“Tunaikan Semua Yang Isteri Ngidam Masa Hamil” Bukan Sebab Takut Air Liur Bayi Meleleh Tapi Sebab Perjuangan Hamil, Melahirkan & Menjaga Anak Tu Besar

Share

Bergelar ayah kepada seorang cahaya mata, Harris Annuar yang juga suami kepada pelakon dan model, Asha Merican mengakui kehidupan sebagai suami dan ayah banyak mengajarnya erti tanggungjawab.

Berbeza dengan kehidupan zaman bujang yang boleh kesana-sini tanpa had, kini dia belajar erti menjadi ketua keluarga walaupun pada awalnya sukar untuk menerima perubahan hidup namun dengan bimbingan orang sekeliling termasuklah menerima nasihat dengan hati terbuka daripada ibu dan ibu mentua tercinta.

@pama.my Dari Hero Remaja ke Papa Millenial! Harris Annuar tepis dakwaan menyindir isteri. Hanya kita je kenal pasangan masing masing, cari Harris mungkin tak sesuai untuk kita, cara kita mungkin tak sesuai untuk Harris. 💯 #majalahpama #harrisannuar #bangkitbotak #rwyfb #fypシ #perkahwinan ♬ original sound – Pa&Ma
Sesi Live Anugerah Pa&Ma Gala 2023

Dalam 10 orang papa yang dipilih sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial untuk Pa&Ma Gala Award 2023, Harris Annuar terpilih kerana mempunyai kisah menarik sejak bergelar seorang bapa yang boleh dijadikan inspirasi buat papa-papa lain.

Walaupun baru bergelar seorang bapa, namun setiap proses dalam menjalani perjalanan keibubapaan diambil berat oleh Harris sendiri. Baginya Auraa Mendina merupakan anugerah yang terindah dalam hidup.

Proses Kelahiran Segar Dalam Ingatan

Walaupun yang melahirkan anak adalah isteri, namun setiap momen itu tetap segar dalam ingatan Harris. Malah, dia turut mengambil tahu setiap perkara penting termasuklah graf bacaan jantung janin ketika menunggu proses kelahiran.

“Sebenarnya Asha bersalin awal dua minggu iaitu minggu ke-38. Pada awalnya Asha kena induce. Tiga kali isteri di induce, namun bukaan tetap 2cm. Saya dah mula risau dan sentiasa tengok Kardiotokografi Berterusan (CTG). Saya tanya nurse, nurse cakap okay, InsyaAllah baby okay”

“Tapi tiba-tiba CTG tak cantik dan doktor minta untuk terus buat emergency czer  sebab tali pusat bayi dah mula terbelit dekat leher. Masa tu saya menangis sebab tak ada pengalaman, anak pertama.. emergency czer macam teruk sangat ke? Masa tu air mata dah mengalir dan saya tak boleh masuk sebab kes kecemasan. Kita dah risau dekat baby dan isteri. Itulah pengalaman yang tak boleh dilupakan”

Tunaikan Apa Sahaja Yang Isteri Mengidam Ketika Hamil

Harris yang juga anak kepada ushawan ternama iaitu Kak Ton, turut menunaikan apa sahaja yang diidamkan isteri ketika hamil kerana baginya pengorbanan isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak lebih besar jika nak dibandingkan dengan ushanya untuk memenuhi permintaan ‘mengidam’ si isteri ketika hamil.

“Orang tua-tua kata kalau isteri mengidam kena tunaikan takut air liur baby bila lahir nanti meleleh kan? tu risau juga (selorohnya). Tapi kita sendiri tahu perjuangan isteri mengandung selama 9 bulan, kemudian bersalin dan nanti nak menjaga anak lagi kan satu perjuangan juga jadi why not kita tunaikan apa yang dia idamkan. Kita bagi je”

Ikuti perkongsian penuh Harris Annuar serta Ezzaty Abdullah dalam live Pa&Ma Gala Award 2023 di bawah

Nantikan episod seterusnya untuk Pa&Ma Gala Award setiap hari pada bulan Julai ini!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa