Kehamilan

“Tunggu 9 Bulan Baru Beli Ok Ke?” 6 Tahun Tak Ada Baby, Siti Sarah Lupa Nak Beli Apa

Share

Bila jarak anak terlalu jauh memang sedikit sebanyak buat kita sebagai ibu bapa lupa apa persiapan yang diperlukan untuk menyambut kelahiran anak baru. Malah mungkin ada yang mula lupa bagaimana cara penjagaan bayi baru lahir. Orang kata ‘gap’ anak jauh-jauh jadikan kita lebih excited sebab dah lama tak merasa dukung baby kan?

Baca: Konon nak kumpul duit raya anak jadi banyak, sudahnya tak perasan letak di mana, lebih baik simpan cara bijak!

Sama seperti penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin dimana dia mengakui sudah lupa apa barang keperluan bayi yang perlu disediakan kerana sudah 6 tahun tidak mempunyai bayi.

Kalau sarah ingat nak tunggu 9 bulan baru beli ok ka? Salah 6 tahun bukan 5 😂🤣

Dia yang hamil anak keempat tidak menyangka akan dikurniakan rezeki anak selepas 6 tahun melahirkan matin.

Sarah sempat meminta nasihat daripada peminatnya sama ada perlu membuat persiapan barang bayi mulai sekarang atau usia kandungan 9 bulan nanti.

Rata-rata wargamaya menasihatkan agar membuat persiapan awal dengan membuat pembelian secara dalam talian disebabkan PKP dan kedai tidak beroperasi.

Biasanya guna semula abang atau kaka punya

Online je

Kena order online sekarang

Barang yang penting dahulu

Kredit: siti sarah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Published by
NuFa