Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses kelahiran. Ibu hamil perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai komplikasi dan risiko selepas bersalin. Kelahiran terutama sekali secara caesarean atau pembedahan mendedahkan ibu kepada risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan selepas bersalin.
Tumpah Darah Selepas Bersalin
Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadinya tumpah darah ini. Ia berkait rapat dengan uri, tahap kesihatan ibu dan permasalahan yang timbul semasa proses kelahiran berlangsung.
PENDARAHAN SEMASA PROSES KELAHIRAN MENERUSI PEMBEDAHAN ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. LAZIMNYA BAGI WANITA HAMIL, DARAH AKAN DIHASILKAN 50% LEBIH BANYAK DARIPADA BIASA. JUSTERU, PENDARAHAN YANG NORMAL TERJADI SEMASA PEMISAHAN URI DAN DINDING RAHIM ATAU EPISIOTOMI IALAH SESUATU YANG DIJANGKAKAN.
Bagi kelahiran secara caesarean, pendarahan yang lebih banyak dijangkakan akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean.
Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati-hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean
Terdapat lapan keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran;
1. Uri bawah (placenta previa) yang hanya akan disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Hal ini boleh berlaku sekiranya ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan, prosedur D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai radang pada rahim (endometrisis).
2. Uri lekang (placenta abruptio) di mana uri lekang dari dinding rahim lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu hanya dua atau tiga minit sebelum kelahiran. Ia sering terjadi pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban kurang atau pecah awal.
3. Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga pundi kencing dan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal selepas bersalin.
4. Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.
5. Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim kurang elastik dan kuat untuk mengecut kembali.
Ads
6. Pengembangan rahim yang lebih daripada normal sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg ke atas).
7. Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.
8. Rahim merekah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas, pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).
9. Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung lebih daripada 12 jam (kecuali anak pertama). Ia disebabkan oleh pelvis ibu yang kecil atau bayi terlalu besar dan bukaan serviks yang perlahan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin.
Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran.
Rawatan bagi ibu tumpah darah semasa bersalin
Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut.
Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterine atony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.
Ads
*Mengurut bahagian atas rahim.
*Memberikan suntikan
*Menyusukan bayi secepat mungkin.
*Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat.
*Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan.
Persediaan bagi ibu berisiko tinggi
Ads
Bagi ibu yang menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
*Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada pakar perbidanan dan sakit puan.
*Memastikan paras hemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl.
*Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah.
Home birth, gentle birth memang menjadi isu yang hangat selepas bersiaranya program Analisis “Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor” yang dikendalikan oleh Finaz Yunus. Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang berani ke hadapan dan menceritakan bagaimana Doula telah melakukan aktiviti untuk mengaut keuntungan diri tanpa memikirkan keselamatan ibu dan bayi yang lahir.
Terbaru, Puan Nadia Fuzi tampil menceritakan saat cemas melahirkan bayi dan alhamdulillah beliau cepat tersedar daripada menggunakan khidmat doula yang mungkin boleh membahayakan nyawa ibu dan anak.
Doktor Google vs Doktor Hospital
Mak-mak milenium semua research dekat google dan facebook
Keadilan mahukan gentle birth, terpengaruh cakap-cakap doktor google
Aku tak habis-habis dengar nasihat doktor google
Doktor google cakap selagi tak ada contraction jangan pergi hospital
Tolong lah bukak hati dan minda wahai ibu-ibu, My turning point!
Buatlah apa pun doktor asalkan anak saya selamat
6-7 doktor, nurse berlari tolak katil aku pergi bilik operate
Alhamdulillah Twin selamat
Tak patut kita ketepika nasihat pakar
Dari spend duit untuk consultant mengarut yg takda ilmu perubatan baik simpan duit upah bidan terlatih untuk jaga lepas bersalin
Menurut kata orang dulu-dulu percaya keadaan air ketuban ketika hendak bersalin iaitu lelehan ketuban air (kembar air) adalah petanda proses kelahiran yang mudah. Manakala air ketuban bercampur darah (kembar darah) menjadikan proses bersalin lama dan menyakitkan. Betul ke?
Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur menegaskan bahawa fakta ini tidak benar. “Tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan keduanya.”
MITOS KEMBAR AIR
Dikatakan ibu yang mengalami pecah ketuban di mana air ketuban yang keluar jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Menurut Dr Norkedah, tiada fakta dan kajian yang menyokong kenyataan ini ibu yang pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (yang dikatakan kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Namun awas,jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.
KOYAKAN LAPISAN KANTUNG KETUBAN
Koyakan lapisan kantung ketuban ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung tanpa ada rasa sakit kontraksi.
JIKA TERKOYAK LEBIH 24 JAM KENA INDIUS ELAK JANGKITAN KUMAN
Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius. pecah Hal ini jika tidak diambil tindakan segera boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.
MITOS KEMBAR DARAH
Ibu yang mengalami keluarnya darah bersama air ketuban. Ibu dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.
KECEPATAN PROSES BERSALIN TIDAK DITENTUKAN OLEH KEADAAN AIR KETUBAN
“Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini,” kata Dr Norkedah.
MUCUS PLUG TANDA TERBUKANYA PINTU RAHIM
Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat melahirkan anak ketiganya pada 21 September lalu, Izreen Azminda tampil berkongsi nama indah buat putera ketiganya itu pada hari ke tujuh kelahiran.
Menerusi Instagramnya, Izreen dan suami sepakat menamakan bayi comel mereka dengan nama cukup ringkas tetapi indah, Ali Idrees.
“Hai untie dan uncle semua, nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay,” kongsi Izreen ringkas.
Dalam pada itu, Izreen turut berkongsi berat Ali iaitu 2.87kg ketika dilahirkan.
“21/9/21, 9.06am berat 2.87kg❤️ (selama ni yang besar tu mama). ALI kecik aje 😅.
“Set tilam yang super cute dan empuk habis ni dari @tinypalms @tinypalms @tinypalms 😍😍😍. Tq ummi layan iols yang macam-macam permintaan ni,” kongsi Izreen menerusi Instagramnya.
Izreen juga turut memuat naik foto si kecil Ali Idrees namun tidak mendedahkan wajahnya.
Menerusi entri terbaru Izreen, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga turut sama berkongsi foto ketiga-tiga putera comelnya.
Sedapnya nama Baby Ali
Dalam pada itu, ramai memuji pilihan nama Izreen yang ringkas tetapi sedap didengar. Malah turut sama mendoakan kesejahteraan agar Baby Ali terus sihat membesar.
“Hi Baby Ali. Sedap nama baby hampa”
“Assalamualaikum baby Ali. Semoga membesar mu ke dunia ini, menjadi anak yg soleh, yang membahagiakan kedua mama dan baba Ali. Menjadi pembawa rezeki dan penyeri utk mereka.
Terdahulu, Izreen selamat melahirkan anak lelaki ketiganya pada 21 September lalu, tepat jam 9.06 pagi. Izreen turut mempunyai dua putera, Adrian Umar, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.