. Namun, menjadikan ia sebagai snek harian mnggalakkan budaya ‘mindless eating’ di mana kita makan sambil menontkn TV, memandu atau membaca tanpa mengambilkira jumlah yang diambil. Sedar tidak sedar satu pek sudah habis dimakan dan hampir 400kalori sudah diambil. Secara tak langsung pengambilan kalori sehari telah melebihi keperluan tubuh.
Amalkan makanan yang sihat dan seimbang.
Bersenam secara konsisten.
Elakkan suplemen atau produk pelangsing yang menjanjikan berat turun dengan banyak untuk tempoh masa yang pendek.
Berhati-hati dengan testimonial ‘overclaim’ dari produk.
Bimbang memakan diri.
Kongsikan jika bermanfaat.
Sumber: Ruqayyah Muhd
Dietitian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Berjaga Malam & Kuat Meragam Kena Rajin Diurut. Bila Selesa, Tidur Pun Lena
Bayi meragam, nak berjaga malam memang mencabar untuk ibu ayah. Apa kata buat urutan bayi, langkahnya pun mudah. Confirm si kecil suka & masalah susah tidur boleh diatasi.
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
13 KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI
- Si manja tidur lebih lena.
- Mengelakkan bayi daripada kolik atau kembung perut.
- Memudahkan buang air besar bagi bayi sembelit.
- Menghilangkan lenguh badannya yang lama berbaring setiap hari.
- Menguatkan otot bayi.
- Membantu bayi menguasai setiap tahap perkembangan fizikalnya seperti meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya.
- Urutan bayi juga membantu bayi kuasai kemahiran motor halus dengan lebih mudah.
- Bagi bayi pramatang, urutan akan membantu meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat.
- Ia adalah penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia adalah salah satu cara untuk bonding dengan bayi.
- Urutan kepada bayi memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi.
- Kajian mendapati urutan kepada bayi sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.
- Dalam pada itu, urutan penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang.
- Boleh merangsang bayi dan kanak-kanakkumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya seperti sindrom Down, cerebral palsy, asma dan autisme.
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN?
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
- Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.
- Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
- Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.
- Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
LENGAN
- Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.
- Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.
- Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.
MUKA
- Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini. Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.
- Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang. Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.
- Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
PERUT
- Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon.
- Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U.
- Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit.
BAHAGIAN BELAKANG
- Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah.
- Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.
- Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI