Kehamilan

“Tunggu Masa Awak Keluar Je”. Perut Dah Makin Ke Bawah, Nad Zainal Akui Berdebar

Share

Rasanya macam baru je lagi tengok watak Juweta yang dipegang oleh pelakon serba boleh, Nad Zainal dalam drama Takdir Yang Tertulis. Kini pelakon kecil molek itu sedang menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya tidak lama lagi.

Ketika dalam lakonan drama yang trending di Malaysia baru-baru ini, usia kandungan Nad ketika itu masih baru lagi. Sewaktu penggambaraan itu, Nad dalam fasa di awal kehamilan tetapi tidak menampakkan pun kepenatannya. Malah watak yang dipegang juga cukup terkesan di hati penonton.

Melalui Instagramnya, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika menjayakan sesi ‘photoshoot maternity’ baru-baru ini.

“Hanya bila-bila masa je”

Pelakon berusia 31 tahun itu mengakui tidak sabar menanti kehadiran ‘orang baru’ hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga pengurus peribadinya Faliq Amirudin.

 Ibu kepada Fahad Ibrahim Muhammad Faliq akui, anak sulungnya itu yang dipanggil abang long juga teruja menunggu adik di depan matanya.

Bila-bila masa saja baby akan keluar. Lagi buatkan Nad rasa berdebar ramai yang kata perutnya dah makin ke bawah.

Perut dah makin ke bawah

Bila dah perut ke bawah, maksudnya Nad dah kena siap sedia. Tambah pula ni kelahiran kedua. Mungkin lagi cepat.

Sebagai mencipta memori untuk kehamilan keduanya, Nad membuat sesi photoshoot dengan menggayakan dress merah.

Dia juga mengakui jarang memakai pakaian warna terang, lagi-lagi yang berwarna merah. Namun ternyata telah menaikkan lagi seri wajahnya dan mendapat pujian ramai.

Sehingga kini Nad masih berahsia mengenai jantina anaknya. Rata-rata pengikut dan rakan artis turut teruja menantikan kehadiran bayinya dan mendoakan agar proses kelahiran dipermudahkan kelak.

Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Kredit: Instagram Nad Zainal

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy