
Bertunang sepatutnya menjadi fasa yang penuh kepercayaan dan kesediaan untuk membina masa depan bersama. Namun, apa berlaku bila kepercayaan yang diberi mula goyah… bukan kerana orang luar, tetapi kerana seseorang yang terlalu ‘dekat’ – anak buah perempuan sendiri.
Hubungan yang dilihat terlalu akrab mula mengundang rasa tidak selesa. Mesej setiap masa, keluar berdua, berkongsi minat, malah ada kalanya layanan itu jauh lebih manis berbanding layanan terhadap tunang sendiri.
Bila Anak Buah Jadi ‘Orang Ketiga’ Tanpa Sedar
Apabila lelaki yang digelar ‘tunang’ lebih kerap menyebut nama anak buahnya berbanding tunangnya sendiri, pasti ada yang tidak kena.
Lebih membimbangkan, apabila si tunang menyuarakan kebimbangan, respons yang diterima hanyalah:
“Dia tu macam adik sendiri. Jangan fikir bukan-bukan.”
Namun begitu, bila kerap bersama, saling bertukar hadiah, dan menonton rancangan kegemaran hingga larut malam bersama — adakah masih dianggap “sekadar adik”?
Lebih Parah, Ada Rancangan Untuk Tinggal Serumah
Bagaikan menambah garam pada luka, lelaki ini dilaporkan merancang untuk membawa anak buahnya tinggal bersama selepas mereka berkahwin nanti.
Rasionalnya? Supaya anak buah itu tidak kesunyian dan boleh menemani isteri di rumah.
Namun persoalannya, adakah wanita yang bakal bergelar isteri itu benar-benar dihormati? Atau hanya dijadikan ‘peneman rasmi’ dalam hubungan yang sudah pun diramaikan sebelum masanya?
Bila Hati Terasa Tercicir, Perlu Tinjau Semula Arah
Tidak salah bersikap mesra dengan ahli keluarga. Tapi bila mesra itu membuat pasangan sendiri rasa tersisih, ia bukan lagi soal ‘keluarga’ — ia soal keutamaan.
Kadang kala, red flag bukan datang dalam bentuk kasar atau baran. Ia datang dalam bentuk lembut… seperti hubungan yang terlalu akrab, layanan yang terlalu manis, dan keengganan untuk meletakkan pasangan di tempat utama.
Jangan Tunggu Selepas Nikah Baru Sedar
Ramai yang sangka ujian hanya datang selepas perkahwinan. Namun kadangkala, bertunang itu sendiri sudah cukup untuk membuka topeng siapa diri sebenar yang kita pilih.
Lebih baik patah tunang, daripada patah hati bertahun-tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit-Birit & Muntah

Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun, namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril. Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul?

Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu bayi
Setelah bayi atau anak kecil di rumah menghabiskan susu dalam botolnya, kita biasa mencuci botol susu bayi tersebut dengan menggunakan air dan juga sabun.
Namun, cara ini hanya menyingkirkan sebahagian besar bakteria dan sisa susu yang melekat pada botol tersebut.
Masih terdapat sebilangan kecil bakteria yang berada pada botol susu tanpa anda ketahui.
Oleh itu, botol susu bayi bukan hanya perlu dicuci dengan air bersih dan juga sabun, tetapi juga dengan menggunakan kaedah pensterilan.
Kaedah steril boleh membantu menghapuskan bakteria berbahaya secara total pada botol susu anak anda.
Antara masalah yang boleh dicegah melalui pensterilan botol susu bayi ialah:
#1. Gastroenteritis
Botol bayi yang tidak dicuci bersih atau disteril boleh menjadi tempat berkumpulnya penyakit yang boleh membahayakan bayi anda yang baru lahir. Salah satunya ialah gastroenteritis.
Gastroenteritis virus adalah komplikasi dalam usus yang sering mengakibatkan sakit perut, muntah, dan cirit-birit.
Bayi mungkin dijangkiti gastroenteritis daripada botol bayi yang tidak bersih.
Selain itu, bayi juga mungkin mendapat penyakit ini daripada individu yang dijangkiti yang mencemari botol susu mereka melalui sentuhan langsung atau daripada batuk dan juga bersin.
Oleh itu, botol susu anak anda amat perlu disteril setiap kali selepas digunakan.
#2. Menghapuskan tempat pembiakan bakteria
Botol bayi yang tidak disteril juga boleh menjadi habitat yang sesuai untuk bakteria berbahaya membiak.
Antara bakteria yang boleh membiak dalam botol susu anak anda ialah E.coli dan juga Salmonella.
Sekiranya ini berlaku, ia boleh berpindah ke mulut bayi jika anda hanya menggunakan air dan sabun untuk mencuci botol tersebut.
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit kepada bayi anda seperti keracunan makanan dan muntah-muntah.
Salah satu sebab atau punca jangkitan bakteria dalam botol bayi anda adalah kebersihan yang buruk dan tabiat pencucian yang buruk.
Tambahan pula, botol bayi yang mengandungi susu ibu atau susu formula untuk tempoh yang agak lama sememangnya menjadi tempat bakteria membiak.
Jika anda tidak membersihkan botol si manja dengan kaedah pensterilan, ia boleh terdedah kepada organisma yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya.
#3. Membunuh kuman dan juga virus
Botol bayi yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menarik kuman yang mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit.
Virus hepatitis A dan rotavirus mungkin boleh menjangkiti botol bayi yang tidak bersih.
Ini kerana, kedua-dua jenis virus ini boleh berpindah kepada botol susu anak anda jika ia disanitasi dengan cara yang salah.
Untuk pengetahuan anda, virus hepatitis A boleh menjangkiti hati bayi anda, manakala rotavirus pula boleh menyebabkan dehidrasi dan cirit-birit.
Jangkitan virus-virus ini sangat kritikal dan boleh mengancam nyawa bayi anda.
Oleh itu, anda mesti membersihkan botol ini dengan teliti melalui pensterilan untuk mengelakkan masalah sedemikian daripada berlaku.
Cara mensterilkan botol susu bayi yang betul
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan apabila anda mahu mensterilkan botol susu si manja.
Antaranya adalah melalui kaedah pendidihan, pensterilan bahan kimia, pensterilan wap dan juga pensterilan gelombang mikro.
#1. Cara mensterilkan botol susu: Kaedah pendidihan
Kaedah ini merupakan antara kaedah termudah dan biasa dibuat oleh ramai orang. Caranya ialah:
- Masukkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol ke dalam periuk
- Penuhkan periuk dengan air sehingga menutupi kesemua barang tersebut
- Letakkan periuk di atas dapur dan didihkan air tersebut. Didihkan sekurang-kurangnya lima minit
- Tutup api dapur dan biarkan air sejuk seketika
- Keluarkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol dengan menggunakan penyepit
- Goncangkan sedikit untuk membuang sisa air
- Jangan lap barang-barang tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Jika tidak digunakan, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais
#2. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan bahan kimia
Anda juga boleh menggunakan bahan antibakteria untuk membunuh kuman pada botol susu anak anda. Caranya ialah:
- Jika anda membeli bahan antibakteria berbentuk cecair atau tablet, ikuti arahan pengilang seperti yang terdapat pada paket pembungkusan untuk mencairkan atau membancuhnya
- Rendam botol, puting susu, getah dan juga penutupnya ke dalam bancuhan antibakteria. Ikut waktu seperti yang disarankan oleh pengilang
- Keluarkan barang-barang tersebut daripada air rendaman dengan menggunakan penyepit
- Goncangkan sedikit untuk membuang lebihan air. Jangan lap botol susu tersebut
- Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi
#3. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan wap
Pengewapan panas juga boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu anak anda.
Pensterilan wap menggunakan sejenis alat automatik yang berfungsi ‘memasak’ botol susu anda pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu letakkan botol susu di dalam alat tersebut, masukkan air, dan tekan butang ‘On’.
Alat tersebut akan berhenti secara automatik apabila ia selesai mensterilkan botol susu.
#4. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan gelombang mikro
Alat ini lebih kurang sama sahaja seperti alat pensterilan wap, cuma ia dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Caranya:
- Masukkan botol, puting susu, getah dan penutup botol ke dalam alat pensterilan
- Masukkan air ke dalam alat tersebut
- Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro
- Tetapkan masa antara 2 hingga 4 minit, atau mengikut arahan daripada pengilang alat pensterilan
- Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi
Kredit: Hello Health

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Bapa Tak Boleh ‘Cium’ Mulut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil! Ikuti Perkongsian Doktor Ini

Mencium anak merupakan tanda kasih sayang kita sebagai ibu bapa. Namun menjadi trend pada zaman ini, ibu bapa yang beragama Islam mencium anak-anak di bahagian mulut untuk menunjukkan rasa kasih sayang.

Namun tahukah anda bahawa sayang macam mana pun anda dilarang untuk mencium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Kenapa? Ikuti perkongsian ini;
Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:
1. BOLEH RANGSANG SYAHWAT
Hati-hati, zaman kini manusia bertopengkan syaitan memang ramai. Golongan pedophiIia gemar berpuar-pura sukakan kanak-kanak. Sesiapa sahaja boleh jadi ada dalam golongan ini. Bukan kita tak pernah lihat kes melibatkan darah daging dianiaya oleh golongan terkutuk ini.
Menurut pandangan lain, Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.
“Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka tanpa sedar. ”

2. MULUT PINDAHKAN KUMAN
Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
3. RASUL DAN SAHABAT HANYA MENCIUM PIPI ANAKNYA
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan. Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.

CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU
Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang daripada sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
CIUMAN DI TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT PADA ANAK KITA
Ciuman di tangan ini sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh gosokkan dua tempat ini pada anak;
Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tidak tenteram
Gosok di dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok itu, ibu bapa boleh cuba selawat dan baca surah-surah pendek seperti Al-Fatihah atau Ayat Kursi.
Sumber: Dr Taufik Razif

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sanggup Biarkan Anak Memanjat Dalam Kereta Dari Pakaikan Car Seat. Kalau Tercampak, Lain Ceritanya!

Kerajaan telah melancarkan Kempen Penggunaan Kerusi Keselamatan Bayi Dalam Perjalanan tidak lama dahulu. Mendapat sokongan yang kuat dari kebanyakan ibu bapa. Masih ada yang tidak mengikut saranan dari kerajaan ini, sedangkan ia sangat penting untuk menjamin keselamatan anak-anak ketika dalam perjalanan menggunakan kenderaan. Banyak berita dan kes yang kita lihat di media social mahupun di televisyen yang melibatkan kemalangan maut bayi atau kanak-kanak akibat tidak dipakaikan car seat.
Artikel Menarik: [Belajar Hargai Anak Dengan ‘Sandwich Method’. Hasilnya Anak Jadi Superb!]
Banyak selebriti yang menujukkan sokongan dengan kempen yang dijalankan oelh kerajaan ini. Salah seorang daripadanya ialah pelakon dan ibu jelita, Anzalna Nasir. Dalam perkongsiannya melalui laman Instagram, dia memuat naik foto dia dan anaknya, Mohamad Eidrees di dalam kereta. Dalam foto itu dapat dilihat Anzalna meletakkan anaknya itu di dalam car seat. Turut mengiringi foto itu adalah kapsyen yang berbunyi:
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
As a new mum, I will always try my best to provide the best of everything for @mohamadeidrees Thank you mummy2 & semua orang yang selalu share tips & advice to me. Hari tu ada a few comments that advice I should install a rear-facing car seat for Eidrees since he’s only 3 months old. Tadaaa, macam mana okay tak? For all the parents out there, jangan lupa that safety should come first and make sure untuk guna car seat yang sesuai dengan berat dan tinggi anak okay?
#JomKlik
#panducermatsampaiselamat
#andamampumengubahnya
Kata Anzalna, sebagai seorang ibu, dia menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Turut berterima kasih kepada pengikutnya yang sering berkongsi tip dan nasihat dengannya. Tambahnya lagi, dia ada beberapa DM yang mencadangkan supaya dia menggunakan car seat pandang hadapan untuk Eidress memandangkan anaknya masih kecil. Sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan serta menggunakan car seat yang sesuai mengikut berat dan tinggi si manja.
Artikel Menarik: [Sama-Sama Kahwin, Sama-Sama Pikul Tanggungjawab. Ibu Ayah Idola Anak-Anak]
Pa&Ma ingin sertakan tip melatih anak untuk duduk di dalam car seat seperti yang dikongsikan ibu kepada tiga orang anak, Masturah Abu Bakar.
Ada yang tanya, macam mana train anak dalam carseat? Nampak duduk elok je. Itu masa nampak elok la, masa menjerit tak nampak lagi. Haha
So tips nak pastikan anak duduk dalam carseat:
1) Pekakkan telinga
Lepas habis suara dia menangis, bila dah tekak tu perit sebab menjerit, nanti dia berhenti la tu. Lagi bagus bila dia terus tidur.

2) Keraskan hati
Jangan pulak bila dah tengok anak menjerit semacam, kita yang buka ambik dia dari carseat. Anak-anak atas setahun dah pandai manipulasi. Sekali kita dah buka, diorang akan buat strategi yang sama untuk kerah kita buka lagi. So keraskan hati ya.
3) Rasuah makanan sebab dengan makanan je dia orang duduk diam mengunyah
4) Kalau jalan jauh kena berhenti tiap 2 jam. Macam kita la orang dewasa lenguh-lenguh juga kan.

5) Kalau anak yang dah besar boleh bagi tengok video kemalangan dan kanak-kanak tercampak dari kereta. Mesti dia orang seram.
6) Anak yang masih kecil boleh bawa bercakap, atau menyanyi atau buat je lah apa-apa nak suruh dia diam.
Tip ini yang dipraktikkan sejak dari anak pertama dan semuanya jadi mudah bila anak faham. Walaupun diawalnya susah percayalah lama-kelamaan anak akan mahu dengan sendirinya.
Sumber: Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


