Benar, anak sulunglah yang mengajar kita banyak perkara. Malah anak sulunglah yang menjadikan kita pandai serba serbi dalam menguruskan anak. MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz turut sama berkongsi momen indahnya ketika melahirkan anak pertamanya.
Menurut MUA Bellaz lagi, anak pertamanyalah yang banyak mengajarnya erti seorang ibu malah menjadikannya lebih matang dalam segala hal.
Menerusi Facebooknya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkongsi kisahnya di awal perkahwinan malah turut memuat naik gambarnya ketika anak seorang.
“Kenangan ni. Moments anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni la mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga.
“Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling kerjasama antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin and makeup class,” kongsinya memulakan cerita.
Kata Mua Bellaz yang kini merupakan seorang usahawan berjaya ini juga, di awal kemunculannya sebagai jurusolek dan dandan, dia juga sama seperti insan lain yang pernah melalui waktu sukar.
Suami ambil alih jaga anak
Malah ketika anak pertama itu jugalah dia semakin aktif dengan kerjayanya. Namun suamilah insan yang paling memberi semangat malah sanggup mengambil alih tugas menjaga anak dikala ibu cantik manis ini menjalankan tanggungjawabnya.
“Rezeki anak masa ni dapat job makeup mama p makeup pengantin, abah duduk dalam kereta jaga Eica la besaq-besaq ni laa dengan aircond tak dak. Kibas dengan kertas kat anak takut anak panas.
“Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup. Ada moments tu Bellaz ingat sampai sekarang, pagi masa tu lepas Mat Nuart hantaq Bellaz p makeup pengantin, Mat Nuatt lapaq p singgah kedai makan.
“Gaya nak makan Eica berak habis baju pak hang. Yala baby-baby lagi masa tu Eica. Lepas tu call pakat gelak hang aku kata anak berak habis baju pak hg. Allah anak ui kenangan betol la,” kongsinya.
Bahkan kata Mua Bellaz lagi, suamilah insan paling kuat menyokongnya dalam banyak perkara. Tidak hanya menghantar bahkan dia menjadi penguat untuk Mua Bellaz memasuki mana-mana pertandingan.
“Mat Nuart masa tu kerja runner, dia akan ambik cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari Jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia mekeup ni.
“Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat, menang kalah belakang kira Mat Nuar kata. Masuk try p.
“Sebab tu Bellaz selalu tulis kenangan harini tak kan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah moments hampa setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki amin,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, MUA Bellaz selamat menimang cahaya mata keempatnya pada 29 Julai lalu. Melalui perkahwinannya bersama suami, Bellaz dikurniakan dengan dua orang anak lelaki dan dua orang cahaya mata perempuan.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI