Tidak tahu dirinya mengandung ketika itu, Yatt Hamzah turut memberikan nama indah buat janinnya yang tidak sempat dilahirkan ke dunia. Biarpun usia kandungannya yang mengalami keguguran baru berusia dua bulan ketika itu, namun Yatt membuat keputusan untuk tetap memberikan nama buat anaknya.
Yatt memilih satu nama indah, Muhammad Abdullah buat bayi yang sepatutnya lahir sebagai anak kelimanya itu.
Menerusi satu entri di instagramnya, Yatt turut berkongsi sekeping gambar ketika menguruskan janinnya yang keguguran pada usia dua bulan. Ternyata kesedihan menyelubungi Yatt sekeluarga. Kata Yatt lagi, dia reda namun amat merindui anak kelimanya itu.
“Ya Allah aku redha namun aku tak boleh lupakan dia. Anakanda Bonda Muhammad.
“Tunggu Bonda, Abah dan Kakak-kakak di pintu Syurga ya Anak,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Yatt memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas menyangkakan dirinya mengalami keracunan makanan akibat cirit-birit dan muntah ketika bercuti di Melaka. Rupa-rupanya ibu kepada empat anak ini mengalami keguguran. Dia langsung tidak menyangka kerana dia sendiri tidak tahu dirinya mengandung ketika itu.
“Bonda namakan anakanda bonda ini Muhammad Abdullah kerana dia tetap anugerah Allah untuk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda reda dengan taqdirNYA, mudah-mudahan ada hikmah yang tak ternilai.
Ads
InsyaaAllah ada janjiNYA yang baik-baik untuk ibu yang reda atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a’lam. AL – FATIHAH,” katanya lagi.
Bagaimanapun tindakan Yatt memberikan nama kepada janinnya yang baru berusia dua bulan itu menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya.
Menerusi entri berlainan, ibu cantik ini membalasnya dengan penuh berkhemah malah turut menjelaskan kepada umum tindakannya memberikan nama biarpun tidak pernah mengetahui jantina anak yang dikandungnya lagi.
Ads
“Jika anak itu tiga bulan ke atas dan bernyawa, hukumnya sunat diberi nama. Jika tidak, maka tidak sunat diberi nama.
“Tapi tak salah untuk beri nama. Dia tetap anugerah Allah untuk ibunya. Peluang hamil itu mulia. Reda dengan takdir-Nya sudah tentu ada pahala buat ibu yang reda.
“Namakan juga dia sebagai nama lelaki seperti Abdullah. Dia hamba Allah walaupun belum ada roh,” kata Yatt menerusi entri berlainan.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha serta Suci Hanania Malika melalui perkahwinan pertamanya.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bukan mudah ibu yang bekerjaya dalam masa yang sama masih menyusu badan. Lagi-lagi kalau dah lama tak beri anak botol disebabkan cuti panjang. Bila nak masuk kerja memang sangat-sangat mencabar! Mana maunya botol susu kan?
Sama seperti anak keempat kepada selebriti media sosial, Mua Bellaz iaitu Nur Aisywara Naelofa yang menolak botol setelah pulang dari mengerjakan umrah.
Menurut juru solek terkenal ini lagi, anak keempatnya itu hampir setiap masa menyusu badan ketika di Mekah dan Madinah. Akibatnya, setelah pulang ke tanah air, Wara tidak lagi mahu menyusu dari botol susu.
“Masa pergi mekah haritu Wara 24jam menyusu badan ja”
“Sekarang dia tak nak susu botol, haa sudah mak hang pening”
Memang kelam kabut urusan seharian bila anak tolak botol susu kan? Itulah yang dihadapi Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini apabila dia terpaksa pulang awal daripada majlis penting kerana ingin menyusukan si kecilnya itu.
“Dah la kerja luar banyak mak hang, sumbat botol susu bagi dia pandai tutup mulut”
“Ishh semalam event kena lari awal balik sebab dia Tak nak susu botol..duk riau ngek-ngek lena tak jerap plus dia tak sihat sama kut selsema..harap adik sihat kit dik mau minum susu betoi na”
Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan situasi yang dihadapi oleh Bellaz apabila terlalu lama bercuti dan anak menyusu badan sepenuhnya.
Ku Eda Ku Bakar Masalah negara jg klu anak x nk susu botol.Mcm sy jg . Susah nk g mana 2.Terpaksa bawak jg klu g hospital..
Mimi Hishamuddin Samaaa anak teruna kami. Hritu duk bagi ngempeng jaaa sebab berjalan balik kg la apa. Lani takmau terus botol jenuh bodek cukup setahun kami bagi selang seli susu full cream kotak 😅 nurse kata takpa 😬
Kelahiran setiap anak pastinya menjadi kenangan manis buat ibu dan ayah. Pastinya ia menjadi momen indah untuk dikenang sampai hujung usia. Seperti pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shahzril yang mengimbas kembali kenangan saat cahaya mata sulungnya Aezriel atau panggilan manjanya Ace dilahirkan bersempena dengan ulang tahun pertama anaknya itu.
Dalam postingnya itu, Dr. Say sempena kelahiran pertama anak sulungnya, beliau teringat kembali detik mencemaskan apabila isterinya sudah pun dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak pertama mereka sedangkan dia masih lagi di set penggambaran sebuah iklan televisyen.
Kelahiran tersebut di luar jangkaan apabila Dr. Say secara tiba-tiba mendapat panggilan daripada isteri tercinta yang menyatakan air ketuban sudah pecah. Lebih mencemaskan apabila mendapat panggilan lain daripada isteri bahawa denyutan jantung bayi menurun dan terpaksa lakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi.
Namun oleh kerana komitmen kerja, sebaik sahaja selepas tamat penggambaran iklan, barulah Dr. Say memecut laju ke hospital untuk bersama isteri tercinta. Menurut Dr. Say kelahiran putera sulungnya itu adalah perkara paling indah berlaku buat dirinya. Saat melihat si kecil yang comel dan mengazankan sendiri cahaya mata pertama dan kini si kecilnya itu sudahpun berusia setahun.
Topik : Happy 1st Birthday My Boy
Ingat lagi 5.5.2019 daddy tengah shooting iklan Vitagen tiba-tiba mommy call dalam pukul 9 pagi dengan cemas “ubby air ketuban i pecah!”, terduduk daddy dibuatnya. Daddy mula gelisah, yelah ayah mana kat dunia ni yg taknak melihat atau menyambut kelahiran anaknya dahla daddy shooting baru suku jalan. Mujur mommy di rumah nenek maka nenek bawak mommy gi hospital sementara daddy dengan professionalnya (dan kalutnya) cuba habiskan shooting.
Pukul 12 tengah hari mommy call sekali lagi kali ni dengan tangisan “ubby u tak habis lagi ke? CTG (denyutan jantung baby) dropped, i kena push untuk cesar (untuk menyelamatkan bayi daripada terus lemas)”. Kali ni pandangan & pemikiran daddy blank, dunia ibarat terhenti seketika, meraung daddy dalam hati sebab ini bukan seperti apa yg daddy jangkakan. Daddy jangka daddy dapat lihat mommy melahirkan Ace, daddy jangka daddy dapat terus dakap Ace bila Ace lahir ke dunia ni.
Tup tap shooting habis pukul 12.30 tengah hari. Pecut daddy dari Sungai Buloh ke SJMC. Terus daddy meluru ke bilik pembedahan, kelihatan mommy dah selesai cesar. Daddy masuk penuh dengan rasa kekesalan. Mommy maafkan daddy (lepas ceramah & taklimat sikit). Tapi Ace tak kelihatan, daddy risau kembali. Rupa2nya Ace dah dihantar ke nursing room. Daddy pimpin katil mommy naik ke ward. Terus daddy minta dgn staf nurse nak jumpa Ace.
Ace lahir 1.18 petang. Daddy dakap Ace. Tak pernah dalam pandangan daddy melihat seseorang seindah Ace. Ace tengah tidur, muka merah2, pipi montel. Daddy azankan Ace, sayang pipi Ace, selfie dengan Ace & pulangkan ke staf nurse. Fast foward lepas meroyan teman mommy berpantang, berkali2 di maki mommy akibat kecuaian, harini Ace genap setahun. Walaupun Ace tak sayang daddy macam Ace sayang mommy, percayalah tak pernah sehari pun Ace tidak ada dalam pemikiran daddy. I love u so much my son. Happy birthday again to u.
Tidur meniarap sebenarnya bukan posisi tidur yang sesuai untuk bayi kecil anda. Tetapi ia menjadi satu kebiasaan apabila ramai ibu yang mengiayakan perkara ini kerana berpendapat bayi akan tidur lebih lena.
Perlu diketahui seperti yang dibincangkan dalam zuriat.my jika waktu anda tidak sedar, bayi berisiko untuk mengalami situasi yang sukar dijangka. Antaranya adalah:
Muka bayi boleh tersembam
Biasanya bayi yang tidur meniarap, kedudukan kepalanya akan berubah-ubah. Tidak mustahil untuk bayi tertutup muka sendiri. Pada umur yang baru sahaja beberapa bulan, tulang mereka masih belum kuat dan tidak berupaya untuk mengangkat kepala semula andai mukanya tersembam.
Apabila tersembam, bayi tidak boleh minta tolong kerana mereka masih belum dapat bercakap. Sekiranya tersembam dan tiada orang terdekat berhampiran dengannya untuk membetulkan kepala, adalah sangat bahaya dan boleh menyukarkan pernafasan.
Bayi susah bernafas
Apabila bayi tidur meniarap, akan berlaku tekanan di bahagian rahang bayi. Keadaan ini boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi juga boleh mengalami kesukaran untuk bernafas sekiranya mereka tersembam semasa tidur.
Risiko Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Bagi kes seperti ini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda sakit ataupun tidak sihat. Bagaimanapun posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian seperti ini.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Untuk kes sebegini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ataupun tidak sihat. Posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian bayi sebegini.
Bagi mengatasi kerisauan berkenaan tidur bayi ini, Akademi Pediatrik Amerika telah mencadangkan posisi tidur telentang sebagai posisi tidur yang terbaik bagi bayi pada tahun 1992. Semenjak posisi tidur telentang dicadangkan, kes kematian bayi secara mengejut (SIDS) direkodkan berkurang sehingga 50%.
Bagi kes-kes bayi tertentu seperti yang mempunyai masalah kecacatan di bahagian kepala ataupun mempunyai risiko pernafasan tersekat disebabkan oleh lidah yang besar, posisi tidur telentang ini dikecualikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...