“Tunggu Boleh Cakap Sikit” Neelofa Mahu Bilal ‘Tangkap’ Bahasa Arab, Hijrah Tahun Depan!

Share

Penghijrahan usahawan dan pengacara, Neelofa dan suaminya ke Tanah Arab sedang dalam perancangan kata Neelofa.

Menurut kata Neelofa, dia dan Haris merancang untuk ke sana apabila anak mereka, Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sekurang-kurangnya sudah mulai boleh bertutur.

Malah menurut kata Neelofa, perancangan untuk ke sana sebenarnya sudah dibuat lama iaitu ketika di awal perkahwinan mereka.

“Sebenarnya masa awal perkahwinan, saya dan suami ada berborak mengenai soal menyambung pengajian, nak belajar Bahasa Arab, mendalami hadis dan sebagainya. Kemudian bila sudah ada anak, kami cuba explore apa lagi pilihan yang ada.

“Insyallah kalau semuanya okay, kita akan ambil pengajian pendek terlebih dulu. Tengok pada kesesuaian juga. Tidak boleh dipastikan lagi sama ada (sambung pengajian) di Madinah ke Mesir ke atau mana-mana lokasi yang lebih sesuai pada ketika itu.

“Saya nak tunggu Bilal macam boleh cakap sikit sebab nanti dia boleh tangkap bahasa tempatan di sana.

“Mungkin saya boleh cakap..awal atau pertengahan tahun hadapan ke. Sudah tentulah saya akan bawa bersama Bilal,” katanya.

Menurut kata Neelofa lagi, mempelajari Bahasa Arab sememangnya menjadi impiannya sejak dulu lagi.

Biarpun bakal berhijrah ke sana, namun perancangan perniagaan sudah pun dirancang di sana.

“Saya sudah lama teringin untuk belajar Bahasa Arab. Suami adalah ajar sikit-sikit, tapi tidaklah terlalu detail.

“Kami mungkin pergi tidak lama, paling lama mungkin setahun sahaja. Mungkin lebih pendek. Kami pun ada perancangan dalam soal pengurusan bisnes” katanya berkongsi.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

 

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM