“Tumpang Rezeki Aafiyah & Afwa.” Bangga Tengok Tok Ti Beli Rumah Mewah Di Dubai

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti sentiasa menjadi idola ramai atas pencapaian yang dikecapinya. Bukan setakat berbakat dalam nyanyian tetapi juga dalam bisnes dan keibubapaan.

Terbaru, Tokti menjadi bualan hangat netizen apabila dia dipercayai mempunyai sebuah sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti, dia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya, Aafiyah dan Afwa sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.

Difahamkan, Tokti telah membeli rumah pertama di Dubai dan perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Asyraf Khalid yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian yang dikecapinya.

“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.

“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh.

Alhamdulilah, berkat usaha Tokti & rezeki anak-anak!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.

@watieysoong @Siti Nurhaliza #fyp ♬ Ya Tabtab Wa Dallaa – Nancy Ajram

Bukan itu saja, mungkin dengan kehadiran dua cahaya mata itu bertambah lagi rezeki Tok Ti.

Netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat penyanyi itu dan ramai mengimpikan rezeki seperti yang dimilikinya.

“Alhamdulilah, segala penat lelah untuk masa depan anak-anak.”

“Alhamdulillah…rezeki dia atas usaha dan kerja keras dia bersama suami dia,tetap humble..respek sangat🥰🥰”

“Bangga anak Melayu kita maju dan terus maju, tahniah Dato K dan Siti.”

Sumber: TikTok @watieysoong, IG @asyrafkhalid & OMM

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy