Pemergian Noor Nabila, kakak kepada Neelofa ke Tanah Suci beberapa minggu lagu bersama anggota keluarga mengundang perhatian ramai.
Si comel Jebat Jayden, anak kesayangannya bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad juga turut serta bersama ibunya untuk sama-sama mengerjakan umrah.
Rupanya Nabila bernazar untuk turut membawa Jebat bersamanya ke Tanah Suci. Hal itu dikongsikan Nabila di Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah, mommy dapat tunaikan nazar mommy untuk bawak Jebat Jayden Ahmad ke tanah suci mekah.
“Semoga Allah terima ibadah kami semua. InsyaAllah.
Ads
“Ya Allah, inilah tempat suciMu dan keamananMu, maka peliharalah aku dan anakku dari api neraka dan selamatkanlah kami dari seksamu pada hari engkau membangkitkan hamba-hambaMu ya Allah, dan jadikan lah kami tergolong dalam kekasihMu dan orang-orang yang taat kepadaMu,” tulisnya berkongsi.
Bahkan Nabila turut memuat naik videonya sepanjang berada di sana bersama Jebat dan ahli keluarga lain.
Biarpun perlu bersusah payah mengendong Jebat yang keletihan, namun Nabila menguatkan semangatnya untuk terus melakukan ibadah.
Ads
Malah banyak momen manis dikongsikan Nabila sepanjang berada di Tanah Suci.
Perkongsian itu turut menarik perhatian pengikut Nabila di Instagram malah mendoakan yang terbaiknya dan Jebat.
Terdahulu, pemergian ibu dan anak ini turut dihantar malah disambut kepulangannya oleh Sharnaaz sendiri.
Dua tahun dah boleh hafal 42 surah! Inilah istimewanya si kecil Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang kini berusia 2 tahun 8 bulan.
Dalam temubual eksklusif bersama ibunya, Nurul Shahida Lukman, Ziyyad sama je seperti kanak-kanak lain. Cuma mungkin pendekatan yang saya dan suami, Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri gunakan menjadikannya ‘istimewa’.
“Sama seperti ibu lain, saya juga turut mempunyai impian untuk lihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Jadi sejak Ziyyad dalam kandungan lagi saya dah mula memperdengarkan bacaan al-Quran sehinggalah dia lahir.
“Malah sejak hari pertama Ziyyad lahir saya dah bagi dia dengar ayat-ayat suci al-Quran. Semakin dia membesar dan asyik bermain pun saya pasang juga audio bacaan al-Quran.
“Saya memperhatikan sambil bermain, dia akan ikut membaca. Bagi memberi keseronokan padanya, saya dan suami pun turut sama membaca dengan kuat. Ziyyad seolah-olah seronok (macam menyanyi beramai-ramai) tapi versi mengaji. Itulah hiburannya setiap hari” katanya.
Bacaan al-Quran di mana-mana
Sebenarnya jika diikutkan jiwa anak sama je sejak lahir dan memori anak kecil sebenarnya sangat luar biasa. Apa yang dia dengar dia akan cepat ingat. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu mendorong setiap kebaikan pada anak.
Macam di rumah atau dalam kereta hiburannya adalah bacaan al-Quran. Tiada lagu lain yang diperdengarkan.
Masa Ziyyad umur dua tahun, dia sudah boleh menghafal surah dalam Juzuk ‘Amma dengan lancar. Pendekatan yang saya gunakan pada permulaannya adalah dengan memasang cd bacaan al-Quran dalam kereta.
Tak mahu dia cepat bosan saya memilih cd bacaan qari kanak-kanak dan pendekatan ini memang berkesan untuknya. Bila di rumah pula Ziyyad suka bacaan Muzamil Hasballah dan Mishary Rashid. Bagi surah-surah panjang saya pasang masa dia nak tidur. Ini tip saya untuk bagi dia cepat tidur.
Masa ni sambil peluk dia saya akan baca ikut bacaan tersebut dan Ziyyad pun akan ikut baca bersama sampailah dia terlelap dengan sendiri.
Untuk pengetahuan ibu, surah-surah panjang ini sebenarnya saya mulakan dengan surah pilihan dulu. Antaranya Al-Mulk, Nuh, Sajadah, Yasin, Al-Fatihah, Ar Rahman, Al Waqiah, Al Insan, Ju’Muah dan Munafiqun. Terbaru surah yang Ziyyad minat dan hafal adalah Al-Insan.
Jaga pemakanan anak
Menurut Shahida, ramai ibu-ibu yang bertanyakan tip sehingga anaknya boleh menghafal dan membaca al-Quran. Apa yang boleh dinyatakan memang tiada makanan khas untuk Ziyyad.
“Cuma saya sangat menitikberatkan pengambilan makanan untuknya. Makanan yang tidak berkhasiat dan makanan yang ada kandungan gula dan garam akan dielakkan sebelum umur dua tahun.
“Makanan ringan pun saya tak bagi padanya takut melemahkan perkembangan otak. Paling saya bersyukur, Ziyyad juga menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun 7 bulan,” jelasnya.
Menariknya tentang si kecil ini, selain menguasai bacaan al-Quran, kecerdikannya terserlah apabila dia mampu menulis dan memahami setiap apa yang diajar dengan baik.
Kata ibunya, semua benda akan diajarkan pada Ziyyad melalui persekitarannya.
Maksudnya dari bayi lagi setiap apa yang dia lihat saya tolong sebutkan untuknya. Contoh tengok kucing saya akan beritahu itu kucing atau ‘cat’. Sambil itu saya akan perincikan lagi dengan beritahu pula warna kucing tu, bunyinya macam mana dan sebagainya.
Dalam bab menulis pula, saya ajar dia pegang pensil atau marker whiteboard. Biar dia selesa dulu. Memang mula-mula Ziyyad akan menconteng dulu (dari situ dia kenal garisan dan titik-titik). Semua yang dia buat dalam pantauan saya sebab anak tak kan pandai kalau bukan kita yang membimbingnya.
Saranan saya pada ibu bapa, paling penting jangan bagi anak terlalu obses dengan gajet. Biar anak belajar dari apa yang di lihat depan matanya. Tak kiralah bermain nombor, baca, menconteng buku atau apa yang sesuai dengan anak. Sebab lain anak, lain minat dan perangainya.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa saya dan suami tidak putus berdoa untuk Ziyyad agar menjadi anak kebanggaan kami suatu hari nanti dan mampu menjadi pejuang agama tersohor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Bab rezeki ni bukan kerja kita. Kerja kita sebagai hamba Allah perlu berusaha dan berikhtiar. Dalam usaha dan ikhtiar perlu cari KEBERKATAN! Jangan sekadar usaha dan ikhtiar sahaja semata-mata.
Menerusi perkongsian Imam Muda Hassan, bila di dalam usaha ada keberkatan, di situ akan ada KEREDHAAN Allah! Part ni banyak orang abaikan.
Jangan Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak
Salah satu cara mendapatkan keberkatan ialah dengan menggembirakan isteri dan anak-anak. Bila isteri dan anak-anak gembira, ia akan menjemput keredhaan Allah hadir dalam hidup kita.
Mungkin ramai yang tidak perasan, sebenarnya isteri dan anak-anak adalah Pintu rezeki yang sangat Powerful!
Kalau kita faham tentang rezeki, pasti kita akan menghargai sangat-sangat anak dan isteri kita kerana kehadiran mereka sebenarnya telah membawa 1001 rezeki yang tidak disangka-sangka dalam hidup kita sebagai seorang suami ataupun ayah.
Buktinya?
Cuba lihat kehidupan kita sepuluh tahun dulu dengan kehidupan kita pada hari ini.
Dulu naik motor, sekarang sudah berkereta. Dulu berkereta kecil, sekarang sudah berkereta besar. Dulu menyewa bilik kecil, sekarang sudah ada rumah yang selesa.
Bukankah kehadiran mereka telah menjadikan kehidupan kita semakin baik?
Pernah tak dengar orang tua-tua kata, “rezeki anak ini tidak akan pernah putus. Sentiasa ada sahaja. Kadang tidak disangka, rezeki itu datang tanpa dicari dan tanpa dipinta pun”.
Saya selalu cakap dengan anak-anak, doakan kebaikan untuk Abi dan Umi selalu, sebab teman tahu mereka ini adalah anak-anak yang suci bersih tanpa dosa.
Jangan terlalu berkira dengan perkara-perkara ini:
1. Makan minum isteri dan anak-anak. Bila mereka kenyang, seorang suami atau ayah akan beroleh pahala yang besar kerana menunaikan nafkah untuk mereka.
2. Hadiah. Selalulah berikan hadiah pada mereka. Bukanlah setiap hari, ikutlah waktu yang sesuai. Sabda Nabi SAW, “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai” (Al-Bukhari)
3. Keperluan harian. Ia juga sebahagian daripada nafkah seorang suami atau ayah terhadap ahli keluarganya.
4. Pendidikan. Jangan takut untuk buat pelaburan ilmu. Cuma seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Jangan hanya hanya ilmu keduniaan sahaja.
5. Perlindungan. Buatlah perancangan yang baik untuk keluarga, termasuk perlindungan untuk isteri dan anak-anak. Jangan terlalu berkira-kira. Suami atau ayah akan terus bahagia bila isteri dan anak-anak kekal sihat. Kata Nabi SAW, “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Al-Bukhari)
Semoga Allah SWT meluaskan dan melimpahkan para suami atau ayah sekalian yang membaca tulisan ini. Allahumma Amiin.