Aktres Puteri Sarah Liyana, suami Syamsul Datuk Yusof bersama anak lelaki sulung mereka, Syaikhul Islam kini sedang menunaikan ibadah umrah. Sarah yang kini sedang hamil berkongsi tip mengenai pengambilan vaksin sebelum menunaikan umrah.
Dalam ruangan komen posting Instagramnya, Sarah telah menjawab soalan yang diajukan followernya berkenaan dengan pengambilan vaksin sebelum ke tanah suci.
KELIHATAN BERTENAGA WALAU PUN SEDANG HAMIL 5 BULAN
Sarah juga kelihatan bertenaga walau pun sedang hamil 22 minggu. Dia juga turut turut membacakan doa-doa yang dikirimkan para followernya ketika di sana.
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya untuk yang ke-34. Luah pelakon, Amar Baharin apabila isterinya aktres Amyra Rosli kini hamil anak kedua.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sempena sambutan hari lahir yang disambut secara sederhana bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 12 saat bersempena sambutan ulang tahunnya, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan Amyra hamil.
“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yg ke-34.
“…isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah ujian kehamilan,” tulis Amar menerusi kapsyen video berkenaan.
Jika menurut alat ujian kehamilan tersebut, pelakon drama Nur itu sedang hamil hampir empat minggu atau sebulan.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.
Semoga urusan kehamilan Amyra dipermudahkan dan berjalan lancar. Tak lama lagi Aqeef akan bertukar status menjadi abang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kekejangan otot kaki menyakitkan. Hanya orang yang pernah melalui akan tahu betapa sakit rasanya. Ditambah pula dalam keadaan perut yang semakin membesar, anda tentunya sukar untuk meluruskan kaki, menghilangkan rasa kejang.
Menurut Dr Nurhazinat, pakar perbidanan dan sakit puan, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.
Kenali punca
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
Keletihan otot betis.
Tekanan pada urat saraf bahagian kaki.
Peredaran darah yang tidak lancar.
Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.
Serangan malam
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka, tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
Apabila berlaku kekejangan betis, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.
Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya bersendirian, anda boleh membongkokkan badan, capai jari-jari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
Sekiranya bersama pasangan, anda boleh meminta suami untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda. Apabila melakukan perkara ini, anda akan berasa sakit terlebih dahulu, sebelum ia beransur-ansur hilang.
Anda juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.
Cara elak kejang betis
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
Meregangkan otot betis
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 – 10 minit.
Kekal aktif
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
Vitamin dan mineral tambahan
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
Air yang mencukupi
Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar. Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan keterujaan ibu bapa untuk memiliki anak kembar. Beliau juga turut berkongsi bagaimana tercetusnya hyperovulation (menghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) yang menyebabkan terjadinya kembar tidak seiras (non-identical twin).
Beliau juga turut berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit 10 tahun mencuba untuk hamil, kecewa kandungannya bukan kembar.
Dah cuba makan itu makan ini & supplemen tradisional. Kecewa akak sebab banyak dah duit habis
Bersyukurlah dengan kandungan ini. Rezeki dari Allah. Tidak salah mencuba selagi tak memudaratkan. Tapi petua dan supplemen tiada bukti saintifik ia berkesan.
Petua yang tak elok & tiada kebenaran tak elok di kongsi.Testimoni hierarki ilmu paling rendah
Hyperovulation (penghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) boleh terjadi. Genetik ibu, usia ibu 35 ke atas, ibu BMI lebih dari 30 tahun, penyusuan susu ibu antara faktor terjadinya hyperovulation.
Bangsa Nigerian cenderung dapat anak kembar sebab gaya hidup makan keladi dan lain-lain tapi tiada kajian konklusif.
Petua daripada pemerhatian ialah testimoni adakalanya menjadikan penyakit semakin teruk. Perlu kajian teliti dari segi sains dan perubatan.
Ilmu perlu digali, bukan agak-agak. Jika tidak ia seolah-olah memberi harapan palsu.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.